Europe Trip 5 – When in Rome

Potte ( Jambatan ) Vecchio di Florence. Tempat orang jual barang kemas kat kedai-kedai atas jambatan tu.

Assalamualaikum and Good Day

Syukur akhirnya dapat juga tulis entry terakhir Europe trip saya yang macam dah basi ni, sampai nak cerita pasal trip kat Malaysia pun tak boleh lagi.  OKlaa, seperti German, Perancis dan banyak negara Europe yang lain, kemudahan keretapi laju ~300km/j maksimum, dengan kekerapan yang banyak memudahkan pelancong bergerak ke seluruh Europe tanpa sempadan ( kecuali Switzerland yang memerlukan penumpang cop passport ). Macam saya dan isteri jarak  255km dari Venice ke Florence hanya mengambil masa selama 2 jam dan jarak perjalanan kami dari Florence ke Rome sejauh 278km, lebih kurang 1 jam setengah, lebih laju disebabkan jalan keretapi dia tak banyak terowong bawah bukit.

Piazza Signoria, macam satu kawasan luas yang penuh dengan muzium dan patung-patung lama

Pagi sebelum bertolak ke Rome kami berjalan-jalan di sekitar Florence yang dikatakan bandar keagamaan Italy, kerana penuh dengan gereja dan muzium.  Banyak patung-patung lama zaman Zeus di sini terutama di Plaza Signoria. Florence juga terkenal dengan produk kulit buatan tangan.  Barang kemas juga banyak dijual di sini iaitu di atas jambatan yang ada rumah kedai di atasnya dinamakan Ponte Vecchio.

Colloseum waktu senja... puas nak tunggu senja, dahla sejuk.

Kami check out awal pagi, kononnya nak ke Pisa pagi tu tapi tak sempat bila tengok jarak perjalanan keretapi dia agak jauh dan memeningkan bila terpaksa beli tiket keretapi kat mesin, lagipun tak habis study lagi huhu. Petang tersebut selepas ambil beg kat hotel Saya dan isteri bertolak ke Rome sebagai destinasi terakhir kami sebelum pulang ke tanah air. Sampai kat Rome saya membeli tiket untuk 2 hari bagi rangkaian metro, trams dan bas. Peliknya, tiket metro di Rome tidak dijual di kaunter tiket atau mesin tapi di kedai surat khabar ( tobacco and newspapers shop ). Puaslaa saya cari kat mesin untuk beli tiket tu, nasib la ada mamat Italiano tu tegur walaupun saya tak paham.  Orang Itali agak peramah dengan pelancong, ada yang jujur dan ada yang nak ambik kesempatan mintak tips, jadi hati-hati la.

Malang train ni kena conteng...

Metro di Rome tidaklah canggih sangat, ada 2 je rangkaian metro diorang. Ada juga trams, keretapi slow atas jalan, tapi lebih kurang macam bas je laa. Terkejut bila tengok satu coach metro ni penuh dengan grafiti, terus amik kamera snap gambar. huh teruk jugak vandalisme kat Rome ni. Satu yang menarik di Rome ialah dengan kebanjiran warga Bangladesh yang bekerja dan juga berniaga di situ, tidak seperti Malaysia, diorang bebas menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Kebanyakannya pernah bekerja di Malaysia, siap bagi salam dan tegur saya dalam Bahasa Melayu lagi. Kadar tukaran matawang yang tinggi menyebabkan mereka boleh hidup senang dan boleh kirim wang ke negara asal dalam kadar yang amat tinggi.

Jumpa jugak orang Malaysia kat Rome, siap selisih kat Florence lagi hari sebelumnya tapi tak perasan. Orang Malaysia yang kerja sambil study kat UK.

Petang itu kami ke Colosseum, satu tapak arkeologi terbesar di dunia dalam kawasan Forum Roman dan Palatino, kebanyakan tenggelam sepenuhnya di dalam tanah,  dan proses menggali dan membaik pulih dilakukan sehinggalah sekarang. Dengan tiket 13.5 Euro seorang, saya dapat melawat ketiga tempat ini dalam masa dua hari.  Tiket di beli secara online sebelum ke Germany lagi, so tak payah beratur panjang nak beli tiket.

Kawasan arkeologi Colosseum, Forum Roman dan Palatino, sehari suntuk baru habih jalan

Esoknya saya dan isteri sambung lagi berjalan kat Forum Roman dan Palatino kat sebelah Colosseum tu, rasanya dah berapa km dah berjalan sampai kaki pun dah sakit-sakit walaupun tak berpeluh sebab cuaca yang amat nyaman sekitar 14-20 degree Celcius. Tapi bila memikirkan peluang sekali seumur hidup, saya gagahi jugak la, jalan macam orang tempang, huhu.  Petang itu kami ke Vatican City, satu negeri bebas yang memerlukan permit khas untuk masuk ke dalamnya ( bukan ruang terbuka seperti yang kami masuk tu ) Ada pengawal berbangsa Swiss menjaga setiap pintu masuknya. Macam rasa dalam filem je bila teringat banyak filem dilakonkan disitu seperti Pink Panther dan 2012, walaupun sesetengahnya dibuat di dalam studio.

Trevi Fountain. gambar kecik scene dari cerita "When in Rome" kat air pancut lain...huhu

Hampir malam kami naik metro lagi ke Trevi Fountain, antara air pancut yang wajib di lawati di Rome. Orang sana cakap kalau kita buang duit dalam tu, nanti mesti kita akan datang balik ke Rome.  Macam cerita “When in Rome”, air pancut yang dimaksudkan tu bukan air pancut macam dalam filem tu, tapi air pancut yang kami pergi tu.. mungkin sebab tak dapat kebenaran, jadi diorang berlakon je di air pancut  roundaboard kat tengah-tengah kota Rome.  Fuh malam tu kami balik ke hotel dengan kepenatan maksima, kaki sakit tak ingat, sampai sapu ubat krim pun tak rasa apa. Esoknya kami balik dengan menyuruh tokey hotel kami yang baik hati ( Art in Accommodation – sebuah apartment yang diubahsuai menjadi bajet hotel 5 bilik, 85 Euro semalam, huhu ) telefon teksi. Dengan barang yang banyaknye, kaki sakit, memang tak larat dah nak naik metro dan train ke airport, melayang 45 Euro.

Video pengalaman sepanjang di Italy seperti di bawah:

Maka selesaila Euro Trip saya selama 2 minggu bekerja di Germany dan seminggu berjalan-jalan di France dan Italy. Tiga negara dengan tiga ragam dan perangai. Pada saya, saya lebih sukakan Germany, negaranya lebih tenteram, tak tahulaa sebab saya tak pernah pergi ke Berlin lagi, setakat Frankfurt dan bandar populasi Islam di Mannheim.  Tapi selama di Germany saya nampak rakyatnya lebih berhemah dan profesional terutamanyaa di jalan raya. Saya pernah di sapa oleh seorang makcik di supermarket yang membeli laluan kepada saya untuk bayar dulu sebab barang dia banyak. Di kawasan perlancongan Black Forest ada seorang driver siap buat emergency brake lagi apabila nampak kami mahu melintas jalan, huhu terharu sungguh. Mungkin agak sukar berkomunikasi tetapi apabila anda mulakan dengan sedikit bahasa Jerman dan English, banyak juga yang tahu berbahasa English rupanya. Tapi untuk shopping, antara tiga negara tersebut, Italy yang terbaik…

Secara ringkas bajet yang anda perlukan untuk seminggu trip kat Euro termasuk makan minum dan cenderahati adalah dalam 1000 Euro tak termasuk tiket kapal terbang. Secara ringkas belanja kami adalah seperti berikut

Tiket kapal terbang – tiket MAS mahal sikit, last minute beli untuk  wife sebab business trip. Anda boleh pakai AirAsia dalam lingkungan RM2000 pergi balik ke London. MAS RM4000 pergi balik ke Europe ( tiket promosi )

Tiket keretapi ( 2 org )

– Manheim -> Paris = 78 Euro

– Venice -> Florence = 58 Euro

– Florence -> Rome = 62 Euro

Tiket Flight Paris ke Venice = 197 Euro

Hotel : Paris 3 malam = 162 Euro , Florence = 50 Euro, Rome 2 Malam = 170 Euro

Metro Tiket Paris & Rome = 46 Euro

Tiket Colosseum = 27 Euro

Makan dan Cenderahati = 15 Euro x 7 hari = 105 Euro

Teksi ke Rome Airport = 45 Euro

Jumlah = 1000 Euro cun, kali tukaran matawang RM4.60 = RM4600 tak termasuk tiket kapal terbang.

Kalau kaki shopping tu kena bawak lebih sikit laaa. Takpun bersedia dengan hutang kad kredit…🙂

13 Responses to Europe Trip 5 – When in Rome

  1. Nizam Bintulu berkata:

    WAH BEH2 TEMPAT KAT SANA.TQ ROY UNTUK PANDUAN AKU KE GERMAN NANTI SAMBUT MENANTU

  2. Kelly Chantek berkata:

    Salam Bro..

    cantik gambar scenery kat atas tuh..gambar kat mana tuh? Bila nak ke german lagi?

  3. zairol79 berkata:

    Wsalam Sham ( kelly ).. seperti tajuk dia kat atas, semua gambar tu kat italy. gambar atas sekali kat Florence, di utara Italy, dekat dengan Pisa. Mmmm tgk pada keadaan, bos suruh pergi, kena pergi la.

  4. zairol79 berkata:

    eh kalau gambar header kat atas tu, x tau pulak kat mana.. tu wordpress punye template.. huhu

  5. wahida berkata:

    hi zairol….saya nk tanye. ROME nampak save tak?
    sebab saya plan nk gi berdua dgn anak saya umur 2 tahun.

    satu lagi nk tahu, hotel mana u duduk tu? stategik tak tempat nye…maksud tgh2 rome ke?

    harap balas…tq

    • zairol berkata:

      Salams Wahida…

      Rome compare dgn Jerman dan Perancis agak kebelakang sikit dari segi infrastruktur dia.. Metro dia 2 network je.. Orang dia OK cuma agak teruk bila memandu, tak seperti Germany dan France, nak melintas jalan kat Rome agak susah. Untuk elakkan terorisme, kerajaan Rome wajibkan hotel photocopy passport bila menginap kat hotel.. lagi satu walaupun saya duduk kat budget hotel tapi entrance untuk masuk ada kunci.. macam cerita org putih tu dia ada pintu entrance untuk naik ke apartment (hotel) kat atas. Saya dulu duduk kat Art in Accomondation, apartment yg renovate jadi hotel 6 bilik tak salah, 80 euro semalam dgn attached bathroom, cuba google hotel ni tgk.. hotel ni duduk kat block belakang kedai.. agak sunyi tapi rasanya selamat..nak ke Colleseum dlm 500m je. then ada kedai Bangladesh kat bawah tu lagi siap tegur kami org dalam bahasa melayu.. byk bangla kat Rome penah keje kat Malaysia… so boleh mintak guide dari org.. at least 2-3 org tegur kami dalam bahasa melayu. OK selamat melancong…

  6. wa berkata:

    Salam , nak tanya budget 1000 uero tu untuk 2 orang ke ?
    Kalau budak umur 4 tahun kena bayar tak untuk naik train

    • zairol79 berkata:

      Yup, untuk dua org tak termasuk tiket flight. Tiket train beli mcm tiket bas, berdasarkan seat dia, kalau riba tak payah bayar la

      Sent from my Sony Ericsson Xperia arc

  7. dD berkata:

    salam…

    kagum gile bang..kompom puaskan klu perancang berjalan dgn lacar…hehehe..bro xde ke tips2 utk memulakan sesuatu percutian bajet mcm ni utk org yg xtau langsung psl Europe ni?dan bape lame bro planning utk percutian yg mcm nih…

    • zairol79 berkata:

      Wsalam.. hehe terima kasih.. sama ada rancangan kita tu lancar ke tidak, tu semua pengalaman.. kalau ikutkan tips, rasanya dah saya senaraikan dalam blog ni, cuma satu je petua, banyakkan membaca dan google… apa-apa yang musykil semua ada tulis kat internet… lagi satu kena berani la, jgn buat muka nervous kalau berjalan kat tempat orang.. saya dul plan untuk Europe trip ni dalam 2 bulan awal laa sebab nak beli tiket train murah… dan tempahan hotel semuanya dibuat sebulan awal…ok terima kasih kerana sudi membaca…

  8. andy berkata:

    salam roy, thanks sebab berkongsi info di blog u ni. sy akan ke scotland, london iAllah bulan mac tahun depan. so alang2 dah sampai ingat nak extend ke paris and italy. kalau x keberatan boleh x kita berbalas email just in case saya perlukan info apa2 berkenaan train, hotel etc. i’ll be travelling berdua je with my wife. thank you roy

    • zairol79 berkata:

      Wsalam… terima kasih kerana berminat dgn blog roydotcom, tunggu update terkini untuk travel saya bulan depan. anyway saya dah hantar email so boleh check mailbox anda. Terima Kasih

      ________________________________

  9. ashraf berkata:

    Salam. Sy nk ke europe this summer n travel sendiri je. kalau bole nk tnya sikit tips bagai. So boleh kita berbalas email ke. Fb ke?.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: