Release Tension? Pergilah melancong

Taman Tasik Taiping... tenang dan sejuk

Salam Pembaca

Nak cerita sikit pasal tempat-tempat menarik kat Malaysia yang boleh anda pergi kalau anda tension… Untuk hilangkan tension terutamanya bila penat bekerja,ada masalah peribadi, cara pertamanya ialah dengan mengaji.. itu cara terbagus🙂. Cara yang kedua ialah dengan bermain dengan binatang, tak kisahlah kucing ke, arnab ke tapi kalau dia berak kat rumah, lain pulak tensionnye…Bermain dengan binatang mengikut kajian sains dapat menurunkan tekanan darah anda. Sebab tu kebanyakan mat salleh bela binatang kat rumah. Anjing buat macam kawan je.

Burung ni siap angguk-angguk mintak makanan.

Raccoon- berkuku dan bertaring tapi romantik dia ni

Jadi pergilah berjalan kat zoo atau taman-taman burung ke, taman arnab ke dan sebagainya, paling dekat kat KL ialah taman Burung di tasik Perdana ( Rm15 ) Kat situ anda boleh bagi makan burung Nuri yang garang tu.. Cara kedua boleh pergi main air sambil melawat mini Zoo seperti di Sunway Lagoon, Lost World Tambun atau A Famosa Resort dan paling jauh kat Bukit Merah Resort.  Bayaran kat Sunway LAgoon mahal sikit RM90 untuk semua taman, mini zoo dia pun anda susah sikit nak pegang binatang dia, so yang terbaik boleh pergi ke Lost World Tambun, Ipoh. RM30 je. Kat sana Petting Zoo dia menarik.. banyak binatang jinak-jinak dan mungkin tak pernah tengok. Tak situ Skunk je yang garang, silap-silap dia gigit dan sembur ekor busuk dia macam dalam kartun tu, hehe.

Guinea Pig - Satu-satunya babi yang boleh di pegang

ABC yang unik di medan selera belakang Balai Bomba Taiping. Tak berubah dari zaman aku matrik dulu lagi.🙂

Kalau nak relax and easy boleh pergi Taiping, tenang dan penuh dengan taman, Taman Tasik Taiping adalah taman bekas lombong antara yang terbesar kat Malaysia, free je, dekat dengan dia ada Zoo Taiping ( tak free🙂 ) dan anda boleh cuba makan ABC special yang unik kat situ. Tak berubah-ubah dari masa saya matrik kat situ 1997 sampai laa sekarang.

Picture of the day : Raccoon mix with dog = Racdog.. huhu. source : google image

3 Responses to Release Tension? Pergilah melancong

  1. ulam kerdas berkata:

    awat ko letak pic ABC ni weiiiiiii…jauh nye aku nk g makan…terliur abis ni..huhu

  2. roy berkata:

    Ulam Kerdas: haha.. sesuai untuk orang mengidam macam ko. haha

  3. Syahril berkata:

    tringat djaman skolah dulu2, hjg mnggu nek moto dari kulim g taiping, lepak2 kt tasik. . mmg sejuk ini tempat. . ^^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: