Babymoon to Langkawi

Welcome to Langkawi.. tapi kalau naik flight tak nampak laa mende ni.

Salam Pembaca,

Jumaat lepas saya dan isteri ke Langkawi, pulau lagenda selepas balik dari Bintulu pada hari khamis, meninggalkan kerja kat rakan pejabat yg tak siap-siap lagi. Tiket dah beli awal November lalu, RM500 nak taknak kena pergi jugaklaa, rugi. Ingatkan bila dah bukak sekolah, orang dah tak ramai kat Langkawi, tapi jangkaan saya meleset sebab Langkawi penuh dgn mat-mat dan minah-minah salleh. Putih mata tengok, rasa macam kat Hawaii je. So kepada bakal ibu yang nak muka baby macam mat salleh boleh la ke Langkawi pada December dan Januari sebab banyak pelancong datang sini untuk lari dari musim sejuk kat negara diorang.

Sebab voucher hotel saya kat Mutiara Burau Beach Resort takleh pakai, penuh, jadi saya booking je chalet White Lodge kat Pantai Cenang, selepas baca review kat Tripadvisor.com. Oklaa puas hati, padan dengan bayaran RM128. Sewa kereta terus dari airport RM70 je sehari untuk Perodua Viva, Toyota Vios RM90 je sehari, sebab bukan musim cuti sekolah (peak season). Mat sallleh biasa sewa moto je..

Macro Mode pakai Panasonic SD60, Max aperture 1.7

Misi saya nak test video camcorder baru saya, Panasonic HDC SD60.. mmm puas hati, video full HD dgn 5 Mega Pixel still picture, 25X optical zoom plus 35x smart zoom. so saya releks je ambil video burung helang jauh-jauh masa kat Pulau Singa Besar. Adik-adik DSLR satu bot dengan saya hanya tersenyum saja mengambil video burung helang yang kecik di kamera mereka, hehe. Tapi saya akui, kualiti gambar diorang tetap yang terbaik.

Print Screen dari HD Video, Eagle feeding kat Pulau Singa Besar

Percutian kali ni agak puas, dapat naik kereta kabel kat Gunung Mat Chincang, island hoping untuk 3 jam, melawat galeri Perdana, Tun Mahathir, Tengok helang gergasi kat Dataran Helang dan shopping coklat kat Pekan Kuah. Paling best naik kereta kabel la, tinggi gila, struktur jambatan merentasi gunung tu memang best, teringat jambatan kat Neuwanschtein Castle, kat selatan Germany.

Tak rugi kalau melancong ke Langkawi, tapi jangan la setakat pergi shopping je, ambil segala peluang yang ada untuk Island Hoping, panjat gunung ke tengok air terjun dan juga boleh mencuba scuba atau snorkeling kat Pulau Payar. Saya teringin nak naik jet ski, tapi tengok setengah jam sampai RM120.. mmm mungkin lain kali kalau ada masa. Macam tak cukup pulak 2 malam kat Langkawi.

Waktu terbaik melancong ke Langkawi, banyak mat salleh. Sky Bridge yang angin dia waktu tu amatlaa kuat.. Bergegar jambatan

One Response to Babymoon to Langkawi

  1. KC berkata:

    jet ski dah RM120 untuk stengah jam? baik beli jet ski sendiri… ha ha
    a few years back, masa kat feringghi, diorang charge ONLY RM70 for the same duration. Masa tu pun dah terasa mahal..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: