Taraf Hidup dan Tukaran Mata Wang

Pesawat Supersonik Concorde Air France, Gambar kecik kokpit dia yang penuh dengan butang

Pesawat Supersonik Concorde Air France, Gambar kecik kokpit dia yang penuh dengan butang

Salam pembaca..

Saya mulakan enty kali ni dengan kira-kira sikit. 1 Euro sama dengan lebih kurang RM5.  Di Germany anda boleh makan kebab dengan harga 3 Euro paling murah, beli sabun mandi dengan 0.60 Euro. kalau kita convert ke RM mesti mahal gila.. kat macdonal atau burger king anda boleh dapat value meal dengan hanya 5 Euro sekali air.. Dell laptop 500 Euro dan compact car dengan 7000 Euro. Tapi satu je yang pelik.. harga minyak mentah dunia ialah dalam 60 USD ke RM kali RM3.6 so jadi dalam RM216, dijual di Malaysia RM1.80 seliter tapi kat Euro dijual dengan 1.30 Euro. Kalau ikut logik harga barang di sesuatu negara tu bukan bergantung kepada kadar tukaran semata-mata. macam minyak petrol laa kalau betul ikut kadar tukaran mesti sesetengah negara mesti murah gila minyak dia… bayangkan RM2 seliter tukar ke Euro jadi berapa. Jadi nilai tukaran tu tak boleh pakai sangat… itulaa yang dikatakan taraf hidup di sesuatu negara.. memang diorang tak perasan kalau tak keluar negara.. pada diorang nilai barang tu sama je… yelaaa kalau buang nilai $ tu tentu nampak sama je kan?

Koleksi kereta Ferrari.. huhu kalau dapat sebijik.. mengalir air mata orang kat kampung tengok hehe :-)

Koleksi kereta Ferrari.. huhu kalau dapat sebijik.. mengalir air mata orang kat kampung tengok hehe🙂

Oklaaa ahad lepas bos saya bawak kami orang dengan clien pergi ke Auto and Technik Museum kat Sinsheim, lebih kurang 60km dari Mannheim ni.. bapok laa bagak besar, semua jenis kenderaan ada, dari basikal, moto yang pertama di dunia, kereta antik, moden, keretapi, kapal terbang, perang dan Concorde pun ada dia letak kat atas bumbung muzium. Kapal terbang Concorde tu adalah yang terakhir terdapat di dunia di mana satu lagi dan meletup semasa berlepas beberapa tahun yang lalu. Pesawat supersonik concorde ni ditamatkan penerbangannya pada 2003 disebabkan kos pengelenggaraan yang amat mahal dan ciri-ciri keselamatan dia.. Satu lagi yang milik Rusia kecik sikit dari Air France juga di pamerkan disini.. so merasa laa saya naik concorde ni sampai ke kokpit tanpa perlu beli tiket mahal-mahal ye tak…tapi semua dan seal laa takleh pegang, takut terterbang laa pulak nanti..

Video pasal giant music box masa zaman-zaman Nazi dulu.. Cuba perhatikan gambar lama kat bawah tu dan punch card dia yang ada note muzik untuk mende tu main muzik secara automatik…

Bangga-bangga tak sangka ada gak F1 sauber petronas kat sini

Bangga-bangga tak sangka ada gak F1 sauber petronas kat sini

Oklaa itu je catatan dari Inernet Lounge, Balladins Hotel, Manheim. 70km dari Frankfurt. Germany… Sekian

Kenderaan perang yang digunakan semasa zaman Nazi dahulu

Kenderaan perang yang digunakan semasa zaman Nazi dahulu

3 Responses to Taraf Hidup dan Tukaran Mata Wang

  1. rozaimi berkata:

    aku siap rss blog ko ni kat outlook aku..

    (perlu ke??)

    hehehe…

    takkan banyak tu je gambar ko?

  2. cik oren berkata:

    wei..ko xyah citer pun xper..yg penting upload n amik gambo bebyk.hehehe

  3. basha berkata:

    belei la paper kat kengkawan kalau dah murah tu yek..tak kkan bg keychain kot…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: