Mengingati Kisah Lama – Video Slideshow

Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Seperti yang saya tulis dalam ruangan penulis, cita-cita saya untuk menjadi seorang businessman yang berjaya satu masa nanti, dan menjadikan internet sebagai salah satu medium untuk pemasaran. Maka terfikir jugak saya untuk membuat sedikit promosi di laman blog saya ini. Dengan pelawat purata 10 orang sehari (walaupun rasanya ada yang tersesat je masuk), kalau dari 10 tu, jika seorang berminat, boleh lah saya cari duit lebih sikit disituasi ekonomi yang tak tentu hala ini.

Jadi kalau sesiapa yang berminat untuk saya “hidupkan” koleksi-koleksi gambar digital mahupun analog (menggunakan negatif filem) boleh hubungi saya. Dari RM20 anda boleh dapatkan DVD slideshow gambar-gambar anda beserta dengan “transition effect” yang lebih menarik daripada sampel video yang saya tunjukkan dibawah. Mmmm.. mudah saja, anda boleh pos CD koleksi gambar, uploadkan ke email dan kalau besar sangat file zip (jika anda compresskan), anda boleh pakai service dari www.yousendit.com. Bila selesai saya boleh poskan DVD video klip tersebut terhadap anda. Mmmm.. barangkali banyak yang dah tau nak buat slideshow bukan.. tapi takpela, saya tujukan khas untuk sapa-sapa yang tak tau dan malasok🙂

Sebagai coretan, saya ni adalah seorang yang begitu menghargai kenangan-kenangan lama, seronok kalau bersembang-sembang pasal kisah zaman kecik-kecik dulu, layan gambar mahupun video zaman dulu-dulu.. kadang-kadang sedih pun ada, seronok pun ada. Ada juga beberapa kawan-kawan saya yang boleh dikatakan mempunyai photographic memory.. Memang respect habis kalau dia bercerita zaman sekolah rendah dulu-dulu secara detail, peristiwa main bola, siapa yang jatuh, siapa yang mengamuk kat sekolah.. dan apa yang cikgu sekolah rendah cakap bila dia nak rotan kami orang. Sebab tula kalau boleh saya nak jumpa balik kawan-kawan lama dulu. Itupun kalau diorang menghargai kenangan-kenangan lama dulu kala. Sebab ada sesetengah orang tu tak kisah langsung pasal kawan-kawan lama, kenangan susah senang bersama dulu-dulu, seolah-olah dia tak menghargai langsung orang-orang disekelilingnya dahulu.

Video dibawah ni adalah hasil dari koleksi gambar-gambar lama saya yang telah didigitalkan dari negatif filem yang saya tangkap zaman sekolah-sekolah dulu, hantar je ke kedai gambar, diorang boleh buat. Sebab dah lebih dari sepuluh tahun, kebanyakannya sukar dikenali sekarang kerana masing-masing telah bermutasi merubah rupa bentuk masing-masing terutamanya dibahagian perut..🙂 dan juga dibahagian muka. So kepada budak-budak SMKA TAHAP.. Enjoy the video ok.. kalau nak yang DVD Quality, boleh contact aku.. ADIOSS

5 Responses to Mengingati Kisah Lama – Video Slideshow

  1. fitri berkata:

    Salam… best tgk zairol,teringat semula kenangan2 kat tahap… macam2 ada… kena pula dgn muziknya,mmg syahdu.Semua kenangan & pengalaman masa lalu akan tetap tersimpan dalam dlm memoriku…

  2. u.s.o.p berkata:

    assalamualaikum wbt tuan
    sehingga kini 16 Jun 2008 (jam 9.15 pagi) rakaman video ini masih belum dapat ditontoni kerana ……. wallahu’alam. amat teruja untuk melihat hasil kerja x-engineer petronas dalam bidang seni rakaman. terima kasih.

  3. zairol79 berkata:

    apahal ko usop? kesian… suruh laa bos ko masuk broadband 4Mb/s hehe.. btw kalau ko pakai Mozilla ko boleh download video tu dgn install add on Download Helper

  4. jon jonson berkata:

    good blog zairol!…harap semua sahabat2 Tahap class of ’96 dilindungi rahmatNya

  5. Sham berkata:

    Dah sampai masa hang kahwin Un, solo lama sangat. Ada beberapa perkara yang aku sentiasa tengok kat hang, yang tak dapat aku ikut, tapi selalu teringin nak ikut. Hang 20 kali lebih sabar dari aku. Hehehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: