Sport Rimku, Putrajaya, Maxis Friendfinder and JB Service Job

Salam Pembaca.. saja tulis banyak-banyak tajuk sebab kalau satu tajuk kena tulis panjang-panjang.. sekadar coretan sepanjang minggu ni..

Sport Rimku...

Inilah jadinya bila taraf hidup rakyat Malaysia tidak sekata antara kaya dan miskin

Inilah jadinya bila taraf hidup rakyat Malaysia tidak sekata antara kaya dan miskin

Balik dari tengok wayang dengan Riar dan Faizal malam sabtu lepas, dahlaaa tengok cerita kartun, ingatkan sambungan cerita stormrider yang hangat di pasaran tahun 1999 dulu yg. menggunakan CGI yang baru sekarang cerita melayu Antu Fighter nak tiru. Rupa-rupanya cerita kartun.. hampeh betul.. membazir duit je.. So sambung ayat di atas.. balik dari tengok wayang, tatakala nak masuk basement parking kat rumah aku, maka terlihatlaa sesuatu yang amat pelik, jelik dan menyedihkan berlaku kat motor kesayangan aku yang sama-sama jauh berlayar dari bumi kenyalang tahun lepas.. Motorku telah kehilangan tayar dan sport rim original 125z yang adalaaa RM600.. fuh.. Kira baik juga laa pencuri ni.. boleh pulak dia cari bata buat tongkat motor aku macam gambar kat sebelah ni…. So esoknya terpaksa cancel balik kampung kenduri rumah jiran, ajak Daisy, budak Suria Club pergi breakfast, lepak-lepak kat workshop sambil memikirkan berapa ratus melayang hari ni.. tup-tup bila malam.. RM590 duit aku melayang untuk ganti semua mende alah tu… So macam biasa.. tak halal, biar dia insaf atas musibah dari perbuatannya sampai dia pulangkan balik sport rim dgn tayar tu kat motor aku.. pandai-pandai laa nak pulang macam mana… bak kata kawan aku biar dia accident putus tangan.. huhu kejam jugak ko yek mr. r dari SMKA TAHAP.

Putrajaya

Nice... but it will be better when using DSLR Camera..

Nice... but it will be better if i'm using DSLR Camera..

Hari ahad terpaksa melayan kakak yang jalan-jalan kat KL. Kesian dia, datang jauh-jauh, “4 jam” dari Karak tau. 🙂 Thanks sebab bagi aku pau makan Grilled King Salmon kat Manhattan Fish Shop. Makan ikan salmon segar yang di import dari deep sea. Petang tu jalan-jalan lake cruising kat Tasik Putrajaya, menikmati keindahan Putrajaya dari perspektif yang berbeza iaitu dari atas bot. Thanks our former Prime Minister, your idea was brilliant. Tak yah pergi jauh-jauh.. nak kata semua jambatan kat situ menyerupai segala jambatan terkenal macam Golden Gate, Sydney Bridge dan macam-macam lagi la..

JB Service Trip and Maxis Friendfinder

Huhu.. I really need DSLR camera now... mmm new hobby maybe?

Singapore Power Plant from Stulang, JB..Huhu.. I really need DSLR camera now...

OK.. terdapat satu kisah…. Satu malam sedang Ravi berlepak-lepak dengan awek-awek Melayunya.. yelaa rupa pun macam hero Hindustan, fasih cakap Melayu pulak tu.. tiba-tiba telefonnya berbunyi.. “Adoi, bini aku call” kata Ravi di dalam hati. “Hello, abang kat mana ni?”… “Emm.. Abang kat Batu pahat ni, tengah lepak dengan budak-budak KUITTHO ni”. balas Ravi. “Oooo.. bukan kat Danga Bay ke bang, dok minum-minum?” balas isterinya.. “sudahla..” kata Ravi didalam hati sambil matanya meliar mencari isterinya atau sapa-sapa laa yang dia macam kenal kat situ. Puas mata Ravi memerhati sekeliling, Nak je dia berdiri atas meja untuk mendapatkan pandangan yang lebih clear lagi. Manakala isterinya di rumah tersenyum riang. “Haa.. gelabah ko Ravi, sekarang baru ko tau sapa yang kena..” sambil meletakkan hand phone Maxis nya di dalam bilik tidur mereka. Moral of story: Jaga-jaga dengan service Maxis Friendfinder, walaupun service ini memerlukan authorization dari anda, namun terdapat banyak cara untuk membuatnya. Dan kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan kawan kepada kawan pejabat saya semasa lepak-lepak ngeteh kat JB baru-baru ni. Dan ada juga cara untuk mengaburi pihak lawan apabila anda telah di kesan.. 🙂 hehe.

Dengan budak Suria Club. Dont say i use DSLR camera right now. It only from my Cybershot DSC-W50..

Dengan budak Suria Club. Dont say i use DSLR camera right now. It only from my Cybershot DSC-W50!!.. Kena belajar teknik la sikit

Semasa di JB jugak saya telah bertemu dengan seorang lagi members http://suriaclub.com. Ikmal3425 nama penanya.. Orang Temerloh.. So masuk ni dah 3 orang member suriaclub telah dijumpai.. Insyaallah nanti boleh buat gathering dah aktiviti. Seronok jugak bersosial macam ni. banyak idea yang boleh dikongsi dan yang penting ramai kawan. So bila outstation tak laa boring sangat. Kami orang lepak-lepak kat Stulang, makan sea food dan lepak-lepak kat tepi laut memerhatikan Singapura. Teringat kata mahathir dulu..”Kalau Malaysia nak serang Singapura, hantar je peluru berpandu ke negara dia, abih lesap” hehe jangan marah orang Singapura.. Our former Prime Minister just make joke only. Apapun thank Din sebab ambil masa entertaint aku masa kat Pasir Gudang dan JB.

p/s.. I also really need a new CPU right now.. It overheated for two time already. It not reliable anymore now.. Wonder why my BIOS dont have any shutdown protection. Straight away spoiled my power supply for two time.. huhu..

3 Responses to Sport Rimku, Putrajaya, Maxis Friendfinder and JB Service Job

  1. Syah says:

    cian ko bro…

    kalo rase kt bwah tu dh x secured,

    angkut je mto nek ata…

    hik..hik..hikk!

  2. budak kemahal / ex-tahap says:

    bro, aku duk rayau2 kt google, jumpa lak blog ko ni… lama tak dgr crta..

  3. mohdabdhalim says:

    Sian ko Roy.

    Mungkin ada hikmah disebaliknya tu Roy. Tapi takpe doa tu penting

    Choopp.. Apa yang buat aku tertarik kat gmbr moto tu plate no QTD tu.. Respek sama lu.. Jauhnya berhijrah (kakar Sarawak jap).

Tinggalkan komen