The Highest and The Tallest

Panorama indah di kawasan pedalaman di black forest. Kalau musim sejuk bukit-bukit yang rata tu dijadikan tempat meluncur salji

Panorama indah di kawasan pedalaman di black forest. Kalau musim sejuk bukit-bukit yang rata tu dijadikan tempat meluncur salji

Salam Pembaca

Ahad lepas selepas penat keje hari Sabtu bos bawak kami orang bersama client drive 250 km ke timur melalui kawasan kampung dan pertanian ke Hutan Black Forest. Sebab 4 musim, musim bunga suasananya amat nyaman dan segar sekali.. Kalau musim sejuk beberapa bukit di kawasan situ dijadikan kawasan untuk luncur salji… tapi orang malaysia yang tak tahan sejuk ni bagus laa cari musim lain ye nak melancong ke negara 4 musim ni… suhu 10 darjah celcius pun dah tak tahan, macam mana dengan -10 ye tak. Kat situ terdapat world larget cuckoo clock yang segala-galanya berjalan secara automatik yang memerlukan orang untuk menarik andung ( mm tak pasti apa nama dia ) setiap hari. Dia punya burung yang seberat 150kg tu pun secara automatik keluar tanpa memerlukan kuasa elektrik dan bunyi burung tu pun ditiup menggunakan billow dan seruling tu. ( tak pasti istilah sebenarnya ) Untuk maklumat lanjut boleh laa tengok video tu ye.

Gambar jam gergasi cuckoo clock. Gambar kecik kat atas tu jam automatik yang dijalankan berdasarkan bola yang bergolek ke kiri dan kanan di atas plat spring dia. Harga dekat 7000 Euro, Tukar ke RM dapat beli kereta sebijik

Gambar jam gergasi cuckoo clock. Gambar kecik kat atas tu jam automatik yang dijalankan berdasarkan bola yang bergolek ke kiri dan kanan di atas plat spring dia. Harga dekat 7000 Euro, Tukar ke RM dapat beli kereta sebijik

Lepas tu kami orang pergi ke highest waterfall in Germany setinggi 150m bertingkat-tingkat macam kat Malaysia, air dia cukup jernih tanpa sebarang percemaran walaupun kawasan tersebut mula dibuka pada 1805! dan bandar kecil Triberg ini adalah bandar pertama di Germany yang mempunyai lampu jalan.. pakai sumber apa tak tahu la. minyah tanah kot🙂

Biasa je air terjun ni, macam kat Malaysia je. Gambar kecik pinjam topi ala Harry Porter dengan bos... sebab dok sebelah orang German, nampak putih pulak.. hehe

Biasa je air terjun ni, macam kat Malaysia je. Gambar kecik pinjam topi ala Harry Porter dengan bos... sebab dok sebelah orang German, nampak putih pulak.. hehe

Cakap pasal keje ni, tengok orang kat HQ releks je.. diorang keje asal cukup 40 jam seminggu sudah.. tapi kualiti still ada.. so kekadang yang datang awal 6:30 tu pukul 3:00 petang dah balik.. huhu kalau laa kat Malaysia macam ni kan best.. tak payah nak main office politic, kipas-kipas bos..

Bunyi Cuckoo Clock…burung ni gemuk sangat… macam malas je

Sikit info pasal cuckoo clock dari patung tukang buat jam yang boleh bercakap bila masuk 1 Euro. Excited member aku bila tengok patung ni macam real je bila cakap.. huhu

OK sekian..sampai jumpa lagi… haa ada video tambahan kat entry Kadar Tukaran Wang dan Taraf hidup. Video pasal giant music box masa zaman Nazi dulu..

One Response to The Highest and The Tallest

  1. Hidet berkata:

    Salam.

    Wah..penulis kat german rupanya..
    bestnye..german ni salah satu negara yg termasuk dalam impian saya nak pergi satu hari nanti kalau ada peluang.

    Seronok tak duduk kat sana?

    Regards

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: