Earth Day

Earth WallpaperAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Tadi tertengok “ending” Buletin Utama yang mengisahkan sambutan “Earth Day” yang jatuh pada hari ini di seluruh dunia. Dengar cerita ada kempen nak bergelap selama lima minit di seluruh dunia, itu saya tak pasti, rasa macam tak jadi je kat Malaysia ni, yang jadinya hampir seluruh Sabah bergelap bukan 5 minit tapi 5 jam semalam.. hehe.. bukan sebab Earth Day, tapi mentaliti.

     Jadi malam ni saya nak cerita sikit pasal mentaliti orang Malaysia, susah nak diuraikan dan yang pasti amat sukar nak ubah walaupun Malaysia dah boleh dikatakan maju. Kekadang terfikir jugak kenapa tiada langsung terlintas di fikiran kita mengenai penjagaan alam sekitar, buang sampah ditempat yang sepatutnya, kitar semula dan macam-macam lagi. So saya nak tanya pembaca-pembaca, ada tak saudara-saudari pernah tengok orang shopping kat TESCO atau Carefour bawak beg sendiri atau pakai beg plastik pakai semula yang diorang jual RM0.99 tu? Kalau ada saya amat berbesar hati kalau anda dapat tangkap gambar ke, tak pun cerita laa kat sini..🙂 Kalau kat pejabat-pejabat pulak, mentang-mentang kertas free, jadi suka hati je print, kekadang email tak sampai separuh muka surat pun nak print. Bukti katanya..dan satu lagi ayat yang biasa kita dengar “aku ni konvensional sikit, kena ada black and white”.  Itula mentaliti rakyat kita dan nampaknya kerajaan masih belum pun menanamkan semangat cintakan alam, semangat kitar semula pada kanak-kanak sekolah.

       Pada saya, kalau timbul walau sekelumit dalam fikiran mengenai alam sekitar, maka secara perlahan-lahan kita akan dapat biasakan diri dengan kitar semula, kurangkan penggunaan plastik, kertas dan sebagainya. Mungkin bagi yang hati lembut tu boleh jugak jadikan konsep “kesian tukang sapu tu” dengan tidak buang sampah merata-rata. Memanglah kalau setakat nak usung berat-berat surat khabar lama, tin aluminium ke pusat kitaran semata-mata seringgit dua tu tak berbaloi, namun itu sahajalah yang mampu kita lakukan. Akhir kata, ubahlah mentaliti kita, kalau ada member yang sebarang je buang sampah ke, apa ke, ceramah je sikit, sia-sia je belajar tinggi-tinggi hehe🙂 Sekian Wassalam.

“Safe the tree, think before you print”.

p/s Enjoy lagu Linkin Park- What I’ve Done kat bawah nie.. Gambar bumi tu pula bolehlaa buat wallpaper ye. Happy Earth Day, 22 April 2008. Mmm.. bos aku kata kat Jerman dok salji lagi, -1 degree celcius. Huhu.. nampaknya dunia dah tenat…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: