Flash Mob….

Salams..

Saya nak kongsi sesuatu yang agak ringan sedikit kali ni, lama tak tulih sesuatu yang boleh dianggap ceria tetapi berguna kalau kena caranya… Saya pernah cerita dalam travelog saya pasal http://www.courchsurfing.org kan? Satu laman sosial yang menghimpunkan semua pelancong dari satu dunia untuk saling mengenali satu sama lain, dan yang penting dia bukan macam facebook, anda tak boleh add sebarang, dan review yang ditulis mengenai anda misalnya akan jadi rujukan oleh pengguna lain dalam halaman tersebut. Jadi sekarang saya tak pelik kalau tengok ada geng-geng mat salleh kat Malaysia ni dengan orang-orang tempatan sebab saya pun dah join sebagai rujukan untuk oversea trip tahun ini… Dalam halaman tersebut ada ahli ada mengajak ahli-ahlinya untuk mengadakan “Flash Mob” pada 16 April ini di Taman KLCC pada pukul 6 petang selama 5 minit.

Kalau korang tengok video kat atas dan bawah ni ada macam-macam “flash mob”.  Ada yang mengeraskan diri dan ada mungkin daripada kita anggap orang nak cari publisiti murahan dengan menari tak tentu pasal. Pada saya, kalau kena caranya “flash mob” ni boleh dijadikan sebagai salah satu promosi atau tanda protes secara aman yang tentunya akan banyak menarik orang lain. Contoh pegang “flyer” pastu freeze dalam keadaan bertaburan, tengah berebut atau buat-buat tengah gam kat dinding ke.  Akhir kata jangan pelik kalau anda terserempak dengan mende-mende ni kat Malaysia, cuma kekadang bila tengok kat youtube, kebanyakan “flash mob”  versi Malaysia dibuat cukup makan je, kurang tahap profesional dan kreativiti, takut kena tangkap kot.🙂 Sesiapa nak join “flash mob” versi Malaysia boleh join kat Facebook event dia http://www.facebook.com/event.php?eid=163007803756722

Sekian coretan dari Bintulu, huhu kena outstation lagi…

 

4 Responses to Flash Mob….

  1. KC berkata:

    kau join ke flash mob tuh Rol?

    outstation ye… baby sihat ke?
    penah outstation ke KK?

    • zairol79 berkata:

      Uih, plan nak gak tgk kat KLCC, tapi apakan daya outstation… nak compare tahap mana dgn malaysian style..

      mmm baby sihat, dah naik 1 kilo.. bulan 5 ni kena bersedia la jadi full time parenting dad. KK pernah gak pergi, masuk power plant… 2 hari je

  2. Sham berkata:

    Un, hang guna plugins apa supaya display kat henpun nampak lain dari display kat kempite?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: