1st Class Facilities, 3rd Class Mindset

Tahniah or PJ, beratur naik Train

Tahniah or PJ, beratur naik Train

Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Pertama kali saya nak mengucapkan Selamat Berpuasa, rasanya tak ucap lagi, dan alang-alang Selamat Hari Raya lah.. Maaf Zahir Batin. Mmmm semalam saya berkesempatan menemani bos saya meeting kat Renaissance Hotel, KL yang dikendalikan oleh Petronas. Apa laa, buat bulan puasa, dah takleh breakfast dengan lunch best, cut cost sungguh.. huhu.. Untuk mengelakkan jammed kami menggunakan Putra LRT dari Stesen Taman Jaya kat Petaling Jaya ke Stesen Dang Wangi, sesampai di platform, fuh semangat banyaknya orang dan train semuanya penuh, dapat sumbat sorang dua je kat setiap pintu je, tapi apa yang amat memeranjatkan saya kali ini ialah semua orang beratur dalam 2 barisan di setiap pintu, sesuatu yang saya tak pernah tengoh selama ni kat KL, mungkin saya tak pernah naik train waktu peak, tapi itulaa hakikatnya, sampai bos saya pun cakap “unusual” hehe.. So Syabas kepada penduduk Petaling Jaya dan harap ini berkekalan. Selepas menunggu beberapa ketika, dpt juga saya menyumbatkan diri menjadi ikan sardin di dalam train tersebut sampai ke Dang Wangi, bak kata bos saya kalau kat Jepun lagi teruk, siap ada org tolong tolakkan lagi kasi padat, so kat dalam train tu takyah pegang pemegang dah sebab takde clearance, dah stabilūüôā .Sepanjang perjalanan saya ada gak usha-usha kat stesen lain kot-kot ada yang sama, tapi tak berapa ramai sangat dan kat KL sentral diorang buat barricate suruh org. beratur.

Orang beratur panjang nak beli nasi beriani johor kat TTDI kes masuk TV

Orang beratur panjang nak beli nasi beriani johor kat TTDI kes masuk TV

Mungkin kat stesen Taman Jaya tu ada yang berani bersuara suruh beratur, Once dah ada barisan, nak tak nak orang lain kena ikut je laa, itulaa budaya orang KL, sedikit sebanyak bila kita ajar sikit lama-lama berdisiplin la sikit. Sebab tu laa menjadikan KL antara bandar yang paling mesra dengan bunyi horn di jalan-jalannya. Kalau kat Bintulu, silap horn, tak pasal-pasal kena belasah (sorry yek orang Bintulu, aku teringat kes yang jadi sekali tu). Tambah bulan puasa ni, seronok saya tengok orang beratur panjang di bazar ramadhan, sedap punya pasal, semua sanggup tunggu lama, so senang je la nak cari gerai yang sedap-sedap. Ini berbeza di sesetengah bandar dan kawasan pedalaman. Macam kat kampung saya, ada mamat jual ayam percik dengan satay best, semua orang berkerumun kat gerai dia. Ntah yang mana satu dulu atau last tak tau. Tak tau la kalau-kalau tokey gerai tu dapat tau sapa yang datang lambat sapa yang datang lewat..

        

Beratur nak beli Popia Basah Penang kat Bazar Ramadhan Sek 14, PJ

Beratur nak beli Popia Basah Penang kat Bazar Ramadhan Sek 14, PJ

Memang realitiya sukar untuk ubah orang supaya lebih beretika dalam segala aspek, di jalan, dalam train, penjagaan kebersihan dan sebagainya. Pada saya semua datang dari sikap masing-masing, cuma kita nak tak nak je ikut syor yang ada. Sebab tu laa kekadang macam tengok orang Malaysia ni macam tak reti bahasa pulak. Suruh off handphone dalam kapal terbang, dia on jugak, pastu kapal terbang baru je cecah bumi, masing-masing dah sibuk bangun ambik beg masing-masing. Macam la dapat keluar terus.. mmm.. Lu Pikir La Sendiri.. huhu ( pinjam kata Nabil )

One Response to 1st Class Facilities, 3rd Class Mindset

  1. jon jonson berkata:

    looking at long q’s at the PaRam make me realize that anything happen to our economy we must eat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: