Berbabymoon? Update bersama Zamir Afiq

Avillion Admiral Cove, Port Dickson di waktu senja, macro mode dari video camcorder. review hotel: OK.. Puding Roti dia sedap

Salam Ramadhan…

Terlebih dahulu salam Ramadhan buat pembaca blog ini. Jadikan hari-hari terakhir ini sebagai lebih berguna dari hari-hari sebelumnya. Hari ni dah 24 hari saya outstation kat Bintulu, Sarawak.. Kerja kekadang sehingga hampir tengah malam demi mengejar dateline customer syarikat saya yang lebih memikirkan production dari menghayati keindahan Ramadhan ini. Tidak salah kiranya jika segala rancangan untuk shutdown diawalkan sebelum Ramadhan tiba. apakan daya, dah kerja makan gaji..

Sebelum balik ke semenanjung lusa untuk bersama anak isteri tercinta dan sebelum  saya sibuk main dengan Zamir sehingga menghalang saya untuk bercerita serba sedikit kisah peribadi saya, bagus saya kongsikan sekarang di waktu idea dok banyak kat kepala ni. Sekarang ni kalau kat rumah anak ialah prioriti pertama, melihat perkembangan dia sudah cukup menggembirakan hati.. Jadi kali ni saya nak cerita sikit mengenai melancong bersama GPS dan Foursquare atau Google Place.

Kekadang terpikir saya, kenapa ada segelintir dari kita yang agak kurang dalam skill memandu ke tempat yang tak biasa, kurang arif dalam menggunakan logik akal untuk ke sesuatu tempat, kurang perancangan dan sebagainya, tapi masih tak mahu melaburkan sedikit wang untuk membeli GPS atau pun telefon pintar yang ada GPS. Saya pasti dgn RM400-RM600 kita dah boleh beli android phone yang boleh dimuatkan dgn perisian percuma Papagoo, peta yang juga percuma.. atau untuk yang mahukan status melaburkan wang yang agak byk untuk membeli Iphone dan beli perisian Papagoo dgn harga USD29. Tak kisahla, terpulang pada cita rasa masing-masing…

Asalnya saya hanya menggunakan google map untuk kemana-mana tempat dalam KL dan Malaysia. Itu sebagai satu perancangan saya. Tapi sejak handphone saya rosak, jadi bermulalah era smartphone saya, cukup sekadar Sony Ericson Xperia X8 yang berharga RM600 pada ketika itu. Perjalanan menjadi agak mudah tetapi perlu bersabar untuk uruskan anak kecil kami yang baru berusia 4 bulan. Jadi sebelum ke Bintulu dahulu, kami menghabiskan cuti hujung minggu di Port Dickson, sesekali melihat matahari terbenam di Selat Melaka dan juga persedian awal untuk melatih anak kecil kami untuk berjalan-jalan, nanti masa Zamir 8 bulan nanti nak jalan jauh… Nampaknya semuanya lancar, mungkin sebab masa dari dalam perut lagi dia dah biasa berjalan, jadi kalau letak atas “baby seat” tu, cukup mudah dia tidur, tapi kalau kat rumah, bunyi bising sikit dah terkejut, dalam kereta releks je pulak. Cuma bila melancong bersama anak kecil ni, seolah-olah perancangan semua dibuat oleh dia, jadi kena ikut je la, kalau dia tidur, bad mood terpaksa la akur.

Di tempat asing, internet akan jadi rujukan sebelum ke sesuatu tempat, jadi Foursquare dan Google Place akan jadi rujukan terutamanya bila mencari tempat makan sebelum saya search tempat tu dalam GPS saya. memang betul.. kami makan di Jimat Tomyam Port Dickson, walaupun orang ramai, tapi servis dia cepat dgn harga yang berpatutan seperti apa yang tertulis dalam tips di Foursquare. Untuk hotel, sebelum membuat tempahan , TripAdvisor.com akan jadi rujukan.

Sebagai panduan, jika anda mahu berjalan bersama anak kecil, mulakan di awal pagi, mood anak kecil di waktu pagi lebih segar, ceria berbanding waktu petang apabila dia dah mula keletihan. Sekian, Untuk pembaca tetap blog ni, saya kongsikan 2 gambar Zamir di usia 2 bulan dan 4 bulan hasil sepenuhnya dari susu ibunya.

Zamir Afiq- 2 Bulan

 

Zamir Afiq - 4 bulan, macro mode. susah jugak pakai auto macro mode ni, kena duduk jauh-jauh.

4 Responses to Berbabymoon? Update bersama Zamir Afiq

  1. mijoe berkata:

    alahai encem dan cutenye anak bapak!!!🙂

    sure kau rindu giler kat Zamir ni kan…dugaan bulan pose Rul!

  2. Cik Orenm kerdas berkata:

    dah cerah mcm ibu dia da skan..hiiihi..masa baby dlu ikut kulit ko😛

    • zairol79 berkata:

      muke je maintain mcm bapak dia… cume kalau kena shot nampak ayu sikit…. Kelly.. tnx, yg penting minggu ni aku dah start puasa kat semenanjung.. tu yg penting… mood raya dah tiba

  3. shamsulamar berkata:

    Menten muka hang la Un, cuma kecerahan dia menten ikut lyn. Heheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: