LuisenPark at Mannheim, Germany

Taman ni memang besar gila toksah nak cakap laa.. sedih bila makin lama makin kecik taman tasik kat KL tu

Taman ni memang besar gila toksah nak cakap laa.. sedih bila makin lama makin kecik taman tasik kat KL tu

Salam pembaca..

Sabtu lepas saya naik Trams ( train komuter yang atas jalan tu ) ke Luisen Park lebih kurang 3 km je dari hotel.. dengan bayaran masuk 5 Euro macam-macam ada.. ada taman burung, rumah tropika, padang pasir, taman rama-rama tropika, akuarium, taman cina dan macam-macam lagi laa.. tapi sayang sebab pergi masa dah nak abih spring, kalau tak boleh laa tengok bunga tulip lagi. Diorang dah start tanam bunga untuk musim panas dah.

Bunga baru tanam untuk musim panas.. kat sini binatang semua jinak-jinak

Bunga baru tanam untuk musim panas.. kat sini binatang semua jinak-jinak

“Itik tu siap nak kejar lagi perahu kami, video burung nak bagi makan anak dia…

Pastu dengan 1.50 Euro saya dengan member saya naik perahu yang tak payah kayuh. dia jalan sendiri macam keretapi pulak ikut landasan dalam air dia. pastu dengan ikan yang besar-besar lengan yang jinak dengan orang tu begitu mengujakan untuk dibuat lauk… Ikan spesis apa tak tau. macam kaloi pun ada.. yang penting mulut besar dan takde gigi… OKlaa.. enjoy gambar-gambar tu ye dengan video dia sekali..

Scene dari atas bot, buat wallpaper cantik ni

Scene dari atas bot, buat wallpaper cantik ni

Bila tengok pokok puding ni, teringat masa kecik-kecik dulu, penuh satu laman rumah. Kalau kat bukit Cherakah sibuk buat rumah 4 musim, kat sini sibuk buat rumah Tropika dengan Gurun. Rumah tropika ni dah berusia 50 tahun.. huhu lebih kurang umur merdeka kita je.. Gambar kecik penguin yang boleh tahan panas. suhu hari tu 28 degree celcius.

Bila tengok pokok puding ni, teringat masa kecik-kecik dulu, penuh satu laman rumah. Kalau kat bukit Cherakah sibuk buat rumah 4 musim, kat sini sibuk buat rumah Tropika dengan Gurun. Rumah tropika ni dah berusia 50 tahun.. huhu lebih kurang umur merdeka kita je.. Gambar kecik penguin yang boleh tahan panas. suhu hari tu 28 degree celcius.

4 Responses to LuisenPark at Mannheim, Germany

  1. Hafiz Osman berkata:

    Salam,

    Saudara,saya dah baca tentang kembara saudara di Jerman baru baru ni.

    Saya boleh berbahasa Jerman dengan fasih & lancar,boleh menulis,membaca dalam bahasa Jerman dengan baik,tapi sayangnya saya belum ada kesempatan untuk ke Jerman sebab kos yang terlalu tinggi.

    Buat masa sekarang saya mengajar bahasa Jerman kepada mana mana pelajar yang perlukan bantuan dalam bahasa Jerman.Jika Saudara berminat atau sesiapa perlukan bantuan,sila hubungi saya menerusi emel hafizovsky@yahoo.com.

    Wassalam,
    Hafiz Osman

  2. Abe Jeff berkata:

    Di germany ari tue tinggal di hotel mana..?dekat dengan kebab famous tue ke..tolong bg info sikit semasa tinggal di germany..sy akn ke germany pada 9/4 nnt..hotel x booking lagi..blur r tuan roy..

    • Abe Jeff berkata:

      Nak tambah sikit…especially di Berlin..hehehe..(terlupa nak bgtau tempat trip)..

      • zairol79 berkata:

        Jangan risau bang.. banyak hotel kat Berlin tu.. abang boleh booking kat http://www.booking.com, boleh view by map.. jadi kita tau hotel tu kat mana, kalau boleh cari yang dekat stesen keretapi ke..

        ________________________________

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: