Dimanakah Tahap Tanggungjawap Anda?

Anak dah 3 tan. kalau mak dia, dato' dia... berapa tan la agaknya

Anak dah 3 tan. kalau mak dia, dato

Salam Pembaca

Berita utusan Malaysia semalam mengenai anak ikan paus seberat 3 tan yang terdampar di pekan betul-betul menyentuh hati terutamanya apabila pihak berwajib hanya datang sekadar mengambil gambar sahaja. Tahniah kepada org kampung, walaupun belajar tak tinggi, tapi sekurangnya masih mempunyai nilai kemanusian yang tinggi terhadap binatang. Bercakap mengenai tanggungjawap ini, berdasarkankan beberapa situasi berikut, apakah kategori anda?

Update dari berita semalam: Anak Paus itu mati, mungkin dah terlambat utk dilepaskan atau dia memang nak mematikan diri bak kata sesetengah pendapat. rujuk link berita tersebut. ( seronok bila masing-masing memberi alasan tersendiri dan menuduh antara satu sama lain )

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Situasi 1:

Anda makan kat kedai makan, banyak kucing kat bawah meja anda. –> anda bagi sikit apa yang patut kat kucing tu ke anda buat bodoh je kat kucing tu tak pun terajang je kucing tu.

Situasi 2:

Sampah di tangan anda –> anda cari tong sampah atau buang je kat mana yang anda suka? “Ala. nanti cleaner majlis perbandaran takde keje pulak nak sapu sampah”.

Situasi 3

Tupai tersangkut kat jaring atau pukat di rumah anda –> anda lepaskan dia ke atau? “lantak ko la, ko selalu makan buah betik aku”

Situasi 4

Ikan paus terdampar kat pantai atau longkang tersumbat –> bekerjasama dengan pihak-pihak yang terlibat atau? “mmm.. ini bukan bidang kerja kami Encik, Encik boleh hubungi pihak yang berkenaan.. mmm no. cari sendiri yee.. Saya ambil gambar je la yee”

Situasi 5

Ada anjing lapar sangat kat depan rumah anda kes tuan dia balik kg lupa nak bagi makanan –> anda bagi makanan kat dia atau? “Eeee haram.. haram! yek..” (mmm belum lagi anjing buangan ni.. huhu )

Mmmm.. ntahlaa labu…

Selingan sikit untuk ambil mood balik…

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan… .Mat & Ah Chong singgah untuk makan setelah selesai menonton wayang… ..maka terjadilah perbualan nie:-

PELAYAN : nak minum apa encik?

MAT : bagi saya milo ais satu.

A CHONG : saya mau minum itu sirap limau…

PELAYAN : ok… … ..makan cik?

MAT : saya nak nasi goreng satu… .telor mata kerbau satu..

A CHONG : kasi saya itu “wantan mee”

maka pelayan tadi terus beredar,beberapa minit kemudian dia datang semula… ..lalu berkata:

PELAYAN : mintak maap la cik,tukang masak saya suruh bagi tau yang ada kat dapur la nie cuma telor ayam… .kalau cik nak mata kerbau tak ada sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik… lagi satu kalau cik nak makan mee setakat 2 pinggan tu ada la tapi,kalau sampai “one tan” mee tak cukup la cik… ..

One Response to Dimanakah Tahap Tanggungjawap Anda?

  1. mohdabdhalim berkata:

    Assalamualaikum Roy,

    Sorry lmbt ckit nak reply msg kau. Blog aku ya dah kira bersawang dah. Lmk dah x update. Wokeh aku dah add link kat blog ko. So, harap kita dpt berurusan di masa hadapan k!

    Selamat Memblog!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: