Accident? Kemalangan?

Suriaku yang kepek.. pandu dengan berhati-hati

Suriaku yang kepek.. pandu dengan berhati-hati

Sempena hari krismas yang bakal menjelang, bos saya mengajak kami orang satu office ( 10 orang je ) untuk makan tengah hari di Hotel Hilton PJ. Saya bersama 2nd bos dan 2 orang rakan keluar agak lambat apabila masing-masing ingin menunaikan hajat di bilik kecil. Keadaan jalan agak sibuk.. di dalam perjalanan, 2nd bos saya bertanya. “How your car?” Mmm.. Its almost 2 years already”. Its still look new balas dia.. macam biasa saya pun kembanglaa semangkuk. Tiba di traffic light menuju ke Federal Highway, saya terperangkap di laluan susur ke highway. Selepas melihat 3 lorong sebelah kanan saya yang kosong saya pun ingin menukar lorong untuk terus kehadapan. Selepas melihas cermin sisi, saya pun menjongotkan sikit muncung kereta saya. Tiba-tiba sepatah kata dari kawan saya Roy! dah patah yang kedua terdengar bunyi bergesel dihadapan kereta saya.. fuh bergesel.. tapi bila tiba patah yang ketiga nampak lampu depan kanan kereta saya terangkat keatas. Beberapa ketika lepas tu ada seorang pemandu motosikal berhenti dihadapan kereta saya memberi isyarat bumper depan saya jatuh. Semua berlaku sekelip mata, Selepas beberapa kali saya mengelipkan mata keluar seorang black ( kalau niger diorang marah pulak.. tapi peduli apa aku ) kemungkinan student bersama foreigner cina perempuan 2 orang. Mamat hitam tu dengan rasa tak puas hati menyalahkan saya walaupun dia tidak sedar yang dia membawa kereta dengan laju dihadapan lampu trafik yang merah menyala didepannya. Tiada hon dan inisiatif untuk mengelak dibuat olehnya. Malas nak cakap banyak saya cakap. “No need to argue here.. we go to police station and make a police report first”. Tetapi by law saya tetap bersalah walaupun secara atitutte budak itam tu memandu dengan cuai sekali… Huhu itulah pengalaman pertama saya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang memerlukan police report dibuat. Dulu masa zaman motor setakat jatuh lap cecah telinga je.. dapat sakit sendiri.🙂

Berdasarkan pengalaman dan cerita rakan-rakan dan pembacaan, berikut saya senaraikan sedikit tips apabila anda berhadapan dengan kemalangan:

Kemalangan dengan orang lain

1.  Cuba bawa kenderaan anda ketepi jalan terlebih dahulu untuk mengelakkan kesesakan.

2.  Cuba bertenang, dan jangan gelabah. Situasi panik menyebabkan anda mudah marah dan bergaduh dengan orang lain. Jika perlu telefon sahaja polis untuk keselamatan diri anda.

3.  Jika kereta anda dan pihak terlibat rosak sedikit, anda boleh menyelesaikan diluar kes polis. kerana undang-undang di Malaysia, kes langgar dari belakang dan cuba menukar lorong adalah salah. Dari anda kena saman RM300, bagus anda beri RM100-RM200 ke pihak terlibat untuk dia cat balik bumber belakang dia.

4.   Kalau kes yang serius, buat police report dan claim insuran walaupun anda mungkin kena saman.

Workshop dan Tow Service

1. Sejurus sahaja selepas kemalangan, akan banyak lori tow dan tokey-tokey workshop yang memancing anda untuk menghantar kereta anda ke workshop mereka. Biasanya ramai orang tepengaruh untuk mengikut sahaja tanpa berfikir panjang. Kalau anda menggunakan syarikat insuran yang bagus, terdapat perkhidmatan tow percuma 24 jam. Telefon sahaja talian hotline mereka kerana banyak workshop-workshop berdaftar di bawah syarikat mereka.

2.  Jika kereta anda masih baru, dan memikirkan kualiti pembaikan, hantar sahaja kereta anda ke pusat servis kereta anda. Di pusat servis, pekerja mereka makan gaji dan hanya akan menukar barang yang perlu sahaja dan original. Apa yang takut berlaku di workshop-workshop biasa ialah kualiti pembaikan dimana mereka cuba membaiki sahaja apa yang patut ditukar tetapi claim sebagai barang baru. Dan mungkin terdapat kerosakan lain yang tidak diperbaiki oleh mereka.

Insuran

1.  Dapatkan syarikat insuran yang betul-betul berkualiti seperti Etiqa Maybank, Ambank, Takaful dan AIG. Syarikat ini biasanya akan memproses permohonan anda dengan cepat dan sistematik. Jika anda mahu renew insuran pastikan jumlah perlindungan anda tinggi bagi tahun pertama dan kedua kereta anda kerana anda belum lagi memulakan bayaran kereta anda. Ini kerana pada tahun pertama dan kedua, anda hanya membayar interest kereta anda yang mungkin mencecah RM10000. Penurunan yang banyak menyebabkan anda sukar mendapatkan nilai tertinggi sekiranya kereta anda hilang ataupun mengalami kerosakan yang teruk (totally damage)

Nota kaki: Petua.. jangan terlampau banyak buat plan. kerana plan banyak-banyak ni kadang-kadang menyebabkannya dia tak jadi secara tiba-tiba.. huhu.. itulaa planning melancong saya nampaknya kena cancel la.. dan planning untuk naik motor hari ni rupa-rupanya betul-betul terjadi.. kena jadi mat rempit laa sekejap.. huhu😦

5 Responses to Accident? Kemalangan?

  1. budah botak berkata:

    roy………………
    apa dah jadi ni.ari 2 ,moto ko dah nak kene kipnap.
    ni kete pulak accident.Mungkin ko kene wat doa selamat ni.
    apa2 pun,aku happy ko selamat.harta benda boleh cd cari,tp nyawa ko sukar d ganti beb

  2. anakiban berkata:

    sian suria…

    yala sapa ngasuh drive laju2…

    kenangan pahit dalam hidup saya…tajuk xcident ya ..hehehehe

  3. kiki berkata:

    accident..benda yg tak di sangka2…
    huhuhu..

    kalu nk jadi tu sekelip mata je kan…
    huhuhu…

  4. budak kemahal / ex-tahap berkata:

    satu insiden yg blh terjadi pada sesiapa sahaja…

  5. Azman berkata:

    kalau kita yang salah pastu buat report gerenti kena saman punya. Aper2 hal mmg kita perlu bertenang,jgn panik(nanti menyusahkan org plak),kalau salah baik mengaku jgn berdolak dalik(nanti panjang cerita daa) dan kalau ader member2 yang berhampiran call mereka utk keselamatan diri. Kadang2 kes xcdent ni boleh mendatangkan kecederaan disebabkan individu xbleh mengawal emosi.
    Aper daaa,benda nak jadi tu tetapkan terjadi…yang penting nyawa selamat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: