Kad Kredit kena Klon?

 

Hati-hati dengan duit keras ni...

Salam Pembaca..

Asalnya lama dah nak cerita pasal ni, tapi terlupa pastu tiba-tiba teringat tadi bila check hutang-hutang-hutang ( banyak ni ) kat internet banking. “Saya buat e-statement, sebagai sumbangan kecil saya untuk memelihara alam sekitar, anda bila lagi?” Iklan kejap. Oklah, bulan lepas saya dikejutkan dengan panggilan telefon pukul 6:00 pagi, sebab tengok nombor 03-2xxxxxxxx saya malas nak angkat, sangkakan orang salah nombor. Kemudian pukul 9 lebih saya dapat SMS dari HSBC suruh call diorang, huhu rupanya diorang call sebab kad kredit saya kena klon di Panama, jauhnye.. 1st transaction sebanyak RM6000 pukul 6:00 pagi, kemudian RM2000 lebih pada pukul 8:30 sebanyak dua kali. Alhamdulillah bank dah syak sejak dari 1st transaction lagi, so takdelaa saya kena bayar, mungkin bank kot yang kena bayar.. tu tak tau la pulak. Mungkin sebab saya dah inform bank bila saya keluar negara dulu.

Jadi saya suspek nombot kad saya diambil masa Europe trip dulu, dan kemungkinan besar di Germany sebab diorang masih menggunakan jalur magnetik tak seperti di Perancis dan Italy yang sudah menggunakan cip. Kalau pakai magnetik ni diorang “swipe” je untuk ambik nombor tu. Selepas sembang-sembang dengan member saya yang kerja kat HSBC, hati-hati bila tidur kat hotel yang pakai smart card yang kita pakai untuk bukak pintu bilik tu, kalau kad tu hilang, ataupun ada orang dalam curi, diorang boleh curi semua maklumat kita, nama, alamat dan nombor kad kredit kita dari kad tu pakai kad reader. Jadi bila checkout anda boleh padamkan segala maklumat kat kad tu pakai magnet. Tu member saya yang bagi tips ( kredit untuk Kamal Fahmi ). Tak salah kita mencuba kan?

Sambil dok cari gambar nak letak kat entri ni terjumpa pulak video ni… hati-hatilaa dengan kad kredit anda

2 Responses to Kad Kredit kena Klon?

  1. Kakashi berkata:

    salam…wah,bahaya nih.tp kad aku had rm2k je bajet ciput.hehe.

  2. hakimah berkata:

    Mmg di Europe banyak outlet yg masih pakai jalur magnetik (even hilton edinburgh pun pakai lg..sedihnyer)…Aku cadangkan kepada semua pemilik kad ATM, kad debit, kad kredit dll supaya selalu update kad setiap tahun (tukar nombor kad, telebanker no dan CCV)..Kalu lebih efficient lagi tukarkan CCV setiap kali anda purchase/ booking/ buat bayaran melalui internet..mmg kene charge RM50, tp anda mahu rugi RM50 atau yg beribu-ribu? renung-renungkan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: