Melaka Trip, Bini oh Bini

Kat Muzium Kapal dengan Husaimi dan Mahzan

Kat Muzium Kapal dengan Husaimi dan Mahzan

Melaka Trip

Weekend lepas aku pergi Melaka, Last minutes plan, hari khamis baru ajak geng… melepaskan tension bekerja, hari-hari balik lewat menantikan tarikh dateline projek yang semakin dekat, dan juga sebagai dendam tidak dapat bercuti masa cuti panjang ujung tahun dulu.

Shah Beach Resort betul-betul sebelah Everly Hotel. Mahal tapi atas tanah.. huhu

Shah Beach Resort betul-betul sebelah Everly Hotel. Mahal tapi atas tanah.. huhu

Ajak Husaimi dan Mahzan, kawan-kawan lama Bintulu pergi tido di resort atas tanah, chalet ditepi pantai Tanjung Keling yang cantik dari luar, tidak di dalam. Namun suasana tu lebih penting dari hari-hari aku yang terpaksa melihat kusut masai kehidupan kota dan serabut di rumah burung merpatiku ni yang disedapkan nama menjadi apartment. Hari minggu dihabiskan dengan begitu bermakna, berjogging di tepi pantai, makan seafood di Muara Sg. Duyung, tengok bandar hilir di waktu malam, dan paling best main air di A-Famosa resort. Proses mengecutkan segala kulit badan berjalan selama hampir 3 jam lebih… asal malu-malu kambing takutkan air sebab tak pernah mencuba berakhir seperti kerbau mandi kubang, dan barulah aku tahu yang aku ni boleh dikatakan berani untuk gelunsur air yang tinggi-tinggi berbanding dengan kawan-kawan aku.. hehe… Itulaaa kekadang bercuti yang lain dari lain ni sekurangnya dapat gak release tension..

Kat Bandar Hilir, nampak cun air pancut pendek ni

Kat Bandar Hilir, nampak cun air pancut pendek ni

Pelik aku melihat kenapa masih ramai orang Malaysia suka melancong ke Shopping Complex dari melancong ke tempat-tempat yang dapat menenangkan perasan. Jawapannya mudah.. orang Malaysia suka berbelanja seolah-olah tiada masalah ekonomi langsung dan amat susah orang kita untuk mengeluarkan duit untuk tempat-tempat yang agak luar biasa…terutamanya ke badan kebajikan dan persekitaran

Coretan: Bini

Satu masa dahulu bini pertama aku cik YaMaha, nama manja Ma buat hal, tanda protes yang aku menduakannya dengan bini baru aku Cik Suria dengan menghilangkan kedua-dua kakinya yang biasa org panggil Rim, Dan ditambah lagi ketika aku betul-betul memerlukan dia, Cik Maha mendiamkan diri bila aku ingin membawanya pulang ke rumah. tanpa sebarang bunyi atau tanda-tanda mahu berbunyi. So terpaksala aku menolak cik Maha ni ke klinik khasnya untuk dicuci segala kerongkongnya. Menurut kata doktor cik YaMaha kesayangan aku ni minum minyak Diesel. Aku tak pasti samada dia benar-benar nak bunuh diri atau ada wujud pihak ketiga yang berniat mahu mengenakan aku.

melaka31

Posing ala Hindustan kat A-Famosa resort. Gambar ni takde kaitan dengan coretan bini ye

Selepas itu bini kedua aku pulak buat hal, mungkin kerana takdir atau mungkin jugak aku ber ura-ura nak cari bini ketiga yang semestinya akan kusayangi lebih dari yang kedua-dua ni. Huhu tekanan dari org tua pulak betul-betul mengusutkan aku…Saat aku nak bawa bini kedua aku melancong bersama kawan-kawan aku, Cik Suria ni buat hal, buat skandal cium mulut dengan pempuan lain yang berlakikan orang hitam ( black namanya ) Ai cik suria, walaupun ko orang luar, asal usul dari Korea, ada hajat nak cari orang tempatan dengan Cik Wira ye. Jadi terpaksalaaa aku hantar Cik Suria ni ke hospital Naza untuk membetulkan mulut dia yang robek tu, mata kanan pun jadi juling sikit..

3 Responses to Melaka Trip, Bini oh Bini

  1. cik oren berkata:

    hahaha…gambo last tu bajet ensem la kunun…kuikuikui

  2. alissa berkata:

    hai pak su.pak su buat apa tu?

  3. Hidet berkata:

    Salam.

    wah..byk ye melancong..seronok nye..

    Regard

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: