Nasyid Cara baru – Maher Zain

Maher Zain dengan Album "Thank You Allah". Alangkah bestnya kalau radio Era ke HotFM ke pasang lagu dia

Salams pembaca..

Hari ni dah hari kesebelas kita berpuasa… dah masuk pertengahan Ramadhan, bak kata khatib Masjid Pengkalan Udara Subang semalam cakap, waktu pertengahan sepatutnya amalan ditingkatkan lagi dan digandakan lagi bila masuk akhir Ramadhan nanti. Beliau membuat analogi dengan sukan dimana ada suku akhir, separuh akhir dan akhir dimana pada peringkat akhir semua bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Tambah beliau lagi beribadatlah kerana tanda syukur kepada Allah dan bukan untuk mengejar pahala semata-mata. Sebab itulah kita kena beribadat sepanjang masa dan bukan semasa Ramadhan sahaja.

Dengan teknologi perkongsian maklumat di Facebook ni macam-macam kita boleh tengok video yang kawan kita kongsi, maka terjumpalah saya seorang artis nasyid, walaupun dah lama tapi baru saya tahu. Maher Zain, berketurunan Lubnan dan berpindah ke Sweden semasa berusia 8 tahun sebelum meneruskan hidupnya di New York sebagai seorang artis. Saya begitu tersentuh dengan lagu Open you Eyes, sesuai dengan sifat saya yang suka memerhatikan alam ciptaan Allah, melancong dan memerhatikan kehidupan makluk lain ciptaan Allah. Jadi yang pasti rencana di Discovery Channel dan National Geographic menjadi tontonan saya hari-hari. Tambah dalam High Definition… fuh.. best.

Pernah saya terlihat kat Facebook lagi.. pasal video seekor singa yang tiba-tiba rasa bersalah apabila membunuh monyet yang sarat mengandung, dan terus dia jaga anak monyet yang terkeluar tu macam anak sendiri. Kuasa Allah taala dipertontonkan kepada manusia yang lebih teruk dari haiwan sampai anak sendiri pun nak buang… anda boleh saksikan video tersebut kat bawah ni dan juga video Maher Zain – Open your Eyes. Bukalah mata hati anda luas-luas. Semoga kita mendapat hidayahNya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: