Perjalanan Zamir Afiq ke dunia…

Baby Zamir Afiq sejurus selepas dilahirkan..

Salams Pembaca,

Esok genap seminggu anak pertama kami melihat dunia. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Hari Sabtu lepas dia dimasukkan ke wad sebab Jaundice, tetapi berkat kesabaran ibunya dan kekuatan susuan ibu, Zamir Afiq dah boleh keluar wad semalam (Ahad). Pada asalnya saya tidak menyangka baby Zamir ditakdirkan lahir kedunia pada 15 Mac 2011 kerana patutnya dia lahir pada 9 April 2011. Tetapi kami tetap bersyukur, sekurangnya ia dapat meringankan beban ibu yang mengandungkan dia selama 9 bulan.

Kami pada asalnya menyangka hujung bulan Mac ni, tetapi tanda-tanda awal telah nampak apabila pergerakan ke bawah baby tersebut telah bermula hampir 3 minggu lepas apabila cairan mukus bersama sedikit darah telah keluar yang menurut doktor adalah selaput membran di pangkal serviks . Pada waktu kandungan 35 minggu saya galakkan isteri saya hanya minum secawan teh daun raspberry dalam sehari atau dua.  Pada pemeriksaan doktor pada Sabtu 12 Mac 2011 iaitu pada waktu kandungan 36 minggu bukaan pada pangkal serviks isteri saya telah bermula tetapi tidak sampai 1 cm. Jadi saya galakkan isteri saya minum sebanyak 2 gelas sehari seperti yang dicadangkan oleh pengamal teh tersebut.

Tetapi dengan takdir Allah, pada kandungan 36 minggu 4 hari, isteri saya telah melalui minor contraction pada pukul 5 pagi sehingga terdapat kebocoran cecair amnion atau air ketuban yang keluar sedikit ketika membuang air kecil. Saya menyuruhnya bertenang dan selepas Subuh contraction yang sekata berlaku dalam selang masa yang sekejap iaitu dalam fasa 5 minit. Saya menyuruhnya sarapan seperti biasa dan minum banyak air untuk tenaganya ketika di labour room kelak. Yela orang dah sakit, tetapi itulah yang perlu dilakukan, jadi dia pun makan la karipap IKEA yang beli hari Isnin tu dengan sebiji goreng pisang dan kurma. Sebagai bekalan saya bawa bersama air teh daun raspberry bersama sebotol air mineral hasil doa orang tua kami.

Sesampai di hospital dalam pukul 9:30 pagi, setelah diperiksa oleh doktor, isteri saya telah mengalami bukaan serviks sebanyak 8 cm, tak sempat nak register, beliau terus di bawa ke labour room sebagai persedian untuk bersalin, semasa isteri saya berada di labour room pada pukul 10:00 pagi, saya uruskan pendaftaraannya ke dalam wad, nasib tak ramai orang. Semasa di labour room, isteri saya dipasang dengan alat untuk monitor degupan jantung baby dan contraction. Nampaklah turun naik contraction isteri saya, masa contraction kurang saya berikan dia air. Selepas beberapa ketika bukaan serviks menjadi 10 cm, cecair amnion dipecahkan oleh doktor dan alhamdulillah dengan 4 atau 5 kali teran, anak pertama kali selamat dilahirkan kedunia pada 11:10 pagi dengan berat 2.35 kg dan tinggi 46.5 cm, sesuai dengan ibunya yang kecil. Selepas di azan dan di qamatkan, maka bermulah kisah si kecil Zamir Afiq.

Seperti yang saya ceritakan dalam entri sebelum ini, apa yang berlaku adalah kuasa Allah taala, jadi tak salah untuk kita cuba berikhtiar dan selebihnya berserahlah ke Allah Taala. Seperti yang saya baca mengenai khasiat daun tersebut, sekurangnya dari kajian yang dijalankan, terdapat juga majoriti bilangan yang mengamalkan teh ini mengalami pengalaman yang mudah dalam proses kelahiran anak mereka, namun tetap ada juga yang mengalami kesukaran dalam proses kelahiran anak mereka.  Sekian

5 Responses to Perjalanan Zamir Afiq ke dunia…

  1. kakashi berkata:

    tahniah boshhh….dan welcome to PaPa club. Alhamdulillah,semuanya baik2 belaka.boleh laa anak aku kwn dgn anak ko nanti.heh

  2. KC berkata:

    salam PapaRol!!!

    tahniah!

    Alhamdulillah semuanya selamat!

    uncle (ha ha !) tumpang gembira!

    gambar Zamir tu berapa jam selepas lahir tu Rol?

    err, dah nampak ke criteria tu ikut sapa? anak ayah ke anak ibu dia tuh?🙂

    • zairol79 berkata:

      Sham… terima kasih.. tu gambar dia dlm 10 minit lepas melihat dunia… sebab darah dia A +ve ikut bapak dia, so rasanya ikut bapak dia laa kot, mak dia darah O +ve. Tu yang mata meliar macam bapak dia.. hehe sham add la aku kat FB…

  3. KC berkata:

    gue takdak pesbuk la bro!

    berminat dengan twitter. tapi sampai skrg tak bukak account!
    rumah kau kat mana?🙂

  4. ulam kerdas berkata:

    wah cepatnyerrr…pttnye ko btau aku pasal teh resberry ni ms aku nk lahirkan bb dlu..huhu xder la aku rs seksa wei nk beranak sbb xde jln😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: