Gaji RM1300? Cukup ke?

Money doesn't grow on trees

Money doesn't grow on trees

Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Mungkin betul bak kata orang tua, semakin besar periuk, makin besarla keraknya. Kali ni saya¬†tulis sesuatu yang mungkin nampak macam saya ni best pulak, tapi sebenarnya bukan niat kat hati nak membangga diri tapi sekadar nak berkongsi pengalaman sebab banyak orang yang bertanya pendapat saya mengenai financial management ni dari kawan yang gaji seciput je sampai la yang gaji RM15 000 sebulan ( ala dia keje kat Qatar, apa nak heran kan..opps..sapa yang kena? ūüôā¬†¬† )

Sekadar berkongsi pengalaman, saya memulakan kerjaya saya sebagai juruteknik¬† di Bintulu Sarawak dengan gaji basic sebanyak RM764 sahaja dan campur-campur elaun bersih dapatlaa RM1004. Haaa terkejut? Tak perlu cakap company apa tapi yang tau tu senyap yee.. Saya jarang overtime sebab takde overtime pun, Kalau ada pun jarang-jarang je, maksimum pun dapat dalam RM100 – RM150 je sebulan. Tapi sebab periuk saya kecil masa tu saya agak berdisplin dalam menguruskan kewangan, kami orang masak nasi kat rumah dan saya jarang beli benda-benda mahal masa tu. Dari segi pemakanan, kalau siang saya dah makan mahal, so biasanya malam makan maggie je laa… Bukan calang magie laa, ada telur, sayur bla3. ūüôā¬†Separuh tahun saya kerja saya telah buat insuran bersama dengan pelaburan di dalam satu pakej dengan Maybank. Untuk mendisiplinkan diri saya buat potongan gaji RM130.00 sebulan. Cukup ke tak cukup duit, potong tetap potong.. ūüôā¬†Sebab saya fikir kalau nak harap saya simpan dalam ASB atau bank in tiap-tiap bulan..jgn harap laa.. Insuran saya masa tu pun cover sikit je RM10000 kalau tak salah.. tapi mana tau tiba-tiba sakit masuk hospital.. at least dapat jugak duit kan. Sekurangnya dengan duit insuran dan pelaburan tersebut dapat saya keluarkan bila sesak-sesak. Dan pastikan duit simpanan anda susah untuk dikeluarkan berbanding dengan semudah memasukkan kad ke mesin ATM.

Walaupun saya berjauhan di Sarawak masa tu, tapi saya antara orang yg kerap balik kampung sebab biasanya tiket yang saya beli semuanya dari harga promosi Air Asia, RM150 pergi balik dan kadang-kadang kurang daripada tu. Dan ada beberapa kawan saya sebabnya kurang perancangan, maka terpaksa habis beratus-ratus ringgit untuk balik ke kampung. Dan alhamdulillah sempat juga saya membawa ibu bapa saya berjalan-jalan di Sarawak selama dua kali sepanjang di sana.

Selepas 3 tahun dengan gaji RM1300 saya telah membeli kereta, kereta kecik je tapi masa tu dah rasa sesak sikit sebab kena bayar installment kereta dengan duit minyak sama. Pada saya daripada saya tunggu kalau dah ada peluang jangan lepaskan. Sebab peluang saya masa itu ialah dengan menjadi peniaga Ice Blended.¬† Jadi dengan keuntungan Ice Blended tu saya dapat cover sikit-sikit untuk bayar kereta dan sebagainya. Hari minggu saya memang sibuk dengan perniagaan dan kalau takde disiplin semua ni mungkin mustahil, ye la, berpanas, berhujan menjadi saudagar petang. Sampai payung patah kena ribut pun ada… huhu..

Disiplin menjaga kewangan tu penting.. dan satu lagi mungkin attitud kita juga membawa peranan sebab dengan tingkah laku kita juga akan mencorakkan hidup kita nanti. Satu je yang kita perlu pegang, kalau kita tak tolong orang, sedekah kat mana-mana, nak tak nak bahagian duit itu akan kita sedekahkan ke tempat yang tidak sepatutnya, ke Polis, ke tayar pancit atau ke kereta yang tiba-tiba rosak.

Sekian..

p/s Nampaknya kerak aku dah agak besar sekarang.. huhu..

Advertisements

Reunion di Majlis Berbuka Puasa

Berbuka Puasa di Restoran Cerana, Cheras dengan batch 96 SMKA TAHAP

Berbuka Puasa di Restoran Cerana, Cheras dengan batch 96 SMKA TAHAP

Assalamualaikum dan Salam Pembaca.

¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬†¬† Setakat mana anda menghargai rakan lama anda? Setakat anda bujang ke selama-lamanya? Atau hanya bila¬†dia diperlukan sahaja?¬†Kerana dengan rakan-rakanlah hidup kita tak kesunyian, banyak yang akan sudi membantu. Seorang pekerja bank akan membantu rakannya buat loan, seorang Loan Adjuster akan tolong rakannya yang rumah terbakar, seorang kakitangan kerajan akan cuba usha-usha lubang untuk bisnes masuk atau cari kerja. Itulah gunanya kawan. Walau sesibuk mana pun anda, cubalah hargai kawan anda kerana dengan kawan lama anda, kita sama-sama mengharungi susah senang bersama dulu-dulu, kena pau maggie, bagi pinjam duit, tolong buat assigment, tolong urut kat belakang kalau ngantuk dalam kelas dan sebagainya. Bawa bersama suami atau isteri kita untuk menunjukkan yang kawan kita ni pernah wujud dalam hidup kita.. ūüôā

         

Berbuka Puasa bersama set-set Matrik USM di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara

Berbuka Puasa bersama set-set Matrik USM di Tropicana Golf & Country Resort, Damansara

¬†Sepanjang hujung minggu ini saya sibuk menghadiri majlis berbuka puasa, satu yang saya organise untuk budak-budak smka tahap dan satu yang saya dapat jemputan secara tiba-tiba dari kawan lama semasa menuntut di Matrik USM dulu. huhu melayang la jugak hampir seratus ringgut untuk kedua-dua majlis tersebut, tapi takpe kawan punya pasal kan. Ada yang bawa bini dengan dua anak, ada yg maintain, ada yg baru couple-couple. Soalan biasa yang mula-mula akan ditanya¬†“Ko keje kat mana sekarang?” “Keje Apa?” dan sebagainya. Dan mungkin dengan soalan tu ada yang tak mau datang sebab dia agak ketinggalan, keje setakat kerani, atau kerja ladang je. Pada saya buat apa nak malu, rezeki masing-masing kalau dalam hal duniawi ni pandanglah orang yang lebih susah dari kita dan pandanglah orang yang lebih baik dari kita bila kita beribadat.. cee wah.. gaya ustaz pulak aku nie hehe.. Sekurang-kurangnya kita ni masih mampu berbuka kat hotel tau…. walaupun nampak macam membazir je.. huhu.. So kepada kawan-kawan lama.. Thanks sebab datang, ada yang sampai 12 tahun tak jumpa. Dan kepada set-set USM aku, thanks sebab jemput walaupun ada beberapa orang aku dah lupa.. tapi korang masih ingat lagi nama glamour aku yek.. hehe..

p/s Semalam aku dapat contact balik member lama yang 11 tahun tak jumpa, member baik masa Matrik, Ingat lagi ko jemput aku kat Gelugor bawak satu helmet je, then aku pakai helmet ko tak pakai redah highway Gelugur.. hehe.. Zuhairy…Zuhairy.. (nama skema)

Nota kaki: Aku upload gambar ni dalam full size, so boleh la korang download