Guten Tag Germany

Mmmm.. gambar ni kalau kat KL takde :-)

Mmmm.. gambar ni kalau kat KL takde🙂

Assalamualaikum &  Guten Tag!

Mmmm rasa seperti tak caya pulak saya dah berada kat Manheim, Frankfurt, German. Baru Spring sekarang ni, tapi bunga tak keluar lagi.. suhu sejuk 10 – 14 degree celcius. Nak keluar at least kena pakai jeket.. Perjalanan selama 12 jam dalam flight betul-betul memenatkan.. lebam ponggong huhu… Selapas baring-baring kejap pagi tu, petang tu saya pergilaa bersiar-siar kat pekan Manheim ni, pekan lama, banyak bangunan bersejarah kat sini dan yang penting banyak jugak populasi Muslim Turki kat sini, so senang laa cari nak cari makanan halal sebab stok makanan tak bawak banyak sangat.. Ada Masjid kat Manheim ni dan dikatakan terbesar kat German yang katanya dapat menampung jemaah sampai 3000 orang,

Pilih je nak sembahyang kat bilik mana.. - Frankfurt Airport

Pilih je nak sembahyang kat bilik mana.. - Frankfurt Airport

tapi yang mencabarnya ialah bila berkomunikasi kat sini, macam ayam dgn itik je rasa. Semalam saya dengan member nak gi makan laa, puas cari restoran yang menu dia ada nombor, boleh main-main tunjuk je…. nak baca pun tak tau. so mahal la sikit kalau dalam Euro, tapi mahal bangat kalau convert ke RM. Nasi ala Turki 8.50 Euro, kalau convert ke RM x RM4.76 boleh buat makan seminggu tu. huhu. Saya siap bawak pocket book lagi nak beli roti kat kedai Turki.. kena gelak dulu hehe.. OKlaaa.. malas cakap banyak, untuk menjadikan korang semua jeles, so kat sini saya letaklaaa beberapa keping gambar sepanjang baru dua hari kat sini, ada lagi sebulan lagi.. huhu,

Berbeza dengan Malaysia, suasana bandar dia tenang je, tak serabut - Hotel saya yang sebelah kanan tu

Berbeza dengan Malaysia, suasana bandar dia tenang je, tak serabut - Hotel saya yang sebelah kanan tu

Kat tengah-tengah bandar Manheim, ada keretapi tengah-tengah jalan

Kat tengah-tengah bandar Manheim, ada keretapi tengah-tengah jalan

Antara sebuah pasaraya yang banyak menjual barang makanan halal. Milik orang Turki rasanya. Gambar kecik tu macam kenal tapi bila di belek-belek Made in Holland Conpius rasa.

Antara sebuah pasaraya yang banyak menjual barang makanan halal. Milik orang Turki rasanya. Gambar kecik tu macam kenal tapi bila di belek-belek Made in Holland Conpius rasa.

Ni parking kat basement hotel saya, hari ni kami orang boleh bawak balik kete dari Opis, tapi bukan kete ni laa, yang nak ceritanya parking ni boleh angkat jadi dua tingkat... itulaa german..

Ni parking kat basement hotel saya, hari ni kami orang boleh bawak balik kete dari Opis, tapi bukan kete ni laa, kami orang drive kereta VorksWagen je. yang nak ceritanya parking ni boleh angkat jadi dua tingkat... itulaa german..

p/s.. Ish boringnya channel TV kat sini, sampai spongebob pun bahasa Jerman, ada 33 channel tapi 3 je yang ada English, dua channel MTV 1 CNN.. huhu. buruk muka tgk CNN..😦

3 Responses to Guten Tag Germany

  1. patin berkata:

    nasi goreng ada jual ka, boleh makan dengan sambal manis holland tu, rasanya parking keta dua tingkat tu pernah tengok kat hotel shahzan Inn, kuantan

  2. cik oren berkata:

    wei..jgn lupe fridge magnet kat aku…beli banyok skit..ehehe..kalo ade mknan best jgn lupe wat blk.ahaha

  3. shaari berkata:

    best nye dpt gi jejln kat sana…bawa balik ole2 ya…hav fun bro…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: