Europe Trip 4 – Day 1 in Italy, Venice & Florence

Melancong selama sejam setengah di Venice. Antara terusan yang ada kat Venice

Assalamualaikum..

Penat hari ni, semalam jalan-jalan cari makan di Penang, melihat memori lama di Penang dan Taiping, yang penting ABC di Taiping tetap unik macam dahulu.. OKla semasa di Europe dahulu (April 2010), saya asalnya bercadang untuk menaiki night train dengan ‘sleeping coach’ iaitu bilik kecil dengan katil dari Paris ke Venice, tapi tak tahu apa masalahnya susah  betul nak dapat tiket keretapi tu secara online kat http://www.tgv-europe.com. Ada je problemnye, yang boleh dapat pun 2nd class dgn katil 3 tingkat seramai 6 orang sebilik.. Jadi saya pun beli tiket flight ( Low Cost Fare )  Easyjet dari Paris ke Venice berharga 197.00 Euro, nampak murah tapi mahal kalau tukarkan ke RM.

Nak dijadikan cerita, mungkin terlampau bergantung pada ketetapan waktu, bajet cun-cun untuk sampai ke airport, maka tertinggalla kami flight tersebut.  Ini kerana saya tidak ambik masa untuk membeli tiket metro, waktu berjalan ke stesen keretapi dan segalanya, semua bajet cun sangat, sampai hilang muka cun saya dan isteri  waktu bila kaunter check in dah tutup. Perjalanan kami dari hotel ke Paris Orly Airport mengambil masa 38 minit dengan manaiki komuter RER.  Flight kami berlepas pagi iaitu 7:50 dan kaunter check in tutup pukul 7:10, kami sampai 7:15, so melepasla. So sila ambil masa sekurangnya sejam perjalanan walaupun kat internet tulis kurang daripada itu iaitu 38 minit perjalanan dari Gare De Nord ke Paris Orly.  Dan jangan ingat flight kat Europe kita boleh buat macam AirAsia boleh nego, hehe.  Semua on-time. Alhamdulillah tak seperti AirAsia, kami boleh naik flight berikutnya pada pukul 1:00 ptg dengan menambah 100 Euro. Perjalanan selama 1 jam 40 minit merentasi  Benua Alps amat memukau apabila melihat salji keputihan, dan melihat Venice dari udara tatakala mendarat. Peramugari EasyJet yang berseluar panjang kemas juga membuat sejuk mata memandang berbanding peramugari AirAsia memakai skirt singkat yang amat menyiksakan

Rancangan awal kami untuk ‘Day Trip’ di Venice terpaksa ditukar menjadi ‘hour trip’. Untuk mengelakkan sesat, kami hanya berjalan-jalan disekitar stesen keretapi sahaja untuk mengelakkan terlepas keretapi ke Florence pada petang itu. Pertama kali menjejak kaki di Venice, kami disapa dengan seorang mamat Italy yang kononnya ingin menolong kami mengangkat beg dari stesen bas menyeberangi jambatan ke stesen keretapi, namun bila dah siap angkat beg naik turun tangga jambatan tu, dia minta 10 Euro.. huhu.. jadi hati-hati kalau tak mau duit melayang. Ini kerana Italy bukan negara maju seperti Germany Perancis dan England. Jadi kebanyakaan rakyatnya macam kat Malaysia jugak.

Selepas hampir sejam setengah berjalan kat Venice, hanya sekadar nak letak kaki dan ambik bukti bergambar petang tu kami bertolak ke Florence dengan menaiki keretapi laju seperti di German berharga 58 Euro untuk dua orang. Perjalanan selama 2 jam merentasi banyak terowong merentasi bukit bukau. Tiket ini juga dapat dibeli secara online, google je trenitalia.com dan paling menarik anda boleh cancel tiket ini bila-bila masa dan dapat duit anda (selepas dia potong sikit) terus ke kad kredit anda. Macam saya dulu dia potong 11.6 Euro dari 58 Euro selepas tukar ke tiket yang lambat sikit untuk ke Florence.

Hotel 50 Euro (Soggiorno Gloria) kami di Florence, gambar kecik dalam airport shuttle kat Venice Marco Polo Airport

Sesampai di Florence hari dah senja, jadi kami terus ke hotel yang berdekatan stesen keretapi, nasib kami baik sebab asalnya saya hanya tempah bilik kecil dengan tandas diluar, tapi diberi dengan bilik yang agak besar sekali tandas dengan hanya 50 Euro sahaja. Satu yang menarik mengenai hotel di Italy ialah lobi yang biasanya kat atas, anda akan diberi kunci pintu bawah apartment anda untuk ke hotel. Jadi kalau nak check in kena tekan butang, panggil orang untuk bukak kunci kat bawah tu.  Bila sampai di Italy, rasa macam di Malaysia pulak, ada pasar malam lagi. Kami berjalan-jalan disekitar hotel dan sempat tapau Pizza Itali Magherita di restoran Turki.

4 Responses to Europe Trip 4 – Day 1 in Italy, Venice & Florence

  1. Nizam Bintulu berkata:

    Huhu nang best berjalan kitak duak laki bini..Apa perbezaan ketara bila jalan sesorang dengan bawak bini? Jawab jangan tak jawab hehehe

  2. zairol79 berkata:

    aih kelakar sarawak nya tok… pada aku depend pada jenis trip tu, kalau honeymoon trip, duduk pulau je 2-3 mlm, tv takde tu baru honeymoon, tapi kalau backpackers & trolley bag mcm kami org.. hehe lain tu, dok terkejar-kejar situ sini..
    unyat a.k.a Nizam, ko subcribe blog aku ke? RSS Feed? cepat betul.. btw video Paris aku ada kat previous entry

  3. shams berkata:

    Bestnyer…. Jalan tempat orang….

  4. Pingback: 2010 in review – Thanks to all my readers « Roy Dot Com : Sekadar Coretan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: