Hachiko – A Dogs Story

Nak layan yang versi Jepun pulak... tapi ceritanya agak lama versi 1987

Salam Pembaca

Malam minggu lepas, plan nak tengok wayang, hajat dihati nak tengok cerita action Skyline atau Unstoppable, tetapi memandangkan mem tak suka tengok cerita berkonsepkan aksi sehingga menyebabkan dia terkejut dengan aksi ganas filem barat, terpandangla satu bahagian kat website GSC mengenai International Film Festival. Tengok ada satu filem pasal anjing, mmm menarik, tambahan pula naluri saya yang sukakan binatang. Tengok trailer dia kat Youtube, pastu baca komen-komen dia sampai ada yang tengok trailer pun boleh menangis, jadi saya pun beli tiket untuk malam minggu tu walaupun saya boleh download sahaja cerita tu. Kita tengok siapa yang paling banyak pakai tisu malam tu, hehe.. Akhirnya memang menjadi, mem saya pun boleh nangis, awek sebelah dia pun sampai kesat-kesat airmata pakai tisu dan mamat sebelah saya pun ada kesat air mata yang mungkin bergenang macam saya, huhu…Yang menariknya bila habih cerita tu, staff GSC tak bukak pulak lampu dalam panggung tu, tak bagi orang malu kot tengok mata semua bengkak-bengkak..🙂

Hachiko adalah cerita benar yang berlaku di Shibuya Train Station, Jepun pada tahun 1925, memaparkan kesetian seekor anjing yang menunggu tuannya balik dari kerja setiap hari. Apabila tuannya meninggal dunia disebabkan sakit jantung, anjing tu tetap menunggu tuannya pulang sehinggalah malam selama sembilan tahun lamanya sehinggalah anjing tersebut mati pada 1934. Untuk menunjukkan kesetian anjing itu yang dianggap paling setia di dunia, penduduk bandar tersebut membina arca anjing tersebut dari gangsa yang boleh dilihat sehingga hari ini.

Anda boleh tengok trailer kat bawah ni dan sedikit info mengenai spesis anjing ni yang amatlaa comel, sekali panjang macam serigala pun ada. Selamat menonton.. semoga anda lebih memahami maksud kesetian dan kasih sayang selepas menonton cerita ini.

Sedikit info mengenai anjing ini..

One Response to Hachiko – A Dogs Story

  1. KC berkata:

    ni sah2 kalau aku tgk pun akan bergenang jugak ni…

    he he

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: