2.5 hour Trip in Frankfurt – Bullet Train punya pasal

Lambang Kesatuan Eropah dengan bangunan-bangunan pencakar langit kat Frankfurt.

Lambang Kesatuan Eropah dengan bangunan-bangunan pencakar langit kat Frankfurt.

Salam dari Germany

Dah dekat sebulan kat sini, baru dapat main internet free kat bilik tu pun limit 2 jam.. nak main lama kena register pakai banyak email laa.. huhu.. asalnya bila datang German ni plan nak ke Paris naik bullet train, tapi sebab kerja yang pada perancangan awalnya nak keje Jumaat dan Sabtu ni tapi tak jadi pulak sebab keje semua hampir siap… jadi semua plan awal saya nak ke Paris dah terbantut.. yelaa tiket bullet train ni makin lambat beli makin mahal, petang tadi lepas zuhur saja-saja je pergi Train Station yang diorang panggil Houfbahnholf tekan-tekan kat mesin tiket dia tengok harga ke Paris… pergh beratus-ratus Euro tu walaupun ambik masa 3 jam je.. so untuk merasa bullet train saya dengan member saya buat idea gila dan last minute untuk ke Frankfurt yang ambil masa 1/2 jam sahaja untuk jarak perjalanan 82km. Belasah je laa walaupun pukul 8 ada dinner dengan bos dan client, so boleh jalan kat Frankfurt dalam 2 jam je la.. sampai 3:50 petang.. jalan-jalan meredah kota walaupun hari ni Public Holiday.

Bangunan ni macam Capital Building la pulak.. Semua deret ni adalah bank-bank. Rasanya setiap bangunan lama akan diambil oleh bank sebagai anak angkat untuk dijaga. Sebab tu kat belakang tu ada lagi bangunan tambahan bank tersebut

Bangunan ni macam Capital Building la pulak.. Semua deret ni adalah bank-bank. Rasanya setiap bangunan lama akan diambil oleh bank sebagai anak angkat untuk dijaga. Sebab tu kat belakang tu ada lagi bangunan tambahan bank tersebut. Yang gambar kecik tu deretan butik exclusive. Bukit bintang kononnya nak tiru macam ni la..

Esok pun HQ saya istiharkan cuti jugak. So seperti Perancis jugak bila Public Holiday dan hari Ahad semua pusat perniagaan akan tutup kecuali kedai makan dan kedai cenderahati kat tempat-tempat tumpuan pelancong. Kat Shopping Mall pun cinema je yang bukak.. So hari cuti boleh lepak-lepak kat taman-taman dengan kedai kopi je laa…

Kawasan Flea Market ( atau pekan sehari kat Malaysia ) kat sini la biasaya tempat lepak diorang bila hari cuti. Tak abih duit gi shopping je

Kawasan Flea Market ( atau pekan sehari kat Malaysia ) kat sini la biasaya tempat lepak diorang bila hari cuti. Tak abih duit gi shopping je

Cerita balik pasal Bullet Train ni, ICE ( Inter City Express ) ialah salah satu-satu bullet train yang menghubungkan German dari Utara di Berlin sehingga Ke Selatan dan juga beberapa negara lain seperti Perancis dan Holland. Bullet train ni umpama ERL ( KLIA Express ) kita cuma sebab design dan rasanya kabin yang agak lebar dan teknologi menjadikan dia boleh di bawak sehingga 300km/h. Tapi tadi sebab jarak terlampau dekat dan keadaan landasan dan juga banyak stesen-stesen kecil, so driver kena slow sikit, so paling laju pun dalam 200km/j je… Tapi keretapinya agak selesa dan panjang. Tapi jangan konfius ye dengan magnetic train (Maglev ) yang tak sentuh landasan yang terdapat kat North Germany, Jepun dan China. tu boleh sampai 500km/j tu… fuh. tapi kontot la sikit

Berjaya jugak naik Bullet Train. :-) yang gambar kecik tu speed dia yang saya snap kat LCD pada setiap gerabak dia. Video ada kat bawah ek..

Berjaya jugak naik Bullet Train.🙂 yang gambar kecik tu speed dia yang saya snap kat LCD pada setiap gerabak dia. Video ada kat bawah ek..

Frankfurt ni bandar besar, ala-ala macam KL la walaupun ibu negara dia ialah Berlin. Sebab datang masa public holiday kedai pun semua tutup, so jalan-jalan je ikut rentak kaki redah. Sebab bandar dia besar, macam-macam ragam penduduk ada… Secara umumnya bersih cuma Frankfurt ni banyak jugak peminta sedekah rupanya. Tak tau la sebab kejatuhan ekonomi ataupun sindiket. So bila baca info kat flight masa nak datang sini ada mengatakan bahawa Frankfurt in mempunyai kadar jenayah tertinggi kat Germany.. Biasala bila dah ramai, macam-macam ragam boleh tengok. So pada pelancong hati-hatilaa walaupaun disini anda bebas melakukan apa sahaja yang mau…

Shopping Mall ni unik ada lubang pulak. Teringan scene cerita The Matrix bila helicopter tu langgar bangunan cermin macam ni..

Shopping Mall ni unik ada lubang pulak. Teringan scene cerita The Matrix bila helicopter tu langgar bangunan cermin macam ni..

Esok cuti lagi, so Jumaat dengan Sabtu ni boleh laa survey apa-apa yang menarik kat sini, sebab 3 minggu ni asal balik keje dah pukul 7, pukul 8 kedai dengan shopping mall dah tutup, hari Sabtu pulak merewang dengan bos pusing-pusing satu Germany belah selatan tengok-tengok kampung dan tempat-tempat bersejarah.. Ok Bis Morgen.. Chew..

Bak kata sham ( aqbary.blogspot.com ) kalau kat Berlin beca dia diorang panggil Bio-Taxi, kat Frankfurt Velo Taxi, Basikal ada bumbung tu.

Bak kata sham ( aqbary.blogspot.com ) kalau kat Berlin beca dia diorang panggil Bio-Taxi, kat Frankfurt Velo Taxi, Basikal ada bumbung tu.

Ni kat bukit bintang pun ada... gambar kecik tu lift untuk orang kurang upaya turun ke tandas bawah tanah. Kadang-kadang dia sambung dengan subway sekali.. besar bangat

Ni kat bukit bintang pun ada... gambar kecik tu lift untuk orang kurang upaya turun ke tandas bawah tanah. Kadang-kadang dia sambung dengan subway sekali.. besar bangat

5 Responses to 2.5 hour Trip in Frankfurt – Bullet Train punya pasal

  1. ikmal3425 berkata:

    mmg best lh lu bro..hehehe

  2. mamaizzmi berkata:

    macam area kat bukit bintang eh..,pagi td tertidur kalau tidak leh chat.

  3. anak iban hehehe berkata:

    fuyoo….best eh g german…ibuh lupak ole2 k…

  4. Hafiz Osman berkata:

    Salam,

    Saudara,saya dah baca tentang kembara saudara di Jerman baru baru ni.

    Saya boleh berbahasa Jerman dengan fasih & lancar,boleh menulis,membaca dalam bahasa Jerman dengan baik,tapi sayangnya saya belum ada kesempatan untuk ke Jerman sebab kos yang terlalu tinggi.

    Buat masa sekarang saya mengajar bahasa Jerman kepada mana mana pelajar yang perlukan bantuan dalam bahasa Jerman.Jika Saudara berminat atau sesiapa perlukan bantuan,sila hubungi saya menerusi emel hafizovsky@yahoo.com.

    Wassalam,
    Hafiz Osman

  5. Zairol berkata:

    Thanks Hafiz.. maybe next time kalau saya berminat atau korang berminat taulaa sapa nak cari ek.. btw anda semua boleh dptkan tiket free ke Germany ( Frankfurt ) bayar airport tax je, total dekat rm900 – rm1000.. oklaa tu.. tapi prepare laa duit poket lebih sikit.. at least 3k-5k ek..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: