Reunion di Majlis Berbuka Puasa

Berbuka Puasa di Restoran Cerana, Cheras dengan batch 96 SMKA TAHAP

Berbuka Puasa di Restoran Cerana, Cheras dengan batch 96 SMKA TAHAP

Assalamualaikum dan Salam Pembaca.

         Setakat mana anda menghargai rakan lama anda? Setakat anda bujang ke selama-lamanya? Atau hanya bila dia diperlukan sahaja? Kerana dengan rakan-rakanlah hidup kita tak kesunyian, banyak yang akan sudi membantu. Seorang pekerja bank akan membantu rakannya buat loan, seorang Loan Adjuster akan tolong rakannya yang rumah terbakar, seorang kakitangan kerajan akan cuba usha-usha lubang untuk bisnes masuk atau cari kerja. Itulah gunanya kawan. Walau sesibuk mana pun anda, cubalah hargai kawan anda kerana dengan kawan lama anda, kita sama-sama mengharungi susah senang bersama dulu-dulu, kena pau maggie, bagi pinjam duit, tolong buat assigment, tolong urut kat belakang kalau ngantuk dalam kelas dan sebagainya. Bawa bersama suami atau isteri kita untuk menunjukkan yang kawan kita ni pernah wujud dalam hidup kita..🙂

         

Berbuka Puasa bersama set-set Matrik USM di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara

Berbuka Puasa bersama set-set Matrik USM di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara

 Sepanjang hujung minggu ini saya sibuk menghadiri majlis berbuka puasa, satu yang saya organise untuk budak-budak smka tahap dan satu yang saya dapat jemputan secara tiba-tiba dari kawan lama semasa menuntut di Matrik USM dulu. huhu melayang la jugak hampir seratus ringgut untuk kedua-dua majlis tersebut, tapi takpe kawan punya pasal kan. Ada yang bawa bini dengan dua anak, ada yg maintain, ada yg baru couple-couple. Soalan biasa yang mula-mula akan ditanya “Ko keje kat mana sekarang?” “Keje Apa?” dan sebagainya. Dan mungkin dengan soalan tu ada yang tak mau datang sebab dia agak ketinggalan, keje setakat kerani, atau kerja ladang je. Pada saya buat apa nak malu, rezeki masing-masing kalau dalam hal duniawi ni pandanglah orang yang lebih susah dari kita dan pandanglah orang yang lebih baik dari kita bila kita beribadat.. cee wah.. gaya ustaz pulak aku nie hehe.. Sekurang-kurangnya kita ni masih mampu berbuka kat hotel tau…. walaupun nampak macam membazir je.. huhu.. So kepada kawan-kawan lama.. Thanks sebab datang, ada yang sampai 12 tahun tak jumpa. Dan kepada set-set USM aku, thanks sebab jemput walaupun ada beberapa orang aku dah lupa.. tapi korang masih ingat lagi nama glamour aku yek.. hehe..

p/s Semalam aku dapat contact balik member lama yang 11 tahun tak jumpa, member baik masa Matrik, Ingat lagi ko jemput aku kat Gelugor bawak satu helmet je, then aku pakai helmet ko tak pakai redah highway Gelugur.. hehe.. Zuhairy…Zuhairy.. (nama skema)

Nota kaki: Aku upload gambar ni dalam full size, so boleh la korang download

5 Responses to Reunion di Majlis Berbuka Puasa

  1. jon jonson berkata:

    jackie makin tough nmpknya

  2. Fitri berkata:

    Alhamdulillah dapat juga kita berjumpa…Kalau dapat buat reunion camni setahun sekali pun ok dah,maklumlah masing2 sibuk dgn urusan msg2,aku harap dapat join lagi next time,kali ni 3 org anak lak hehe.Ko bila lagi Zairol,x sabor nak makan nasi minyak Sg Kemahal ni

  3. ieza berkata:

    hi zairol, congrats for successfully arrange the event..its not about tak ingat kawan2..korang semua masih dalam ingatan..cuma kadang2 tu masih ada parut2 lama yang masih susah nak hilang..masih terkesan di hati. mungkin ada masanya nanti kite berjumpa yea🙂.insyaAllah..

  4. Badri berkata:

    TAHNIAH ….

  5. zairol79 berkata:

    Sama-sama juga… terima kasih juga kerana datang… nanti tahun depan kita buat lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: