Salam Ramadhan

Antara Fadhilat Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni dah hari ke empat kita berpuasa, belum terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Berpuasa. Kepada pembca blog ni, saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki, Mana tau kot ada salah dan salah. Lambat sikit nak update blog, sibuk sikit.. harapkan hujung minggu je masa free sikit.. Bulan puasa laa katakan, semua kena kurangkan, kurangkan berjalan, kurangkan tengok wayang dan segala yang dunia tu, tapi tambahkan yang akhirat. Senang je kan.. buat yang terbaik dan termampu walaupun diri penat berpuasa, kalau tak ke surau, kat rumah pun jadi.. jangan bagi alasan tak pandai baca ayat lazim pulak masa solat terawih, cukup sekadar yang rukun kalau tak mampu…

Puasa kali ni ialah yang pertama buat saya sebagai suami, dah rasa macam satu tanggungjawap pulak, dan nanti raya pun yang pertama selepas bertukar status.. hehe doakan kesejahteraan saya OK..

Mmmm pengumuman untuk kaki melancong, sekarang ni ada MAS MATTA Fair sampai 17 Ogos ni, so boleh booking tiket melancong sekarang, tengok harga dia boleh tahan murah, diskaun sampai 50%. So bolehlaa merancang untuk pergi melihat keindahan Allah di luar dari tempurung kita hujung tahun nanti. AirAsia pun ada buat promosi tiket RM1, tarikh dia sama kot.. tapi masalahnya untuk perjalananan April tahun depan la.. huhu.. jauh lagi tu.

OK Selamat Berpuasa dan Menunaikan ibadat di bulan mulia ini.

Yavuz Sultan Selim Camii (Mosque): Teringat pengalaman pertama sembahyang jumaat ikut cara orang Turki kat Mannheim dulu

2 Responses to Salam Ramadhan

  1. kc berkata:

    salam ramadhan to you too.

    busy bebenor ek bro!

    anyway, matta fair tuh kat mana this time?

    • zairol79 berkata:

      Sham…
      Busy ke mende lain sebab kepala pun takde idea lagi.. dari pakcik google, Matta Fair nak buat dekat nak raya nanti kat PWTC 3-5 September. Sekarang ni dia buat kat oversea dari berita semalam. Lepas tu kat internet, kalau kira-kira bagus beli kat internet je kalau nak melancong tahap extreme…. takyah pakej.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: