Selamat Hari Raya Semua

Assalamualaikum.. dan Salam 1 Malaysia

Bunyi gaya pembaca berita RTM pulak… Esok genap dua bulan saya tak update blog.. huih lamanya… punyelaa takde mood outstation kat Bintulu sampai takde idea nak tulih apa… then dengan Celcom Berukband tu lagi laa mengecewakan… tapi segala planning untuk menempuh alam baru… yelaa nak masuk rumah baru dan lepas tu nak buat rumah baru jugak…” rumah tangga baru”. Semuanya berjalan lancar.. so lepas raya ni boleh laa pindah…

Oklaaa sebenarnya saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog roydotcom ni.. dan kepada kawan-kawan yang dok puji blog ni terima kasih banyak-banyak.. yg boleh diambil jadi panduan silakan….  Sempenan raya ni saya juga nak minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut ke hujung kuku jari kaki, mana tau ada terkutuk, terumpat dan termakan benda korang semua.. 0-0 ek..

Sebenarnya tadi saya dok layan video kat youtube lagu nasyid Sami Yusuf, kalau korang pernah tengok jejak rasul kat TV3 bulan puasa ni ada dua lagu nasyid Sami Yusuf yang diorang pasang masa ending rancangan tu…  Mula-mula puasa dulu dari nasyid “Allahuma Solli Alaihi” dan yang kedua “Asma Allah”, so korang boleh layan kat bawah ni…Dulu bila dengar macam syok tapi tak terfikir pulak Sami Yusuf punya nasyid… Dalam PC ada complete album yang lama.. so kira yang ni album terbaru dia laa… sedap lagi dari yang first album.. tapi biasa laa stail nasyid dia memang slow kotemporari… haa untuk pengetahuan Sami Yusuf ni adalah rakyat Britain kelahiran Iran, seorang pemuzik yang amat dikenali di Europe sama seperti Native Deen kumpulan nasyid rap dari America. Oklaa nak kemas-kemas barang sikit.. sesiapa yang pulang ke kampung raya ni, berhati-hati memandu… ikut speed limit.. kalau lorong paling kanan 100km/h, makin ke lorong kiri makin slow dan bukan makin laju ok..Percayalaaa kalau semua ikut speed limit dan tiada yang monopoli jalan, mesti lancar je sebab chain effect tak akan berlaku kalau takde mamat yang sengal  bawak kereta.

P/S: Dalam bulan puasa ni Siti Nurhaliza ada gak keluar album nasyid “Tahajjud Cinta” ( tapi cover page tak pakai tudung huhu ). Cuba compare lagu Asmaul Husna Siti dengan Sami Yusuf.. mana yang lebih menyentuh perasaan sehingga rasa pucat muka…

Sekian

2 Responses to Selamat Hari Raya Semua

  1. fitri berkata:

    Selamat pulang hari ni,mmg pandai ko plan dalaman rumah.1st time aku tengok lampu downlight syiling kat tepi tu,cantik dan unik.Untung ko ye,baru kahwin dah ada umah sendiri,barang2 umah.Aku kahwin dulu,apa pun x de,kena beli satu2.Bakal isteri ko lagi untung🙂.Jangan lupa raya kedua nanti kita beraya area temerloh.psttt nanti letak cd tahajud cinta siti dalam kete,nak dengar sikit kat umah🙂

  2. Selamat kembali ke Kuala Lumpur…pas raya azam baru pun ada jugak kan?hahaha,aku tertunggu2 kuih raya dari ko bila laa nak merasa…hehehe.insyaallah bila sampai majlis kawen ko nanti aku akan try dtg,sbb masa tu aku maybe ada kat muar berkursus.so…apa2 hal aku contact k.blog aku pun susah aku nak update,celcom berukband aku pun hampeh,area kelana jaya ni kejap ada kejap xde plak 3G.huhuhuhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: