Awas, penipu profesional ( scam )

Assalamualaikum,

Sebagai entry pertama selepas bertukar status, saya nak cerita sikit pasal sindiket mengambik duit orang secara penipuan ni. Kalaulah tiba-tiba orang hantar mesej ( terutamanya Mat Salleh ) nak berkenalan dgn kita samada melalui Facebook, Friendster atau Tagged, hati-hati tau. Boleh kenal-kenal, tak salah tapi kalau la mamat atau minah tu sibuk dok cerita pasal nak bukak bisnes kat Malaysia, nak hantar sample produk, layan je dulu tapi bila sampai dia mintak duit, hati-hati takut kalau termakan kata, melayang duit..

Ceritanya, semalam ada sorang mat salleh dari London mesej saya dari Tagged, kononnya nak berkenalan, so saya bagilaa email, kalau takat email saya tak kisah sangat pun YM pun boleh block dia kalau kita tak nak, so ptg semalam kami org chating-chating la, kononnya dah tua mamat tu 5o tahun umur dia, ex tentera, dia siap hantar gambar lagi, dgn wife, bini dia, anak dia. Sekarang buat family bisnes jual barang kemas dari London, chating punya chating dia nak pos brochure dgn sample barang kemas tu, siap beli t-shirt winter sales lagi kat saya. So dia pos la secure parcel siap dgn no pin lagi. Ptg semalam dia call kata dah pos then dia pun kononnya nak main golf kat Liverpool… huhu winter time boleh main golf tu…

Pagi tadi ada sorang mamat call, no local kononnya curier guy, dia cakap barang dah sampai KLIA, tapi kena bayar duti kastam dulu baru boleh ambik, dia mintaklaa saya bank in duit RM1500 kat dia, dia settlekan dan terus hantar ke saya… huhu, nasiblaa saya ni tak sebodoh tu  senang-senang je nak bagi orang RM1500, so saya hantar mesej ke mamat London tu Sir Roland Boyd namanya no HP dia 00447031870666. Ecehh…. dengan penuh tanggungjawap dia call saya walaupun waktu kat London waktu tu 3:00 pagi, itupun kalau betul dia dok kat London, berdasarkan no telepon tu memang ye… dia pelik kenapa kena bayar dan dia pun call laa mamat curier tu, then lepas tu dia call saya balik dan dgn rasa terkilan mintak duit, saya balas la saya takde duit, kalau nak saya amik barang tu, saya mintak dia transfer duit pakai Paypal.com. Dia kata dia takde access internet, so saya cakap takpe, biar je dulu kat Kastam, bila-bila dah dapat duit saya ambik sendiri. Dia takut barang dia hilang, siap suruh pinjam duit orang lagi.. hehe. Lepas tu saya balas ” not a problem for me”. Terus dia letak telepon.. hahaha.. So untuk check no akaun bank, saya pura-pura sms mamat kurier ni (mat salleh gak) minta no akaun, dia siap tanya bank mana yang paling dekat lagi, so saya minta maybank, so dia bagi no akaun maybank 1643-1531-0163 atas nama Adegoke Solomon Adel ( nama macam negro je ). Akaun tu saya check memang wujud, nanti ada masa nak trace dengan member saya yang keje maybank tgk transaction dia macam mana…

Memang macam menarik pada asalnye, ye laa orang ak bagi sample barang kemas dan konon-kononnya nak bukak outlet kat Malaysia dan kita jadi business  partner dia, sapa tak termakan tak? tapi syukur saya amik sikap berhati-hati, semua IM dengan dia saya archive, gambar saya simpan, so sesapa yang nak baca apa yang saya chat dengan dia boleh download file notepad kat bawah ni, sorry English saya tak sehebat mana… So hati-hati dan sebarkan pada yang lain OK…

Link untuk download apa yang saya chat dengan mamat ni, siap panggil brother lagi tu, boleh bukak terus kat browser sebab dia file notepad

http://dl.dropbox.com/u/2404264/IM%20with%20roland%20boyd.txt

Beberapa gambar mamat tu yg dia attach kat email dia b.roland50@yahoo.com

Gambar dengan anak dia kononnya

Ex army tu

Dengan bini dia kononnya, tapi dah bercerai, memang ayat power sungguh

Mesej yang dia hantar dari Tagged. user ID dia Roland B

From:Roland B

To:Me

Date:21 Disember 2009 10:34:55

Subject:hi

Message:

Hello Zairol,

Am Mr.Roland 50 years years from United kingdom and after going through your profile,i love to have a friend in  ur place because i have not been opportuned to be there before.Let me have ur email address and i will send u my pics and we can become friends and get to know eachother better.

Have a nice day and looking forward to hear from you soon.

Yours,

Roland

Update: aku ada tanya member aku yg keje kat Maybank, so dia kata akaun ni once duit masuk terus mamat tu bawak keluar, last transaction 10/12/2009. so ada byk jugaklaa orang yang terkena.. apa-apahal aku rasa nak suruh media bongkar laa kisah ni.. bagus jugak untuk peringatan ramai

66 Responses to Awas, penipu profesional ( scam )

  1. mamaizzmi says:

    nasib baik kak lela tak pandai speaking, tak adalah nak layan mana2 orang putih nih..atau orang itam he..he.

  2. Mrs Badrul says:

    Salam zairol,

    wahhh.. pueh jugak aku tunggu ko punya citer dlm blog nie.. akhirnya ada jugak…

    txs for the info… at least ko dh tolong kwn2 kiter yg skrg mungkin berkira2 dlm otak mcmne nk dpt duit lebih… almaklumlah skrg dh akhir thn.. ada yg anak nak masuk sekolah… ada budget dh lari sbb shopping berlebih2an.. >; hehehe…

  3. fitri says:

    dasyat sekarang org menipu,aku pun ada pengalaman gak,masa tu iklankan video cam lama aku kat mudah.my. then ada org email kata berminat dr canada rasanya,utk anak dia belajar kat nigeria,siap bagi notis dari bank lagi,bila aku minta nasihat member bank aku,terus dia nasihat jangan percaya.dia suruh pos dulu then baru duit yg dia dah transfer tu akan masuk dalam akaun kita.dalam masa sama ada org kl nak video cam aku,apa lagi terus cancel,lepas tu siap hantar email drpd fbi lagi,gerun gak aku,nasib baik sampai skrg x de org fbi jumpa aku hahahaha so hati2 la yer

  4. Putih says:

    aku pernah ler dapat email cakap nak mintak aku tolong die sakit… nanti die mati, aku dapat duit wasiat 1 juta pound. siap la ada gambar mamat terbaring atas katil hosptal rupa cam nyawa2 ikan….

    Aku dok balas le email die tu. Die reply. Tapi, takde pulak la aku buat kajian macam ko. Bile die mintak no akaun, aku cakap je “there’s nothing free in this world. Im sorry, you have to ask someone else.”

    tapi bagusla entry ni. bagi pengetahuan kat orang ramai.

  5. shamsul says:

    Mmg la benda camni xleh caya…

    Layan je… biar dia buang masa + energy dgn kita. Bila sampai masa dia mintak $$$ tu… this the best time utk main2kan dia balik.

    Shamsul,
    Doha, Qatar

    • kimie says:

      Hahaha…aku pun dah hampir2 terkena beb…nasib aku ni bijak ckit…kalau tidak melayang 2500 curier girl coll aku suruh bank in duit. So aku cakap nanti aku suruh org london coll kau lah. Nanti kau berurusan dengan dia. Lepas tu aku coll balik curier tu langsung dia x angkat fon. Yang sorang lg padam terus fon hahaha aku ingat nak ayat buat kenduri jer nasib baik dia off fon. Klu tidak habis la minah curier kat ,klia tu.

  6. ZAMS says:

    bagus roy… ramai yg cuba menipu skrg ni…smpin duit dlm bank pun leh hilang tau

  7. ZAMS says:

    slmt pngantin baru

  8. Nizam Bintulu says:

    Assalamualaikum,
    Terima kasihla atas info ko tue.
    Erm bila nak update lagi?????????
    Aku tak sabar nak tengok dan baca berita2 baru lagi berinformasi dari kau…….
    Nang ada.

  9. chris says:

    Orang yang sama baru tadi kol saya semalam, siap bagi gambar barang kemas dia yang design baru. Nama yang sama, cerita golf yang sama, kononya sedih sebab takde isteri sokong masa tournament dia. pagi tadi courier guy minta RM850.00 as airport tax…So saya bagitau dia saya sekarang berada di sempadan thailand and suruh dia hantar barang kat sana….hahahaa….

  10. faizal says:

    bro! aku tgh ym ngn dia skrang ni!!! hahahaha.

    Ro Boyd: how are u tristram
    Faizal Cm: fine
    Ro Boyd: nice that we can meet now
    Ro Boyd: are u at home now?
    Faizal Cm: office
    Faizal Cm: u?
    Ro Boyd: today is saturday and u wrking?
    Faizal Cm: yup
    Ro Boyd: am in my home now
    Ro Boyd: i dont work on saturdays
    Ro Boyd: did u receive my pics i sent to u?
    Faizal Cm: what time is it @ ur place
    Faizal Cm: nope
    Faizal Cm: what pix?
    Ro Boyd: its 9.56am here
    Ro Boyd: i sent u my pics
    Faizal Cm: where r u from again?
    Ro Boyd: scotland
    Faizal Cm: ok
    Faizal Cm: u been in malaysia b4?
    Ro Boyd: have u been here b4?
    Ro Boyd: yes
    Faizal Cm: nope
    Faizal Cm: holiday?
    Ro Boyd: i was there last year for a vacation and is a nice place with wonderful people
    Ro Boyd: so whats actually ur age
    Ro Boyd: am 50 myself
    Faizal Cm: 28
    Ro Boyd: oic,still young
    Faizal Cm: r u working for the gverment?
    Ro Boyd: whats ur job’
    Ro Boyd: no,i was with the british army as an accountant b4 but later resigned to take over my late fathers business of jewellery exportation to america and france and thats what am doing here
    Ro Boyd: how abt u
    Faizal Cm: cool
    Faizal Cm: i m working with private company
    Ro Boyd: awesome
    Ro Boyd: u married or single?
    Faizal Cm: nothing aweseome actually
    Faizal Cm: single
    Ro Boyd: am divorced myself
    Ro Boyd: why?is ur job not good
    Faizal Cm: i think most of malaysian salary are not that good if compare to he other countries
    Faizal Cm: lol
    Ro Boyd: how much is ur salary in dollars and what does ur company do
    Ro Boyd: it depends on the kind of business ur company is into and the profit they make
    Ro Boyd has closed photo sharing.

    Faizal Cm: about 580usd per month
    Faizal Cm: sux
    Ro Boyd: thats small
    Ro Boyd: very small
    Faizal Cm: yup
    Ro Boyd: can u cope with that till month end?
    Faizal Cm: work like hell
    Faizal Cm: lol
    Ro Boyd: whats ur qualification
    Faizal Cm: degree holder
    Faizal Cm: hardly to cope though
    Ro Boyd: oic
    Faizal Cm: if staying in kuala lumpur, i m a dead meat with that kind of salary
    Ro Boyd: but i wanted to expand my business to ur country
    Faizal Cm: if staying outside of kuala lumpur then can be consider ‘safe’
    Ro Boyd: maybe u can work with me
    Ro Boyd: u have any idea abt sales
    Faizal Cm: nope
    Faizal Cm: zero knowledge bout sales
    Faizal Cm: lol
    Faizal Cm: why u wanna expand ur business here?
    Ro Boyd: but i can teach u
    Ro Boyd: what course did u study
    Faizal Cm: in myhumble opinion, u will rather losing much don’t u think?
    Faizal Cm: geomatic engineering
    Faizal Cm: u better look into singaporean market
    Faizal Cm: coz their singapore dollar are higher than malaysian ringgit
    Faizal Cm: way profit for ur business
    Faizal Cm:
    Ro Boyd: we dont talk abt currency cos gold price is same everywhere in the world
    Ro Boyd: the only difference is in the design
    Ro Boyd: i can kick start there in malaysia cos of population and expand more to singapore
    Faizal Cm: owh
    Faizal Cm: what type of business are u into
    Ro Boyd: i told u after resigning from the british army i took over my late fathers business of jewellery exportation to america and france
    Ro Boyd: thats why i want to expand to asia
    Faizal Cm: owh
    Faizal Cm: u must be totally rich then
    Ro Boyd: i can send u the catalogue of our design from here and also the samples
    Ro Boyd: then u can check the market there
    Faizal Cm: we are talking bout jewellery here
    Ro Boyd: no,not abt being rich
    Faizal Cm: i ve seen blood diamond movie
    Ro Boyd: no,i dont know abt that
    Ro Boyd: so if u have sister,she can use the sample and we know if the design wil be appreciated there
    Ro Boyd: whats ur tel no,i wanna call u
    Ro Boyd: mine is 00447031870666
    Faizal Cm: sorry, is so expensive in malaysia to call international
    Faizal Cm:
    Ro Boyd: whats urs,i will call u
    Faizal Cm: can we just talk here? we only met..
    Faizal Cm: i hope u do understand mr boyd
    Ro Boyd: i want to hear the voice of whom am talking to
    Ro Boyd: do u think i have tiome to hang online for long
    Faizal Cm: owh
    Ro Boyd: thats why i asked if u can help to promote our design there
    Faizal Cm: i m not very fluent in english compared to writing
    Faizal Cm: do u have website mr boyd?
    Faizal Cm: maybe i can take a look at it 1st
    Ro Boyd: we are building the website now
    Ro Boyd: u mean u dont know how to speak english and u are a graduate?
    Ro Boyd: whats ur tel no?
    Faizal Cm: no
    Faizal Cm: i know how to speak english
    Faizal Cm: but ot that fluently
    Ro Boyd: then/
    Faizal Cm: not
    Ro Boyd: i know english is not ur mother tongue so i dont expect u to be perfect
    Faizal Cm: owh
    Faizal Cm: ok
    Faizal Cm: maybe after i see the website n then i can consider my number
    Faizal Cm: is it ok?
    Faizal Cm: i hope u understand mr boyd
    Ro Boyd: i dont want ur no again and bye
    Ro Boyd: keep it to urself pls
    Faizal Cm: r u pissed off mr boyd?
    Ro Boyd: sorry am not very good in argument
    Ro Boyd: am a business man and have no time for argument abt things not useful
    Ro Boyd: u behave as a woman
    Faizal Cm: what do i get if i join u?
    Faizal Cm: afterall u will be offshore n i m the 1 running ur business here
    Ro Boyd: then u dont have to worry then
    Faizal Cm: i m sorry i don’t understand
    Ro Boyd: can u call me?
    Ro Boyd: call me
    Ro Boyd: since ur no cannot be given out
    Faizal Cm: do u know ym can call peoples
    Ro Boyd: stop that ,i dont call computer
    Faizal Cm: why is it
    Ro Boyd: its childish
    Faizal Cm: owh
    Faizal Cm: ok
    No one answered the call.

  11. elly says:

    mm…lucu baca cerita ni…

    Saya berkenalan dengan Scott Brown dari london melalui tagged.Dia minta no jadi saya bagi no telefon yang lama dah saya tak guna.
    Dia col saya menggunakan no 44798371…….,saya biasalah layan2 gitu je…
    Dia hantar email kat saya kononnya nak kawin ngan saya dan nak hantar cincin pertunangan ngan saya…siap minta alamat lagi….so saya bagi lah alamat pos.Mana lah tau kan betul2 dia hantar…..
    Tapi yg buat saya curiga dia minta saya bayar kastam….ishh ..betul ker….alih2 ada mamat dari kurier uk col saya kata brang saya dah sampai dan saya kena bayar 150pound,dan barang tersebut ada di KLIA,,,,pelik ni….dia bagi saya no account Ahmad Ghazali Bib Idris 1438008994752.
    Saya tanya lah,,napa bagi akaun dia kat saya…dia kata itu bukan no akaun dia,tapi kurier.

    So, saya tanya detail courier ekspres tempat dia bekerja…no detail…hehehe…tambah syak ni….jadi saya cakap kat dia saya akn tanya Scott sendiri…

    Scoot hantar e mail kat saya kononnya barang dia akan dihantar semula sebab saya tak bayar kastam..siap dia bagi list barang dia lagi..barang mahal…sebagai bukti dia bagi email gambar resit penghantaran…macam betul tau….

    Ada lah lebih kurang seminggu gitu saya sms courier man tu tanya barang saya ada di mana..dia kata masih kat KL.Saya tanya berapa yg saya kena bayar,dia jawap RM1350..ehemmm..Lama da…tak kan masih kat KL lagi….no dia pun no tempatan..

    Lantas saya teringat saya pernah baca kes macam ni kat surat khabar…terus saya cari maklumat kat internet..jumpa lah maklumat ni…

    Nasib baik duit tak lepas…ishh…shhh…

    • asscqiin says:

      hi…elly saya assqiin kes u sama pulak dgn kes saya nasib baik la saya cepat pikir kalau tidak melayang duit saya…RM 1350 ada la tu saya kenal org tua ni umur 50 thn dr UK businesman la pulak….mula2 saya kenal dia minta email saya lepas tu saya bagi le n no tel nama dia david frank sweet talking pulak tuuu

      org tua ni cakap bini dia dah mati le pulak…ada anak perempuan umur 18 tahun..mula2 dia col i..i hairan jugak cara dia cakap tak mcm org UK coz org uk. tak cakap mcm tu….cara dia cakap mcm org bloody nigerian people….i pun tanya dia betul ke dia ni dr UK….start tu mula la kita berbual dlm tepon…then dia cakap nk kawin dgn i…i biar kan aja…i tak pun nak fikir nak kawin dgn dia…i layan aje lah..

      hari tu dia cakap dia nk shopping…then I cakap kalau u shopng beli lah barang utk I…selepas dua hari dia pun cakap dia nk hantar brg utk I…u tahu brg apa yg dia nk hantar dekat I…apple phone,laptop,flower,gold necklaca, jam tangan,diamond ring,d&g handbag, purfume n cosmetic wowww u tengok very interesting kan..
      especialy diamond ring huhuhu…
      hari yg sama dia post barang utk I dia cakap travel to US ada busines trip….dia cakap dah bayar everything….bayaran utk kastam je yg tak bayar lagi so i tak kisah la sangat n dlm masa 2 hari lagi brg tu sampai siap dia download semua reciept n boxes yg dah di seal siap dgn nama I n addrs I lagi complete dgn curier agent lagi

      dlm boxes tu dia letak usd cash lagi utk I belania then dia suruh I tunggu travel agent call saja kalau parcel tu dah sampai…hari ini ada perempuan call i dia cakap dia dr travel agent n ask me to pay that amount utk bayar kastam punya baru la dpt i terima parcel tu amount exactly dgn amount u….agent tu cakap husband I yg hantar sebab org tua tu cakap i ni wife dia la konon then I cakap dgn perempuan yg jadi agent tu call balik org tua suruh dia bayar dr sana bank in duit rm 1350 ke agent curier…

      lepas tu org tua tu call i dia cakap dia tak dpt access duit pergi ke acct agent…dia suruh i guna duit i dulu utk dapat kan parcel tu then bila dpt parcel duit yg dia letak dlm parcel tu utk ganti balik duit I yg dah di guna utk bayar parcel tadi….i cakap u tak cukup duit….sampai dia suruh I pinjam duit org lagi..lepas tu perempuan dr agent tadi hantar sms dgn i bagi no acct under cimb personal acct…kenapa tak agent punya acct…dr situ i trpikir something is not right happen…

      so I double check n call kat klia ,cimb bank semua nya tak betul….dia ingat kita org ni bodoh kee…bila org tua tu call balik dgn I why I tak bank in duit tu lagi utk ambli parcel tu….I cakap I tak nak parcel tu if dia nk bagi jugak dia kena bank in duit dia ke acct I….so org tua tu marah laa konon2 dia upset la dgn I..padan muka dia….huhuhu…..glad to sharing something with u

      asscqiin

      • zairol79 says:

        huhu ingat mende ni dah settle, rupanya masih berluasa lagi berlaku kat Malaysia ni.. Tak salah minggu lepas pun dah masuk dalam rancangan 999… hati-hati sebab polis payah nak trace kes macam ni…

      • hi asscqiin..i pun kene kes yg sama.sikit lgi i nak bank in duit utk bayar duty kastam tu.i contact klia custom utk pastikan itu benar ke tidak.i terkejut n i bersyukur sngat2 tak terpedaya.i kenal sorang mat salleh dari canada named justin.dia kerja geologi offshore.i kenal dr tagged.i layan dia just a friend.lama2 dia chat ngn i n nak bagi i hadiah.best lumayan mcm u juga.i bukannya bodoh.i terus check my friend kat klia n bagitau tu tipu.i x sangka benda ni berlaku.penipu besar.lepas ni jgn percaya kat org luar lagi.dia org nk permainkan kita.please…kpd kwn2 diluar sana.jgn percaya…terima kasih kerana sharing.

        honieyzee

      • Haibara says:

        Same seperti yang saya kene

  12. daia says:

    bguslah blog ni berkongsi pasal ni.saya pun salah sorang bakal mangsa.tp saya bernasib baik sebab terlintas nk cek pasal syarikat kurier yg hantar brg kt saya.rupa2 nyer suma tu adalah scam.so utk mendapatkan bukti yg kukuh saya telah menghantar email ke kastam klia & semua bukti yg mat salleh tu bg.rupa2nya mmg betol,bungkusan tu xwujud pun.pihak kastam ckp mereka xkan suruh kita byr cukai melalui transfer duit.kalau betol kita punyer parcel kene tahan kat KLIA, kita sendiri yg kene pg ke pejabat Kastam KLIA utk buat bayaran & amik brg tu.jd lepas ni mana2 yg mengalami kes mcm saya ni, better cek ngan kastam directly utk kepastian.

    satu lagi yg terbaru semalam (6/6/2011) ader sorg lg mamat nama dia Richard Scott siap bg picture lg nk berkenalan & mintak no tepon. dia jugak bg nombor tepon dia 00447031870666.so sya dh terkena sekali, jd saya guna nombor tepon dia search kt google, last2 saya jumpa blog ni…pelikkan???berhati2 lah…so sya dh tahu sapa dia tu…thanks yg buat blog2 mcm ni.sgt2 menghargai usaha korg..keep it up guys.

  13. rie says:

    sy pun dh terkena dgn kes mcm nie dgn mmat dri Uk jgak…dia ada send parcel n ckp dlm tue ada duit…sy search kt internet n jmpa mcm2 kes psl nie…sy dh bg alamat sy dkt dia slh stu ksilapan yg sgt bsr…sy x byr ape2
    duit…org dri compny courier tue ada col bgthu parcel sy dh smpai n ada msalah dgn kastam tp parcel dh release sbb diaorg byr pkai duit diaorg dlu…then dia tnya sy nak parcel nie @ x..sy ckp sy xnak…skrg nie yg mnjd msalah mmat dri UK tue keep on calling sy sruh sy hntar blik parcel tue dkt dia…sy mmg x pickup col@reply msg die…die dh ceroboh privacy sy dgn hntr msg dkt kwn2 fb sy bgthu sy sembunyikan parcel die klau sy x plangkan by end of dis month dia akn expose brg yg ada dlm parcel tue…sy agak takut jgak sbb dia ada ugut dia akn ganggu sy smpai dia dpt blik brg dia….sy nak mntak pndangan dri korg smua..sy ptut buat report polis x klau dh jd mcm nie..sy tkut jd lg serius perkara nie @ die dtg cri sy…plz sy sgt2 mmerlukan pertolongan….

    • zairol79 says:

      Hi, Untuk kes yg lebih serius seperti ini patut report je kat polis, biar polis buat siasatan… dapatkan segala maklumat, seperti masa anda chat, IP address dia, dan kalau boleh archieve semua mesej anda dgn dia.. saya percaya dalang di sebalik isu ini ialah dari warganegara afrika yg tinggal di malaysia.

  14. zazuli says:

    nape x report polis

  15. ELYN RYAN says:

    subhanallah., knp la i x alert hal2 cmni.. 2-3 ni br nk search, rm10k dh mkyg tp yg herannye mat salleh tu still lg whatsapp i smpi skrg ni. i ugut dia srh refund my money, dia ckp dia akn refund tp kna tgu dlu bla bla bla.. mmg silap i sndri, hubby pn x tau psl ni.. spttnye i tnya dlu hubby psl ni, my hubby is a police officer n arwah father i dlu kastam so rmai sgt kenal2 n cabel dlm tp disebabkn b’tndak x ikut akal i sndri kna tgg sume ni. i mgaku mmg slh diri i sndri =(

    • zairol79 says:

      Masyaallah, saya ingatkan perkara ni dah semakin berkurang sekarang ni, bagis puan buat report je dengan polis, memang sukar untuk tangkap sebab member saya yang kerja kat Maybank tu cakap, duit tu akan dikeluarkan oleh orang local, jadi susah nak syak. Tetapi kalau kes dah kuat, dah kena tipu pada saya bank boleh je bekerjasama dgn polis untuk dedahkan maklumat pemegang akaun tu, mesti sebelum diorang bukak akaun, diorang kena photocopy passport untuk bank kan?

      Terima kasih untuk perkongsian…

      ________________________________

    • wan mazlan says:

      boleh bagi no telepon suami u yg kerja polis…sbb saya pun kena…di suruh bayar duit denda pada kastam kerana dia kata duit dia kena tahan bersama dia di klia…saya kenal dia melalui fb dan dia menyapa saya dan nak melabur di malaysia…suka hati saya…tiba tiba pegawai kastam call saya dng hp dia…oelik mapa tak call pakai office…today 21.6.2015…pls reaspon segera maaf ganggu …saya terbaca kesah kesah ini…01114956200 abg wan

  16. nana says:

    saya telah melayang duit hampir rm7k disebabkan hal seperti ini..silap saya juga percaya bulat2 and x buat research tentang hal ini…org courier tu bagi number acc untuk bank in duit kepada dia dgn menggunakan nama orang local seperti melayu dan cina.. apakah yang harus saya lakukan untuk mengesan dimana courier tu and saya juga ada dihantar airway bill melalui email sekali dgn discription brg yang dihantar… kalau saya buat nk report ,boleh dapat balik ke hah duit tu ??

  17. salasiah ramdhiah binti ahmad says:

    Saya pn da kna tipu sya da bank in rm1200smlm(20.02.2014)dia mnta sya bnk in rm3010..tp sya xbg

  18. May says:

    Dorang ni mamat kulit gelap yang belajar di multimedia university..

  19. cslee says:

    saya juga ada pengalamanan lebih kurang juga, kata lama tak lama saya kena mat salleh dari England,(face book) katanya dia seorang global international businessman. chat chat kemudian, ia teringin pula nak melabur di malaysia. ia ingin melawat malaysia dan jumpa sekali dengan saya, sebab ia jatuh cinta sama dgn saya. ( Apalah ini jadi ) walaupun saya memberitahunya saya sudah bersuami dan ada keluarga yg bahagia.
    Dengan cepatnya ia kata nak ambil cuti panjang datang ke malaysia. adalah ia send gambar brg-brg yg ia beri untuk saya, sekali dengan duit sebanyak 25000pound cash money. saya tidak mahu terima sebab saya memberitahu services charge sgt tinggi, saya tidak mampu bayar bayaran. Ia bagi tahu ia akan ambil carry sendiri. Sekali lagi ia bagi tahu waktu kapalterbang dari London sampai ke Dubai dan ke Malaysia. bila sampai di KLIA, ia ada call saya katanya sudah sampai cuma tunggu clearance shj. tak sampai 20 minit ada satu call dari seorang officer memperkenalkan sendiri ia nama Shanti dari arrival department. katanya kawan saya dari England kena tahan disebabkan ambil terlalu banyak cash masuk malaysia. saya kena buat jaminan dgn RM 4000 , saya kena bayar dlm masa 2 jam ini, sebab skg waktu kerja dia, kalau tidak ini akan jadi kes besar. Mula-mula saya sgt terkejut dan ingin membayar juga tapi saya tdk duit sebanyak itu. saya tanya boleh tak kalau saya suruh adik saya pergi ke KLIA buat jaminan. officer itu kata tak boleh sbd dia tdk mahu memperbesarkan hal ini. Sebab ia org bernama besar di England . ..saya terharu dan tanya no tel office ia tapi ia bagi tahu blh contact balik dgn hp yg dia guna.
    Ada juga saya bimbang dgn keselamatan kawan saya, Jadi saya call Kastam, Immigresen arrival KLIA . Mereka memberitahu Kastam Malaysia tidak akan tahan pelawat yg bawa duit byk. mereka cuma akan suruhnya isi borang dan buat clearance shj. kalau ada apa terjadi , mereka juga tidak akan guna hp buat buhungan dgn kawannya di malaysia. Mereka cuma guna TELEPHON OFFICE Kastom buat hubungan. Mereka juga nasihat sya jgn buat bankin kpd sesiapa. sbd kastam tdk akan menyuruh buat bayaran tax dgn bankin money. Immigresen pula kata mereka cuma tahan org yg passportnya ada masalah. Saya call balik dgn hp officer itu bagitau saya memang tidak ada wang 4000rm dan saya juga contact kastam immigresen malaysia.dan diberitahu saya tidak perlu buat apa-apa bayaran.
    Sangat sedih sekali dia massage saya katanya tergamak saya tinggalkan dia di sana. saya sdh hina dia. lepas itu ia sendiri blog face book saya.

    • zairol79 says:

      Terima kasih atas perkongsian. Ingat benda ni dah kurang sekarang.. Ada lagi rupanya

    • wan mazlan says:

      asalam…saya baru kena 20.6.2015…konon nak melaur di malaysia dan mat salleh tu nama smith brown kena tahan kat klia kerana bawa duit banyak jadi kena bayar denda rm5000 lebih…jadi saya kata tak percaya…tak sampai 2 jam pegawai kastam talipon tapi heran pakai hp..nama rina nak cakap dng saya…very proffesional….dan smith tadi duk sms saya…katanya pegawai kastam ttu nak pinjamkan dia rm3000 dan saya kena tolong dia rm2500…dia kata duit dia kena tahan kerana bawa duit banyak nak melabur…saya rasa kastam tu macam india pompuan nama rina…apa aapa pls call me or wassup me at 01114956200 abg wan…dia nak melabur dlm bisnes majalah dng saya…suka hatinya saya….saya rasa ia negro sbb cakap bahasa ingheris tak clear…tapi di beri gambar macam koperat..maaf ganggu…saya baca banyak kesah

  20. salmiah says:

    Sy dh bca cerita2 dlm ni, huh nasib baik .cba sapa2 tlg cek nma ppuan indon yg tel sy ni kta sruh byr parcel yg dh spai.nma dia SITI ROZNAH BINTI ROSMAN MAYBANK Maybank acc.153104281263

  21. ila says:

    Aku rasa aku pun dah hampir kena tipu 2hari lepas,yg lawaknyadia guna nama artis terkenal luar negara..semalam dia send viber dekat saya dan suruh saya call satu no ni,dia cakap dia ada guna herb dari sabah.dan herb tu dah habis dia suruh saya call,saya pun call lah.dan harga untuk satu paket penuh 3000 dan separuh 1500..saya chat dia dekat viber,dan bagi tau pasal tu,dan dia suruh saya bayar dulu,saya text lah yang takda duit..pastu dia suruh saya pinjam dari kawan,dengan janji akan bayar bola dia datang jumpa saya dekat malaysia nanti..tapi saya tak buat pun apa yang dia mintak..dari awal saya memang tak percaya..

  22. ila says:

    Ac Name Christie bt gilot, ac no 7039326591,cimb bank Malaysia..boleh tak siapa2 tlong chek akaun ni..sbb mungkin orang ni yang nak tipu saya..

  23. Lina says:

    Says adalah kwn yg terpedaya dgn scam ni.masih lg percaya walaupun byk duit dia da kasi kat mamat salleh ni.saya ckp berulang Kali jgn percaya check lah.kwn saya usah nk check terus menerus percayakan mamat ni dr pada ckp Dan nasihat dia.hampir $10k suit dia trf pat mamat in.konon konon mamat in punya agent yg akan bwk duit sejumlah 1 million duit politic yg berada di indo.dan utk bwk masok mcm mcm fees kena byr dan kwn saya ni byr trf di western union saya tanya kwn saya kenapa tk suruh saudara mara dia yg byr fees tu kwn saya kata mamat ni tk de saudara yg boleh dia percaya krn ini duit besar jumlah nya jd dia mintak lah tlg kwn san yg bodoh ni.maaf lah saya cko kwn saya bodoh.krn saya mcm mcm da kasi dia baca internet pasal love scam ni masih tk caya jugak.naik penat saya.dan sekarang ni mamat tu mintak duit security bond fees pulak..kwn say tetap nk cari duit utk scam ni dan saya tanya mana mamat ni skarang katanya mamat ni sedang berada di war zone di Syria.mamat ni pandai main kata kata yg manis hingga kwn saya percaya.saya da tk tahu lg mcm mana nk tlg kwn saya in..saya harap sangat dia sedar gara gara suit nk kasi mamat tu kwn saya utang keliling pinggang sampai me unlicenced money lender..hancur hidup dia skarang to tulah saya da Cuba nasihat ckp tk peduli.jdnya saya tk nk Mason campur lg..hanya saya boleh berikan DOA terbaik but kwn saya ni mudahan dia nampak muslihat mamat mat salleh ni..

    • zairol79 says:

      Terima kasih atas komen Lina, susah dah cakap.. sebab tu ada pepatah mengatakan “cinta itu buta”. memang kawan Lina dah buta hati. kalau betul cuba check penama akaun tu, sah-sah nama org negro ataupun org dari seberang.. jarang mat salleh buat kerja macam tu… huhu tak logic langsung tiba tiba mamat tu duduk kat war zone di Syria… hmmmm

  24. nadiya says:

    tq atas artikel ni..nasib baik sempat baca sebelum terkena..jilake btul depa ni
    tq sharing.semoga diberi ganjaran pahala..

  25. Haibara says:

    Hai… Saya pon salah seorg yg terkena. Tapi nseb baik terpk nk bgytau mak. Saya kenal dgn seorg lelaki yg namanya david maxwell. Die strt hntr chat kt fb. Die kata la dengan ayat2 manis die sume tu lovely n bla3… Lepas tu die kate die pegy outstation sbb ad contract la bagai. Lepas tu dia kata die belikan banyak parcel, diamond ring, apple phone, laptop hp, camera canon, berserta duit 20,000 usd.(gile ke ap org nk bgi duit byk tu). Then die kata dia dh hntr siap ad resit postage woi! Saya pon mati2 la caye. Tpi sbb Allah nk bgy petunjuk. Tergerak hati nak bgitau kat mak. Mak kata tu sindiket. Mula2 tu mcm ye ke? Tpi lepas aku kata aku x boleh ambik barang die.trus die x cntct sampai hari ni. Selamat x terbang 3k. Boleh bayar duit muka kereta second kot. Kot la..

  26. badruz says:

    I nk tnye, kalau Kita Dari luar negara, masuk Malaysia, bawa cash banyak. sampai klia kastam tahan tak kita .Dan duit kita bawa dirampas. atau boleh je.

  27. normazila nawawi says:

    Saya juga terkena kat fb,kononnya dia org UK(Sulaiman Abdu) nak saya bantu dia uruskan zakat,,dia nak berzakat kat m’sia pulak.. Saya kata oklah..pastu katanya nak pos jubah dan tudung 1000 helai beserta duit USD 50 ribu..saya ckp dlm hati amboi byknya mcm mana saya nak managekan ni..dia suruh bg kat single mother and poor people… Masa hari brg tu nak sampai dia suruh saya check e-mail..saya dah bg alamat,no tel dan email semua kat dia..bila buka email courier tu beritahu parcel tu kena tahan sbb menyalahi undang2.. dia scan ada duit byk sgt dlm tu..dia suruh byr rm2860 utk lepaskan brg tu..klau x byr dia akan bawa saya ke mahkamah dan charge laundry money..yg peliknya knp suruh bank in kat personal acc nama nya Jamaliah yaakob …ni kes rasuah ni….kata hati saya..
    mamat UK tu call direct saya minta saya bank in kan dulu nanti ganti duit kat
    dlm parcel tu…saya ckp saya mana ada duit..dia suruh pinjamla bagai..saya dah rasa dah ni penipu ni…tp dlm hati takut juga nanti kena bawa mahkamah satu hal la pulak..saya balas e-mail tu..saya tak nak terima parcel tu…sulaiman abdu tu yg nak berzakat pasal apa saya pulak yg kena charge…terus e-mail tu masuk spam..saya pun heran jugak knp jd gitu..saya g balai polis buat report..polis tu ckp puan dah kena scam.. Tp kalau tak de kehilangan/kerugian apa2 tak payah buat report..block je fb org tu jgn layan..alhamdulillah saya selamat…rupanya dah ramai kena tipu ye..

    • nur sheila says:

      Baru2 ni de org UK knonnya nak kenal ngan saya..saya ok je,2 3 hari lepas tu dia nak bgi hadiah kat saya knonnya..dia nak bagi iphone6 pastu barang kemas n mcam2 lgi lah,dia sruh kasi no tel,alamat n emel,supaya snang knonnya dia nak hantar hdiah tu..bkan lah nak mbangga kan dri tpi sya ni jenis tak suka hadiah yg mahal2 mcam tu.trutamanya pmberian org yg sy tak knal sngat,jdi sy tolak lah dengan cara baik..tp dia paksa jgk sya trima hdiah tu,sy sruh lah dia simpan atau kasi sja kat orng lain sya tak nak..pastu dia ckap slepas hri ni mungkin dia tak dpat nak hntar hadiah tu kat sya..sya ckap tak pe lah klau mcam tu,sya tak kesah..n sya tak bminat,shari slepas tu trus ghaib akaun fb dia tu..dri awal lgi sy dah prasan yg dia hanya nak tipu sya je..n buat pngetahuan smua nama dia edward umur 49,de anak lelaki sorang,kerja kat syarikat pmbinaan n yg pnting dia ckap dia tu kaya asal dri norway tp bpindah ke uk untuk ijazah n sarjana kononnya..n dah bcerai sbb bini nya de hbungan ngan kwan baik dia kononnya..haha meraih simpati lah tu..tp sya tak bdoh smpai snang2 je nak kne tipu..sbelum ni dah 5kli kes mcamni tjadi dkat sya,n yg mbuat sya plik sya ni seolah2 mnjadi sasaran plak..

      • Farah Hasan Almost Victim says:

        Suami ( waktu kejadian we not married yet but ktrg masing tau fb paswod memasing) I pun dpt mesej Dr pompuan nama Farah Hasan Dr UK…. Konon2 nk bljar Islam ngn suami I… Pastu konon nk trace family arwah ayah yg asal Sabah tp kawin wanita England… Suami ngn membe die balas n layan je… Dorang blas la…. Boleh je bljar Islam tp…. Lyn punya layan…x smpai 5 mesej dh mula pnggil2 honey…dear…miss you… Yg I ni pula geram dgn scammer (time tu x tau scammer lg) I tolong reply utk suami… I ckp ” you know that i m a married man right? Why you keep calling me honey? This attitude is forbidden in Islam… This is not a good girl Islam attitude… I love my wife n family. So stop calling me Honey n bla bla bla (free2 dpt ceramah) tp of course nampak Sgt die x pdli dgn mesej tu… Still keep romantic kononye…. Pastu bgtau kt suami I ngn Kwn die… X pyh la korang nk layan org ni…sedar diri korang tu…isk2 korang ni…. Asal de pompuan lawa tegur sikit mula la menggatal kan….dorg ckp just nk tgk pompuan ni main smpai mne…. Yg I ni pun Google la “Farah Hasan penipu” waaalaaaaa keluar2 mcm2 statement org yg ditipu… Hmmm I bgtau kat suami I you all berdua tgk ni mesej awek korang ni hahahahhahahahhaha padan muka …. Selepas tu I je la yg rajin pula kenakan “minah” ni… Smpai satu tahap Na hantar hadiah n bg duit utk investment bagai…. I bg je alamat n nk phone palsu… Pastu d hari konon2 parcel smpai die mesej yg parcel akan smpai ari ni…. Pastu sebb dh malas nak layan I cakap je…
        Ok dear honey bee…. If I got the parcel I will let you know… Just in case cannot locate you… I already have your IP address and the police is currently on their way to your house… Just keep lying and wait for the police yeah… Good luck.
        Dia terus reply dlm Google translate agaknya die sgt2 marah smpai panggil I you m******* F*** your mom stupid malay lelaki la mcm2… Hahahahha pastu I report kat fb n smpai skg xda dh profile tu..Fb dh delete but I yakin die ade byk lg ID fb yg lain…. So be careful guys n girls out there…

  28. Terkene dah ha says:

    Saya pun sedang mengalami jugak. Say bukan ade masalah kesepian ke ape ke saya cuma layan jela chat fb tu. Saya ade rase was2 jugak ,dalam hati memang da rase sindiket je bile die nak bagi hadiah diamon,laptop,i phone,perfume,duit cash,cheque n total barang dalam rm300,000. Tapi sy teruskan jugak sebabnye mule2 dia tanye suka perfume x,dia nk bagi hadiah perfume. Saya pun kate boleh and die mintak alamat,email,no fon nak post. Saya takut,tapi bagi jugak,tu siyes memang bodoh la kan. Lepas tu esoknye dia kate dia da post n siap bagi resit post tu n die email sy die listkan semua barang yg die hantar. Saya tekejut la kate bagi perfume je n saya ckp saya xboleh accept semua gift ni n kenapa nak bagi barang n duit banyak semua. Kata dia untuk saya n family n nak buktikan yg dia acah2 serius dengan saya.puuii…tapi siyes bende ni kejap je msk harini da hari ke 3 ke 4. Harini sy dpt kol dari courier sky ape ntah n cek memang wujud. Saya takde masalah dekat kastam ke klia ke,cuma sekarang ni saya kena bayar rm3,750 sebelum pukul 5 ni.n siap bagi no acc cimb org sini. Kalau tak buat pembayaran,saya kena charge dgn courier ni sebanyak rm300 lebih sebab mereka tak nak responsibility atas barang tu.barang tu barang berharga. Mane dia tau tu barang berharga kan?. Jadi saya erjumpa la blog ni,n bace semua..so saya perlu buat ape ye?perlu report polis ke tidak. Saya memang takde bayar ape2 lagi,sayang duit saya. Saya ade bgtau omputeh tu yg saya takde duit nak bayar n dia pakse saya pinjam dari sesiapa n bile da dpt parcel tu then pakai duit tu bayar balik. Saya kate takde siape nk bagi pinjam duit n saya mintak dia pinjamkan duit dekat saya. Dan2 la die dalam laut,offshore katenye,padahal dia kate minggu depan nk masuk laut. So sekarang ni saya tau saya dah terkena,memang silap saya,saya tau macam bakal kena tipu,tapi saya tak kuatkan hati saya untuk stop chat die.
    So siapa2 yang boleh tolong baginpandangan ke nasihat. Yang penting saya xnak kuakan duit saya n saya takut jugak dalam tu dadah ke. Camne saya nk makesure barang tu sebenarnye ade ke x. Harap boleh bantu saya.
    Terima kasih =

    • zairol79 says:

      Thanks Pembaca… Cik tak perlu buat apa-apa selagi tiada ancaman keselamatan yang serius terhadap cik. report polis hanya boleh di buat kalau cik dah hilang duit atau ada ancaman keselamatan. Love Scam ni berpusat di Malaysia sendiri, mostly dari Nigerian, diorang tak akan bertindah lebih dari itu. Jadi nasihat saya buat tak tahu je, jangan layan dan jawap panggilan diorg. Courier service takkan telefon encik untuk mintak bayaran. Kalau cik ada tracking no pun boleh chek di website rasmi. mesti barang tu tak wujud sebenarnya…

      p/s.. tak selesai lagi ye masalah ni walaupun dah 6-7 tahun…

  29. Den says:

    Yang kes aku plak Mat Saleh yang dh masuk islam katenye dok mengayat memang power abis la…siap anta lagu2 cinta lg… tibe2 ckp nk datang malaysia nk ajak kawen tp sebelum datang malaysia die bank in duit dulu suruh beli rumah and kereta lepas tu die ckp nanti ade bank akan call. Esoknye memang ade panggilan dr Ejen suruh bayar cukai RM4000 lepas tu duit dh boleh dpt. Then aku cakap suruh si mamat tu yang bayar sebab tu duit die. ni no yang konon2 ejen tu 0162354731…korg pun kne hati2….lagi2 suri rumah yang asyik dok layan fb…jgn mudah tangkap cintan…

  30. dery says:

    Hari ini saye terkena RM 3500
    Sedih tp nak buat cam mane lg…
    Dah nasib..

    • dery says:

      Mereka guna maybank 112028193458 atas nama Ram bahadur ale macam nama orang nepal je…dah terkirim duit RM3500 buat pelepasan sbb ditahan kastam bawa uang trlalu banyak…
      Lepas tu ada satu akak dr Malaysia guna number +60 10-218 0621 yg mengaku pegawai immigration…
      Dan ketua dia pakai number +60 14-308 3775 si manusia binatang ini…
      Skrg masih berlanjut dia orang minta kirim duit RM8000 buat insuran… Say cakap esok pagi saya kirim… Dan nasib baik aku baca blog ni… Masih ade nasib baik ke…

  31. Tipah Nasib xtrtipu!!!! says:

    Asslkm…..brguna jg blog ni pd sy dan pihak lain jg….sbnarnya sy pn trkena btg idung sndiri,bila ada sorg facebooker ni,dia pkai nama mlayu,Mohamed Nawi Muda,knonnya dia kja oil&gas,hometown dia Sabah.Punyalah ayat dia brbunga2 hmpir mk cair sy dbuat nya,tp bila sy bc smua ayt2 dia…cam fake je…cam d ambk dr google…hahaha…pastu…siap kata ‘i love u’ lagi.1st time jmpa org mcmni trus ucp gitu kt kite.Pastu sy trik die….mtk pic ank pmpuan die…xsm btul dgn muke die…no.yg die bg mmg no.London… 44 dpn.Dia nk bg sy gift…smpena relationship lh knon…sy bg add n pon num sy….so…dlm 14jam brgtu smpai..die pringatkan sy supaya byr caurier tu nanti…siap die bgtau dlm kotak tu die ade simpan 8k pound….hepi ade jgak dgr duit byk tu…tp kn…sy pn brfikir jgak…klau die smpan duit dlmtu…kastam blh detect kn????apa pulak sorg pompuan ni call sy dr caurier nun kat smnnjung…sbb sy kat srawak….Nawi muda tu kata brgtu trus smpai kermah sy….pmpuan tu ckp…sy kne byr rm3k lbh utk bt pnghntaran.fulamak…punyelah trer dorg nk gosok…btul jugak kata2 mmber dlm ni…lps die kata dh pos brg..die nk g chicago…3jam dr london….mmg sm la crite ni….nsib baik sy ambil lngkah awl…klau x….mmg tipah trtipu….huh…mula² chatting dh nk bg kite duit…8k pound lg tu…klau tukaran ringgit skarang ni….5.5567….Takyah nk angan² ler….hihihihi…bringat sblum kene…Syukran….Syukran…tq blog ni…sbb byk mmbntu…

    • Mohanad Faizal says:

      Salam na tanye ye lepas tu ape awk buat sebab saya pon sedang terkene ni mungkin awak boleh bantu saya saya pon dapat msg dari UK konon2 dia na lawat malysia ni apa kah saya perlu buat?

      • zairol79 says:

        Wassalam… kita tak perlu buat apa apa sebab target diorang untuk kita bayar duit kastam tax je. Jangan layan, so diorang akan cari mangsa lain.. Nak report polis, takde bukti jelas yang jenayah tu terjadi kat kita lagi.

  32. Zulfikri Abdul Latib says:

    Ada tak kerani Malaysia kerja di syarikat penghantaran di UK?

  33. Nor azizah binti ismail says:

    Saya pun baru terkena. Kononnya dia bawak masuk duit 2.1 juta untuk investment beli rumah. Huhuhu. Saya telah kerugian RM6500 kononya untuk bayaran gst. Dan skrg ni sibuk nak bayaran sebanyak 21k untuk bnk in ke akaun saya. Saya tk layan dah…dh melebur RM6500. Semoga yg lain lebih berhati2

    • Nor azizah binti ismail says:

      Boleh kr kalau saya nk report polis mengenai akaun bank yg telah saya masukka tuh..no acc tu cimb malaysia dan yg call saya juga orang yang pandai berbahasa melayu perempuan.

      • zairol79 says:

        Takziah atas apa yang berlaku, nampak nya isu ni masih berlaku sehingga ke hari ni.. Puan boleh je buat report polis walaupun peluang untuk dapat duit tu balik amat tipis. Sekadar untuk rekod polis dan penyiasatan sahaja. Biasanya akaun simpanan tu akaun pihak ketiga.. nak org scam ni ada kat atm atau access ke akaun tersebut. biasanya setiap kali bayaran dibuat duit tu akan terus dipindah ke akaun geng geng diorg ni. Namun dgn teknologi sekarang boleh je trace orang tersebut dari IP no dan sebagainya.

  34. Boleh kr kalau saya nk report polis mengenai akaun bank

  35. bee says:

    hahaha… lucu juga… saya sekarang tengah kena klentong dengan orang macam ni..saya kenal seorang malaun ni.. bergaya gila.. cakap kerja pilot,.. siap send gambar la bagai.. hemmm muka memang ada harga.. dia cakap kirim hadiah kasi saya.. saya jawap tak perlu.. dia kata tanda pertemuan pertama.. duiii mau munta pun ada…selalu dapat ayat sama… boleh rasa suda.. tapi saya ni sot juga.. sengaja melayan.. dia cakap bila barang sampai malaysia.. saya kena bayar duit kastam.. hemm tau suda vacum suda sampai.. saya jawap okok… yg bodohnya org ini dia tidak tau ka dunia sekarang moden… ikut syarikat penghantaran yg sah.. dari California hantar barang perlu 7 hari paling cepat.. malaun ni 3 hari sampai.. dasyat… tapi saya terus layan saja.. siap honey2 lg… dia fikir saya lebah…. hari ni.. ada 1 minah nama dia karen… dia call cakap melayu tapi macam lari picing sj melayu dia… dia cakap barang kiriman untuk saya suda sampai.. tapi ada masaalah sebab suda lebih berat.. 1.. point dia bodoh lg disini.. yang lelaki cakap kena bayar tax.. minah ni plak cakap lebih berat tiada tax dikenakan.. sedangkan yang malaun tu cakap dia cuma kirim HP IPHONE 8 dengan RANTAI… boleh plak lebih berat.. siapa sini guna iphone.. nak tanya iphone berat atau batu bata hehehe…. saya jawap minah tu okok.. boleh bagi nama dengan no account.. saja mau cek mau tengok muka manusia pemalas ni,,, tau mau menipu saja…tapi minah tu tak kasi.. dia cakap.. confirm mau bayar baru dia bagi detail.. siap minta saya bayar RM4000.. gila… gaji saya pun bagi 5 kali…
    masa saya tiap cerita ni.. malaun ni masih chat dengan saya… lucu juga ya.. dia cakap.. dia ada penerbangan hari ni dari japan balik san francisco.. hemmm dalam kapal boleh on data chating.. maju betul syarikat penerbangan dorang ni…. hemmm kita minta malaysia airline pun upgrade la… naik kapal lain kali tak perlu off hp.. boleh whatsapp dengan org rumah.. kawan semua… hehehehe… sampai sini dulu.. sebab masih tunggu ayat penipuan seterus nya….

    • Zakiah says:

      Maaf lahhh sekadar bertanya.. mungkin sy berada di stage yg ketiga.. mennunggu parcel… tp silap sy saya bagi nama, alamat dan fon number yg sy guna… tp buat masa skrg tak ada lagi siap2 yg call… apa tindakan yang patut saya buat yer.?? Dan kesan drp no fon alamat dgn nama tu.. sy jd cuak takot jadi salah guna data untuk tujuan lainn… boleh mntak tolong bagi respond takk… plesss rasa nyawa 50/50 nihhh

      • zairol79 says:

        Puan tak perlu risau.. Ni ic puan tak bagi lagi.. Setakat alamat dan No telefon mcm kita tinggalkan bisnes card kita je la.

  36. Me says:

    Awak ada kawn kerja cimb atau hong leong bank x? Sy nk cek no akaun..sy rs sy pn dh terkena…pls reply me asap

  37. ajaha says:

    baru_baru ni pon benda ni ada lg berlaku pada org terdekat dg saya…bnyak betol kes mcm ni kn cuma topik saja yg berbeza…tunasnya semua nak duit semata-mata kn…

  38. Ct says:

    Saya baru kena bulan jan 2018. Kenal bln dis 2017. Sama je ceritanya. Isteri dah meninggal. Nama Muhammad Mustafa. No phone 447716114246. Umur 52 dan ada anak sorang umur 5 thn. Bapa berasal dari Sabah, dikhianati dan lari ke London. Buka syrkt pembinaan dan berkahwin di sana. Dia lahir dan besar di sana. Dia harap saya penyebab dia ingin kembsli ke malaysia dan menetap d sini. Saya cuma nak kawan je mcm pan pal. Tapi dia harap lebih2. Akhirnya nak hantar hadiah. Saya x nak terima tapi dia paksa sbg tanda persahabatan. Saya pun layan je, tak nak dia kecil hati. Siap bg gambar parcel, tunjuk resit penghsntaran dgn senarai barang terprint kemas. I phone tablet, hp samsung, laptop, handbag, neckles, earing, jam tgn, perfume semuanya berjenama. Tak terkejut beruk saya. Msna ada org pernsh bg hadish mcm tu mshal. Dia kata sebagai tanda penghargaan kerana sudi jd kawan dia dan memahami dia. Saya x nak tapi katanya dah pos. Dlm 3 hari kurier call guna no 0109272782. Barang sampai dan kena bayar kos tempatan RM3000. Mak ai… Mana nak cari duit byk tu. Pekerja wanita kurier kata jika lewat kena cas tambahan RM300. Asyik call je tnya bila nak bayar. Mmg x bagi ruang utk saya tanya sana sini. Saya tnya apa nama syrkt, dia kata tak de. So saya rayu. Dia kata boleh byr separuh dulu. Bila brg dah sampai, byr lg separuh. Saya msg Muhammad x nak terima parcel tu atau dia settelkan.Lg pun tak de duit nak byr. Dia kata cari lah duit sbb dlm parcel dia letak duit byk. Boleh ganti duit yang saya gunakan tu. Akhirnya saya guna duit bonus kerajaan yg baru terima dan tambah duit lain bank in ke akaun Rosni binti Daud @Mat no akaun CIMB 7064243248. Saya pun heran jg kenapa guna nama individu bkn nama syrkt. Dia kata tu nama bos dia. Ok lah… dah terbank in… Call tak jwb. Saya dah mula cemas, Muhamad tanya sama ada saya dah jelaskan supaya boleh terima parcel dia. Saya bg tau dia sudah tp tiada call. Dia suruh tgu. Perempuan tu call kata parcel tu sangkut d kastam sbb scan nsmpak duit yg x declair dan sbb tu x boleh nak hantar. Utk settel kastam kena byr RM9500 dlm tempoh dua hari. Jika tidak kami akan diheret ke mahkamah. Mati saya. Saya sedih betul. Dia minta saya bincang dgn pengirim.(Saya harap sangat mrk bukan scammer). Muhammad pula x msg langsung. Bila msg kata sibuk bisnes dan meeting awal tahun. Dia minta saya selesaikn. Mana lg saya nak cari duit. Dia srh saya cari sebhgn dan dia tambah sebahagian. Saya dah penat. Saya redho je lah apa yg jd lps ni. Dia marah. Saya msg dia x balas. Beberapa hari kemudian baru dia balas dan kata kesal pd saya kerana x tolong dia nak ambil bslik parcel dia. Saya terjumpa fb yg cerita perkara yg sama jln ceritanys dan saya copy link dan send pd dia tnys knpa mcm sama. Saya pun beritahu byk laporan polis kes yg sama, dia terus blok saya.
    Itu lah ceritanya, saya mmg bodoh, sangka orang baik je…
    Gambar di fb byk tunjuk dia dan anaknya, gmbr dgn datuk najib, dgn datin rosmah lg….

  39. Noor farhana izate says:

    Saya sedang melalui case macam ni…bru2 ni je. ..saya terbagi no acc saya…so,,adakah harus dibekukan secepat mungkin?

    • Zairol says:

      Kalau setakat bagi no akaun xde masalah, melainkan bagi ni kad kredit bersama no 3 digit di belakangnya atau no pin

  40. Rusti Md hashim says:

    Ade mama Australia nk transfer duit pd saya gunauk citizen
    Ahak2 nya kes yg sama ke ni

  41. sk says:

    saya juga sedang mengalami….3k telah saya habis ,baru 27/09/2018 …ni no.akaun yang saya masukan duit ….boleh check siapa punye akaun ni….151025757860 jamiah bt abdullah…tangkap tuan akaun ni dulu….tolong saya skrg ni…

  42. Rosmiza says:

    Saya puan ros, saya nak tanya, saya dah beri alamat Kat scamer, dia tunjukkan saya hadiah, saya tak sedap hati, saya cakap Kat dia i know you scamer, dia terus block wassup saya, adakah saya selamat sebab saya Bagi alamat saya saja

Tinggalkan Jawapan kepada May Batal balasan