Antara Company Besar dengan Company Kecik

Salam Pembaca… hari ni saya nak merapu sikit… sekali sekala.. mungkin ada yang ingin berkongsi pengalaman boleh jugak… Sebelum saya resign dulu, saya bekerja dengan satu anak syarikat gergasi di Malaysia. MLNG Sdn. Bhd. subsidiari Petronas. mm besar sangat. Loji gas kami (dengan izin:🙂 “was the largest gas processing plant in the world”. Staff seramai 900 orang.. Kontraktor boleh mencecah sehingga 1000 orang pada satu-satu masa terutamanya kalau ada shutdown.. Dan sekarang dah 7 bulan saya kerja dengan company yang hanya ada 10 orang je termasuk GM saya.. jauh beza sebab branch office, Headquarter kat Manheim, German, kat sana ramai laa lebih kurang 300 orang. Secara ringkas perbezaan dia:

Kawan

Compay Besar: Ramai sangat, boleh gosip-gosip, sembang2.. kalau ada yang tak ngam tu, boleh buat bodoh je

Company Kecik: Kawan tak ramai sangat, so kena kawan dengan semua orang walaupun ada yang tak ngam

Gaji

Company Besar: Gaji mengikut grade, kalau nak naik gaji kena buat paperwork, ambik exam, ala macam kakitangan kerajaan tu.. mm periksa PTD? errr

Company Kecik: Gaji terus dari GM, boleh demand-demand berdasarkan pengalaman, kalau tak puas, mintak je naik🙂

Meja dan akses Internet

Company Besar: Mmmm kekadang kena kongsi meja, kongsi PC, tak boleh nak letak gambar awek kat meja.. nak main internet? pergi Library, pas tu byk website kena block

Company Kecik: Ada meja dan cubical sendiri, Internet unlimited, siap boleh download lagi🙂

Office Politic

Company Besar: Fuh.. banyak sangat politik nya, kekadang ada orang tikam dari belakang. Pas tu masing-masing nak jaga periuk nasi masing-masing.. banyak penyapu woo…

Company Kecik: kurang laa sikit… kalau nak kurang lagi cari je company yang ada dua orang, sorang bos, sorang staff🙂

Masa nak mengular

Company Besar: mmmm senang sikit.. pergi jee menyorok kat mana-mana, pergi library ke, department lain ke, dalam setor ke… byk tempat menarik untuk dilawati di company besar-besar ni

Company Kecik: Nama dah company kecik, office mesti la kecik jugak kan.. so kalau nak mengular kena laa berterus terang dengan bos, huhu… tak pun masa dia takde.. merdeka la

Cuti

Company Besar: Nak apply cuti tu macam nak apply kenaikan gaji la, kena isi borang, kena bagi supervisor, pas tu kena tunggu HR approve tu pun kena meeting kot-kot ramai sangat yang cuti sampai tak cukup manpower

Company Kecik: Call secretary office, “Can you tell boss that I’m on leave today, ada keje sikit”. Kalau nak formal sikit, isi borang bila nak cuti esok pastu bagi la kat kerani. Janji kerja siap ye

Apa-apa pun semua ni bergantung juga dengan company tu sendiri.. ada jugak yang company kecik tu banyak masalah dan ada jugak company besar tu seronok, so kalau rasa tak best tu.. pandai-pandai laa cari lubang yek… OK tu je Selamat Bercuti Sekolah

Nota kaki: Bestnya bila drive kete pergi keje waktu-waktu cuti sekolah ni.. rasa aman jalan.. kurang laa sikit jem nya

4 Responses to Antara Company Besar dengan Company Kecik

  1. Lenny berkata:

    payah nau nk komen..
    huhu..
    cuti skolah mmg best nk drive..
    kureng sakit hati..
    so kesimpulannya.. ko bahagia la ni dgn kompeni baru ek..
    tahniah la..😉

  2. mamaizzmi berkata:

    abang mie pun royak cam tue..bahagia musim cuti sekolah drive tak ler jem…bersawang blog baru nak update…

  3. mamaizzmi berkata:

    oiii PTK la bukan PTD….

  4. expertester berkata:

    hehehe, best betul article nie. Nostalgia la pulak rasanya… ingatkan company besar yang dah aku tinggalkan.

    Company kecik..gaji leh demand sikit dan tak banyak karenah. That is why aku sekarang lebih selesa dengan company kecik dari MNC.

    Pangkat pun senang naik sbb bos nampak how we perform (at office or on site job)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: