Dakwah Cara Baru

Assalamualaikum dan Salam Pembaca

Topik yang paling hangat untuk dibincangkan tentulah pasal minyak ye tak? Tapi untuk kita diskusi dan ikutinya secara ilmiah bagus saya bagi orang yang arif dalam hal tersebut, mmm mungkin blog Tun Dr. Mahathir boleh dijadikan rujukan.. http://www.chedet.com. Rasa-rasanya blog beliau boleh jadi blog yang paling hits di dunia..sejuta pelawat hanya dalam masa tak sampai sebulan. Dalam setiap detik ada saja komen yang masuk.. Dan kat sini saya nak kongsi satu data yang saya dapat dalam email tadi.. hanya sebagai rujukan..

Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 18 tahun – sejak 1990)

zaman Mahathir
sebelum 90 – RM 0.89
tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 ( kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 ( kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 ( kenaikan RM 0.02)
zaman Pak Lah
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 ( kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 ( kenaikan RM 0.10)

28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 – RM 2.70 kenaikan RM 0.78

Nota :
(Skrip dulu-dulu)

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI.

(Skrip sekarang dan akan datang)
1. Rakyat mestilah mengamalkan hidup jimat cermat.
2. Kita akan memastikan harga bahan api antara yg terendah dirantau ini berbanding Singapura dan Thailand .
3. Bila kita susah, kenalah sama-sama susah, bila masa senang, ‘kita saling membantu’.
4. Penjimatan subsidi RM13.7 billion ‘dipulangkan balik pada rakyat’.
5. Langkah ini adalah ‘situasi menang-menang’.

OK.. cukup pasal minyak.. saya nak cerita pulak pasal dakwah zaman baru nie.. mmm Sabtu lepas tertengok lagi saya cerekarama pasal hari ibu. “mama.net”. Ntah.. saya ni kalau tengok cerita pasal ibu-ibu ni boleh melekat kat depan tv. Ye laa boleh layan sedih-sedih dan menginsafi diri tau..🙂 So saya boleh terminat pulak dengan soundtrack dia.. tak tau tajuk lagu.. tapi memang lagu dari Indonesia la..lepas tengok cerita tu, di tengah malam-malam yang bising dengan bunti kenderaan di LDP, saya search Peter Pan, Letto, semua tak jumpa.last-last terjumpa la lagu tu dari Ungu-Andai Ku Tahu. Tengok kat Youtube terjumpa laa banyak juga lagu-lagu Ungu ni yang berkisarkan dakwah, siap ada lagu selawat lagi.. life masa konsert dia.. lucu bila ada guitarist dengan subang-subangnya dan penyanyi ajak penonton ikut ramai-ramai.. macam tak kena tapi situasi tu biasa di Indonesia. Sebab tu ada kumpulan nasyid perempuan dengan main gitar eletriknya nanyi lagu nasyid.

Selain Indonesia konsep dakwah sekarang dipermodenkan di negara-negara Barat. Lagu nasyid dinyanyikan dalam bentuk rap. Dari sudut lain ia boleh menarik minat orang muda terutamanya bukan Islam untuk mendalami ajaran Islam. Seperti contoh kumpulan Native Deen di Amerika Syarikat mengeluarkan album rap dakwah dah jga nasyid yang dipermodenkan dengan konsep muzik terkini.. Kekadang sedap jugak layan lagu-lagu macam tu. Pada saya walaupun untuk bukak hati seseorang tu agak sukar hanya dengan mendengar lagu, namun sekurang-kurangnya ada jugalaa kesedaran kalau nak buat jahat ke, maksiat masa konsert ke dan sebagainya. OKlaa Sekian, Layanlaa lagu Youtube kat atas tu, kalau nak download MP3 dia boleh pergi kat jiwang torrent ye..

p/s: Sedap juga baca segala-gala komen pasal minyak kat chedet.com. Tambah baca masa kat office tadi hehe🙂

2 Responses to Dakwah Cara Baru

  1. puteri berkata:

    Encik Zairol,

    Che det memang seorang pemimpin yang genius, dan seorang yang amat patriotik, amat sayang akan bangsa,agama dan negaranya.Hanya orang tongong saja tak kenal siapa che det. Semoga Allah panjangkan umur che det. Kata seorang wali Allah, che det di penghujung hayatnya Insya ALLAH akan menjadi seorang yang soleh termasuk dikalangan orang-orang penting dalam merealisasikan kebangkitan islam akhir zaman yang akan bermula di Timur. Che det adalah orang didoakan oleh wali Allah tersebut. Kalau Che det tahu berita ni tentu beliau amat bersyukur kerana wali-wali Allah, Allah beri kelebihan tertentu kepada mereka kerana mereka melihat dengan cahaya Allah.

  2. expertester berkata:

    Tertekan nya aku dengan harga minyak sekarang nie. Rasa nak tukar keter jer….

    Tak cukup dengan tu, semua barang pun naik. Hatta roti gardenia😀

    Apa nak buat, Malaysia start to drift to become Maladonesia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: