Travellog Part 1: Tchüss Winter, Welkommen Spring

MAS business class, "Encik Zairol nak minum apa?" sekadar gambar hiasan, nanti orang kata perok pulak..

Salam Pembaca

Dah dua bulan tak update blog, masa kat bintulu dulu mcm xde mood je nak update, sibuk buat research sama utk trip ni… Ni weekend pertama kat Germany. Stay kat Crown Plaza Hotel, Hiedelberg, 70km dari Frankfurt. Sebuah bandar bersejarah berdekatan dgn tempat saya stay dulu, Mannheim. Tapi kalau jarak pergi kerja sama je.

Nak cerita sikit, mana tau, korang pun bernasib baik macam aku, masa nak berangkat kat sini, aku datang sorang, di hantar oleh tokey Syafie yang duduk kat Kota Warisan, macam biasa check international flight pukul 10, 2 jam sebelum departure, which is quite late sebab tengok sequence number dah 262. Tapi itulah hint dia, process check in agak lambat, apa yg awek tu taip kat depan aku pun tak tau, tapi tu dia, dia bagi satu boarding pass warna biru tertera business class, dgn sengih dia cakap, “kami dah upgrade tiket Encik ke Business Class”, dengan rasa agak terkejut, aku fikir ada org upgrade kan tiket aku ke? atau suka hati dia potong point Enrich aku ni.. Last-last dia cakap sebab flight fully booked, semua economy seat fully seated, Fuh Alhamdulillah, dapat berlagak macam tokey balak lagi kali ni, di layan bagai raja walaupun aku pakai jaket bum yang tak sampai RM100 pun.. kekadang terfikir, mungkin berkat doa mak aku yang tak putus-putus mendoakan kesejahteraan anak-anak dia walaupun kekadang anak-anak sendiri terlalu sibuk hingga lupa akan ibu bapanya.

Gambar kat office, yg gambar kecik tu tahun lepas masa spring...

Yang best sebab travel dengan 2nd bos, dia dok economy, so paham-paham laa perasan dia, mesti jelous walaupun sikit, haha. Dan bila sampai ke Germany, benda yang sama terjadi jugak pada dua colleagues kami yang dah sampai situ 2 minggu lepas, so kami yang bernasib baik atau ada orang yang tidak bernasib baik?.. hehe.. mm apa org puteh kata?  “bad luck”? huhu.

Sampai Frankfurt suhu hari tu 2 degree celcius, agak sejuk tapi rasanya itulaa hari terakhir suhu hampir ke takat beku sebab sekarang paling sejuk pun 8 degree waktu siang, malam mcm biasalaa kalau hujan 2-5 degree laa.

So welcome Spring, tak macam tahun lepas welcome Summer, tapi kali ni saya tengok semua pokok togeh gara-gara winter dan menarik apabila perlahan-lahan tgk pucuk daun tumbuh kembali dan tunas pokok bunga keluar dari tanah.. agongnya ciptaan Allah.. Tak seperti tahun lepas tengok bunga tulip yang dah kembang tapi kali ni tengok bunga tulip yang baru nak keluar dari bebawang dia..

Pokok bunga dah keluar tunas ( bukan tulip ek )

3 Responses to Travellog Part 1: Tchüss Winter, Welkommen Spring

  1. ulam kerdas berkata:

    wowowowo..da smpai rupenye…Uncle jgn lupe beli ole2 utk saya ye uncle..hihihi…kim salam kat aunty😀

  2. Nizam Bintulu berkata:

    Salam,
    Huhu dah di Frankfurt rupanya kawan aku nie.
    So take care and enjoy……
    Erm pi sorang rugila Roy…..
    Dahla sejuk sana mmg sesuai sangatla untuk “mengawan”

  3. Mrs Badrul berkata:

    Tgk laaa next entry dia…. nnti ade gambo mem dia…
    zairol… jam tgn utk kami bertiga jgn lupe tauuuu!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: