We Will not go Down – Micheal Heart

Salam Pembaca……

asalnya malam ni nak bercoret pasal jalan-jalan cari mkn masa cuti raya cina yang lepas, tetapi petang tadi kakak saya call suruh cari video perang gaza untuk ditayangkan kat satu majlis kat sekolah dia esok.. sebab dia agak rabun dalam IT dan pakai internet berukband dan bukan broadband macam saya ni, so saya browse-browse la video kat youtube tadi. Pastu burukla muka dia nak download email saya pulak nanti.. hehe. Masa dok cari tu terjumpa 2 video yang amat menarik. Tersentuh bila melihat video “Song for Palestine nyanyian Raihan yang diedit oleh saudara Mohd Safwan. Video dia dimasukkan dengan selitan khutbah jumaat dan klip dari filem Kingdom of Heaven yang ditayang pada tahun 2005 yang lalu. Cerita mengenai perang salib merebut Baitulmuqadis. Sedutan khutbah tersebut betul-betul menyentuh jiwa kepada sapa-sapa yang mendengarnya termasukla saya.

Video Kedua ciptaan dan nyanyian Micheal Heart, suara dia ala-ala penyanyi Chris Daughtry pun ada.Song for Gaza – “We will not down”. Seorang gitarist dan pencipta lirik bebas di Los Angeles. dan semestinya dia bukan orang Yahudi. http://www.michaelheart.com/.  Seperti ramai kata orang apa yang berlaku di Gaza adalah bukan perang agama semata-mata tetapi perang mempertahankan tanah air dan juga perang penghapusan etnik. Sama-sama laa kita fikir kerana ada yang lebih penting untuk kita renungkan bersama daripada kita membuang masa memikirkan hal duniawi dan politik semasa. Bak kata bekas Mufti Perlis di dalam Mingguan Malaysia ahad lepas, lebih kurang bunyinya “jadikan hidup kita hanya sebagai musafir semata-mata kerana ada yang lebih penting untuk kita lakukan lagi di dunia ini”.

Sekian Wassalam

One Response to We Will not go Down – Micheal Heart

  1. cik oren berkata:

    bgs jugak ko share diz clip video ..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: