JoliCloud – alternatif OS untuk Netbook anda.

Jolicloud yang di install kat Netbook Acer yang ada touchscreen

Salam Pembaca…

Untuk rekod korang, saya dah pakai Linux ni dari 1997 lagi, lepas SPM install kat “my first cloned PC” 486 DX 100, gara-gara nak cari alternatif, nak bagi main internet laju sebab zaman tu pakai modem dial up je. Lepas tu beralih ke Mandrake, dan Ubuntu sampai la sekarang. Masih lagi pakai Ubuntu kat Desktop rumah untuk keje-keje mendownload, video editing dan mestila games 3D yg power (yang ni terpaksa pakai Windows 7 la).

Baru-baru ni saya beli Acer Aspire One Happy untuk ganti laptop wife saya yang berat macam batu nisan tu, biar adik laki dia pulak habih kudrat nak bawak laptop tu jalan-jalan. Jadi senang sikit nak bawa netbook bila pergi melancong, ringan je. Nak beli Ipad macam mahal dan alang-alang bagus tunggu Ipad 2. ( cover sebab takde duit sama, hehe ). Saya try la google the best alternatif OS for netbook untuk buat dual boot dengan Windows 7 Starter yang macam kecik je kat netbook tu. Jadi terjumpa la JoliCloud, katanya bagus dari Ubuntu netbook remix. Lepas install memang saya akui dia bagus, interface ala-ala android sebab semua pakai HTML 5 yang Google Chrome bangunkan, sekurangnya dia masih pakai kod Ubuntu dalamnya. Jadi korang still boleh access local application macam Star-office dan sebagainya. Tak macam Chrome OS yang asalnya dibangunkan sebagai WEB OS. Apapun dia memang simple. senang digunakan, sekali klik korang boleh check Facebook, Tweeter, Skype dan sebagainya. Lepas install, automatik kita dapat masukkan user-user lain termasuk develepor dia dan dapat tahu application mana yang diorang suka pakai.

OKlaa malas cakap banyak.. korang boleh tengok kat Website dia http://www.jolicloud.com. Kalau tak tau install boleh datang rumah aku, cukuplaa bawa pizza ke sebagai buah tangan ek..🙂

Skrin Utama dia, sekurangnya orang akan tertanya-tanya bila lalu kat belakang

10 Responses to JoliCloud – alternatif OS untuk Netbook anda.

  1. KC berkata:

    ha ha ha.. bagus Zairul!! meh tolong install kat netbook den!!!🙂

    • zairol79 berkata:

      kelly… apalagi datanglaa rumah den, anto email dulu kat den tanyo rumah.. aih sojak dok rumah baru dah speaking nogori dah ekau…

  2. KC berkata:

    software ni compatible dengan semua jenis makhluk2 komputer ni ke Rul?
    banyak ke space yang nak diguna?

    mana ada aku duk rumah baru rul. numpang jer. still duk KL la bro!🙂

    • zairol79 berkata:

      Kalau ko penah tau serba sedikit pasal linux, open source OS, once ko install semua driver, basic application dah sedia ada… pastu terpulang nak install mana software yg ada kat server dia, then all free of charge. Partition untuk Linux ni minimum 5G dah cukup, tapi alang-alang buat la 20G ke, boleh simpan “rahsia” dalam tu sebab windows takleh access partition (drive) Linux, tapi Linux Boleh… kalau nak try ke desktop atau laptop boleh try Ubuntu.. ada blog melayu khas untuk dia.. tgk kat link kanan blog ni.

  3. KC berkata:

    ha ha rul.. aku bukan background IT. so, tak berani la nak buat benda2 camni on my own! kena bagi orang2 yang IT literate yg buat. netbook ni pun boleh upgrade lagi kan?🙂

    • zairol79 berkata:

      Kelly

      Netbook boleh upgrade dgn tambah memory je la, nak tukar CPU tu mcm susah sikit… haha oklaa sesenang dtglaa jalan2 umah aku, bawak kucing2 ko aku nak main… hehe. Aku boleh tolong installkan.

  4. KC berkata:

    netbook ni agaknya paling kuat pun boleh tambah lagi 1GB je kan memorynye?

    mana rumah Rol?

    kucing2 tuh takleh janji la, lagipun, kucing aku tuh bukannye pernah jalan kemana-mana kecuali pegi vet dan merempit sesama kaum dia je time saturday nite!🙂

  5. Sham berkata:

    Un, kalau nak try install kat PenDrive jer boleh tak?

    • zairol79 berkata:

      Boleh sham, no problem, dia macam ubuntu gak

      • anwar berkata:

        Salam kenal…
        Saya cari info ttg trip to europe,terima kasih atas smua info menariknya.
        Oh ye…kebetulan pulak saya sama project engineer mcm saudara,klau boleh tau saudara kerja kat mana?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: