Kerja dan Cuti-Cuti Malaysia

Salam Pembaca
Tak sangka kita dah dekat ke penghujung tahun yek… Best jugak rasa…tak sabar nak menghabiskan cuti saya hujung tahun ni.. dan banyak jugak aktiviti dirancang bersama keluarga dan rakan-rakan… dengan hanya amik 4 hari saya boleh cuti dari 24 sampai laa 2 hari tahun baru 2009. Syarikat saya sebab based german, so pada 24 dan 31 dapat half day.. so kami orang pakat-pakat laa ambik lagi half day untuk cuti terus tutup office… kan budaya mat saleh kena balik rumah masak ayam turkey besar yang lubang buntutnya muat masuk dalam kepala Mr. Bean tu..🙂 ( huhu jangan fikir yang lebih-lebih ye ) Bercakap mengenai kerja saya ada persoalan sikit.. pernah tak korang rasa kepenatan bekerja sampai kepala pening dan tulang belakang kat bawah bahu sengal-sengal.. so cara terbaik berhenti dari bekerja dan baring atau cari kerusi urut. Itula yang saya alami dan pelik juga tengok orang lain yang dapat bertahan kat pejabat sampai 8-9 malam.. saya paling lama pukul 7 dah cukup.. kerana pejabat kat pergi, rumah kata mari, katil kata rindu.. So ada juga sesetengah company besar seperti google yang menyediakan segala jenis rekreasi di pejabat seperti snooker, bilik rehat, kolam renang, kerusi urut untuk pekerja-pekerjanya. Patutlaa Google Inc dapat bermacam-macam idea dalam bisnesnya kan.

Cakap pasal cuti pulak.. mmmm perasan tak budaya rakyat Malaysia especially kat bandar yang suka menghabihkan hujung minggu atau bercuti di Shopping Complex.. asal hujung minggu je habih jammed jalan kat tempat-tempat tumpuan bershopping.. padahal kebanyakan windows shopping je.. sebab tu laa rakyat Malaysia antara 5 negara di dunia yang rakyatnya suka bershopping selepas didahului oleh Hong Kong ( mmm kalau tak salah la ) Dan alangkah baiknya hujung minggu di penuhi dengan aktiviti yang sihat.. bangun awal pagi pergi jogging-jogging ke… Ni kalau pukul 7-8 pagi tu sunyi sepi taman-taman.. Kekadang kalau saya ter jogging kat taman IKEA tu sorang-sorang je… aman rasa…
Oklaa.. Selamat bercuti semua..

p/s Pernah naik KLIA Express? RM35 kan dari KLIA ke KL Central?… Bagi sesiapa yang nak berjimat anda boleh ke KL Central dari KLIA dengan hanya RM15 sahaja. So caranya naik KLIA Transit ke stesen Putrajaya RM6.00 ( sen tak pasti ) dan keluar sekejap.. tunggu next train dalam 1/2 jam dan sambung perjalanan anda ke KL Central dari putrajaya dengan hanya RM9.00.. so anda akan jimat RM20….banyak tu.. Sekian

Raya Haji- Walaupun Hujan.. tapi kehadiran keluarga dari Kedah memang best ( macam tak kena dengan tajuk je )

Raya Haji- Walaupun Hujan.. tapi kehadiran keluarga dari Kedah memang best (macam tak kena dengan tajuk je )

Dari 10 jejaka kat gambar tu... at least ada 6 yang tak kahwin lagi.. fuh..selamat.. BTW Selamat Pengantin Baru Amir

Dari 10 jejaka kat gambar tu... at least ada 6 yang tak kahwin lagi.. fuh..selamat.. BTW Selamat Pengantin Baru Amir

One Response to Kerja dan Cuti-Cuti Malaysia

  1. Chien berkata:

    bangun awal pagi pergi jogging-jogging ke <- excuse me, semalam cakap susah bangun pagi…ni ari len suda ka?

    haha, ba-ba…okay…selamat bangun pagi untuk esok…try tengok bolela pi jogging…ha…ha…joking

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: