Cukai dan Kemudahan Untuk Rakyat

Kat tengah bandar Mannheim ni pun ada lorong basikal, yang warna merah tu. Gambar kecik laluan basikal di kawasan pedalaman. Trams free yang kami orang naik.. saya ada beli tiket 24 hour, tapi tak penah punch pun time dia kat dalam Trams tu.. hehe

Kat tengah bandar Mannheim ni pun ada lorong basikal, yang warna merah tu. Gambar kecik laluan basikal di kawasan pedalaman. Trams free yang kami orang naik.. saya ada beli tiket 24 hour, tapi tak penah punch pun time dia kat dalam Trams tu.. hehe

Salam Pembaca.

Sedikit cerita pendek malam ni…

Nak cerita sikit pasal sistem cukai kat Germany ni… Cukai kat German ni memang tinggi sehingga boleh mencapai 25% ke 35%. dari gaji basic seseorang tu. Tapi semua duit cukai digunakan sepenuhnya untuk kemudahan rakyatnya seperti kemudahan awam, pembelajaran dari peringkat bawah ke universiti secara percuma, tiada tol di semua highway dia dan sebagainya… sehinggakan kemudahan jalan basikal pun disediakan di seluruh German sehingga anda boleh pusing German dengan basikal walaupun kat hulu banat mana pun tapi tetap ada jalan dia.

Jadi rakyat dia boleh gunakan segala kemudahan yang diberikan bersama nilai-nilai 1st class mindset with 1st class facilities yang diterapkan sebaiknya. Sampai saya naik Trams dia ( macam komuter kat Malaysia ) pun free je. sesetengah stesen macam pondok bas je, takde pun mesin tiket. Kalau kat Malaysia buat macam tu mesti dah ramai orang ambik kesempatan dan saya rasa kat sini pun tokey Trams tu tak kisah sebab dah banyak rakyat dia bayar cukai untuk semua kemudahan tersebut. Macam video youtube kat atas ni, masa kitorang lalu kat autobahn, cuba perati jarak selamat yang semua pemandu dia ikut.. kalau nak tahu, lorong paling kanan driver (kiri di dalam video ni) ialah 80km/j, lorong kedua 130km/j dan fast lane yang masa tu bos saya bawak dalam 160-170kmj. Fast lane ni ikut suka laa nak bawak laju macam mana pun… asalkan berhati-hati. Dan sesetengah tempat di Autobahn ni minimum speed ialah 100km/j dan kat situ struktur jalan dia dibuat penuh dengan ciri-ciri keselamatan.. Idea untuk membuat ninimum speed di lebuhraya Malaysia adalah salah satu idea yang baik tapi terfikir jugak, boleh ke rakyat Malaysia lebih berhemah ketika memandu? Lu fikir laa sendiri.. huhu

Food of Entry: Trout fish segar dari sungai Black Forest... ikan ni macam spesis Salmon gak tapi dia takla sampai laut. Cuma dia berhijrah ke hulu sungai dari tasik untuk bertelur. Kalau masak ala Malaysia lagi sedap ni

Food of Entry: Ikan Trout segar dari sungai Black Forest... ikan ni macam spesis Salmon gak tapi dia takla sampai laut. Cuma dia berhijrah ke hulu sungai dari tasik untuk bertelur. Kalau masak ala Malaysia lagi sedap ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: