Public Holiday in Germany

Kenapa kelopak tulip kat sini lembut ek? Kat Malaysia keras je rasa..

Kenapa kelopak tulip kat sini lembut ek? Kat Malaysia keras je rasa..

Assalamualaikum.

Semalam cuti hari pekerja, Jumaat 1 Mei. Tidak seperti di Malaydia dimana semua shopping mall dan kedai dibuka. Tapi di Germany semua kedai, shopping mall tutup pada public holiday dan weekend, Kedai makan je bukak. kalau tutup jugak kebulur le gamoknyeūüôā Hari Sabtu je bukak kalau nak gi shopping-shopping.Seperti jugak di negara Eropah dan America, hari cuti dipenuhi dengan aktiviti di taman, minum-minum kat coffee house dan bukan shopping tau macam kita. Di Mannheim kebanyakkan orang guna basikal untuk bergerak, siap ada laluan basikal lagi disetiap jalan dia. Pemandu diorang amat berhemah, ada sesetengah mat moto pun sanggup follow je kereta kat depan dia, tak mencelah kat tengah-tengah macam kita kat Malaysia. tapi tak dapat dinafikan ada jugak la yang bawak skuter tu lalu kat tengah-tengah jalan tu. Mmmm kereta kebanyakkan Mercedes dengan AUDI la tapi 5 hari kat sini ternampak la jugak 5 biji kereta KIA Picanto a.k.a Naza Suria kat Malaysia.. hehe so Europe Best Compact Car tu kira betul laa bak kata Naza.

( Jangan risau Man!! kete kita banyak gak kat Europe niūüôā )

Makanan urkish sepinggan sekali air 7.00 Euro, Roti tu memang ada dalam package

Makanan Turkish sepinggan sekali air 7.00 Euro, Roti tu memang ada dalam package. Please jangan kali dengan RM4.80 ek... nanti stress

Waktu sembahyang kat Manheim, musim bunga
1 May 2009
Subuh      3:46 am
Syuruk     6:04 am
Zuhur      1:24 pm
Asar        5:25 pm
Maghrib  8:44 pm
Isya        10:52 pm

OK hujung musim bunga pulak

31 May 2009
Subuh     2:57 am
Syuruk    5:25 am
Zuhur     1:24 pm
Asar       5:40 pm
Maghrib 9:24 pm
Isya       11:38pm

Sebelah Masjid ada gereja, mmmm betul-betul laa bertoleransi..

Sebelah Masjid ada gereja, mmmm betul-betul laa bertoleransi..

Huhu cuba kira kalau bulan puasa jatuh waktu musim panas (summer) so waktu makan boleh dalam 5 jam je la.. Semalam pergi sembahyang kat Sultan Salim Moschee ramai jugak orang. kira penuh laa dengan rakyat German berketurunan Turki ( rambut hitam ) dan rakyat asal German ( rambut perang ) yang convert. Kat Manheim populasi Islam agak ramai berbanding tempat lain di German, banyak masjid kat sini. dalam 3-4 buah. Kalau ikut sejarah waktu revolusi mesin dulu-dulu. Banyak imigrant Turki di bawa masuk, so sekarang diorang kira dah jadi resident German, 2nd generation. Mostly semua pun cakap bahasa German, cuma agama je lain. Masa sembahyang tu masuk je waktu tok imam cakap bahasa dia yang kitorang tak paham, so semua orang bangun, Ingat sembahyang sunat jumaat, tup-tup semua orang buat empat rakaat.. haha.. kitorang pun dengan tak kusyu’nya terpaksa laa ikut walaupun niat sembahyang sunat je. Sembahyang sendiri-sendiri. so mata pun tiba-tiba jadi liar laa tengok orang buat 4 rakaat, rupanya diorang sembahyang zuhur mungkin sebagai menghormati waktu, dan lepas tu baru kutbah dengan semayang Jumaat seperti biasa..huhu. ( Ustaz Fuad, tolong bagi pendapat sikit :-)¬† )

Nanti kalau semua pokok ni berbunga... fuh lagi best

Nanti kalau semua pokok ni berbunga... fuh lagi best

Oklaa rasanya tu je catatan dari Germany buat kali ni.. ( huhu rajin pulak aku update blog kali ni… kes tgk tv x faham la ni )

pokok-toge

4 Responses to Public Holiday in Germany

  1. mamaizzmi berkata:

    putihlah cek nanti dok sana sebulan

  2. puteri berkata:

    Wow, bestnya dapat bergambar dicelah-celah bunga tulip.Kat malaysia kita ada bunga raya.Best gak.

  3. Fuad berkata:

    Derang pakai Mazhab apa? Oit2..brapa lama lagi ko sana wei?

  4. Zairol berkata:

    Fuad: Ntahlaa maliki kot.. sebab masa berdiri baca al fatihah tu tangan letak kat perut.. aku balik hujung bulan ni fuad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: