Bangkok “Economy” business Trip

Suvarnabhumi International Airport

Suvarnabhumi International Airport

Salam Pembaca…

Siapa kata Bangkok bandar yang jammed teruk, mundur, dah tak sistematik?.. Saya pun berperasaan begitu dulu. Dan satu lagi orang-orang kata semua (abang aku rasanya hehe🙂 highway kat Bangkok takde tol. Maaf, saya kena laa betulkan dulu fakta tu. Mana ada highway panjang-panjang kat dunia ni takde tol, mesti ada.. cuma amat murah. Contohnya macam saya dari Bangkok ke

Highway 4 lanes dari Bangkok ke Pataya

Pataya sejauh 120km hanya perlu bayar tol 60 Bath bersamaan RM6 sahaja. Dah ada pula highway bertingkat dari bangkok 3 lanes yang baru 60km siap, kami hanya perlu bayar RM5 sahaja. Semua highway di bangkok dibuat 4 lanes kecuali highway bertingkat iaitu 3 lanes. Dan saya amat kagum dgn highway bertingkat dia. lurus je.. dan kalau berani boleh speed sampai 160km/j seperti yang dilakukan oleh ejen company saya di Thailand.. hampeh betul.. kecut perut aku.

Pintu masuk ke Airport dari Jalan

Pintu masuk ke Airport dari Jalan

Airport kat Bangkok pula dikatakan sebagai terbesar di Asia Pacific dan baru je dibuka tahun lepas.

Balai Pelepasan Antarabangsa

Balai Pelepasan Antarabangsa

Design yang simple, tiada kemasan, namun itulaa yang membesarkan airport tersebut. Semua terdiri bari simen dan besi sahaja. Namun dia punya balai berlepas antarabangsa amatla besar dari hujung ke hujung ada la 1km dan penuh dengan kedai-kedai. Nampak dari luar macam kecik je. Satu yang perlu ditiru oleh Malaysia ialah mengenai pemeriksaan keselamatan dimana pemeriksaan keselamatan dibuat di pintu pelepasan masing-masing dan bukan dibuat banyak-banyak seperti di KLIA.

Jalan ke Balai Pelepasan

Jalan ke Balai Pelepasan

Pintu Pelepasan, semua besi dan kaca

Pintu Pelepasan, semua besi dan kaca

Ok cerita pasal harga barang pulak, makanan agak murah dan hampir sama dengan di Malaysia, gula-gula Mentos yang panjang tu boleh dapat dengan harga 10 Bath (RM1). Harga barang dikatakan kekal murah walaupun harga minyak diorang ialah RM3.00 seliter. Dan yang menarik teknologi BioDiesel telah digunakan dalam pengangkutan mereka. Walaupun RM3.70 seliter namun, ia menjimatkan dan boleh mengurangkan percemaran. Nampaknya negara jiran kita yang dulu kita kutuk-kutuk, dikatakan mundur tapi sekarang lebih mengambil berat pasal alam sekitar. Kita di Malaysia ni asyik dok ‘tidur’ je hehe…🙂

Stesen Keretapi di sebuah kampung

Stesen Keretapi di sebuah kampung

Company saya asalnya ditugaskan untuk menolong ejen syarikat kami di Thailand untuk mengupgrade safety system untuk pipeline minyak disana yang sepanjang 300km (campur-campur yang cabang-cabang dia la) Pipe ini menyalurkan minyak ke pusat pengambilan petrol dan juga Jetfuel di Airport baru, Jadi berjalan-jalanlah kami hari itu, ke station-station dia. Sempat jugak saya masuk ke kawasan pedalaman berhampiran jalan keretapi, Sistem pengangkutan keretapi amat efisien. Dengan semua landasan berkembar dari Utara Thailand (Chiangmai) ke Selatan Thailand (Patani) membolehkan keretapi barang ke, orang ke, kontena ke, simen ke dapat lalu hampir setiap 15 minit. Jadi tak payahlaa lori-lori barang menyemakkan sangat highway-highway di Thailand.. mmm Itupun Malaysia tak nak tiru huhu😦

Denngan pekerja Thailand Pipeline ltd. Nasib la dia boleh speaking sikit-sikit

Dengan pekerja Thailand Pipeline ltd. Nasib la dia boleh speaking sikit-sikit

Salah Satu Pekan Kecil dekat Bangkok

Salah Satu Pekan Kecil dekat Bangkok

Suvarnabhumi stands 6th in the 10 Most On-Time airports – ForbesTraveler

May 2nd, 2008
1. Haneda, Tokyo (HND): 90%
2. Narita International, Tokyo (NRT): 84.2%
3. Taiwan Taoyuan International, Taipei (TPE): 80.3%
4. Kingsford Smith International, Sydney (SYD): 80.1%
5. Hong Kong International (HKG): 79.7%
6. Suvarnabhumi International, Bangkok (BKK): 79.3%
6. Soekarno-Hatta International, Jakarta (CGK): 79.3%
8. Orlando International (MCO): 78.8%
9. Franz Josef Strauss Airport, Munich (MUC): 77.8%
10. George Bush Intercontinental, Houston (IAH): 77%

One Response to Bangkok “Economy” business Trip

  1. Sham Doha berkata:

    Wah Roy dah ke Bangkok (BKK).
    Aku pegi masa tahun 2004, tapi masa tu pakai Don Muang Airport lagi. Bila plak nak merasa Suvarnabhumi ni…. hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: