Human Body: Keagungan Pencipta

Human BodyAssalamualaikum dan salam pembaca..

Lama tak tulis blog nie. baru lepas exam 1 paper tadi, ada lagi 3 paper yang agak susah akan menyusul minggu depan.. adoi.. apapun asigment dah siap, concentrate study je la. Minggu lepas dengan malam khamis lepas saya ada menonton rancangan baru kat Discovery Channels, Human Body, Pushing the Limit. Sememangnya saya minat menonton sesuatu yang ilmiah dan sebab channel-channel macam tu la saya masuk ASTRO hehe.. Is it i’m too technical person? gitulaa kata sesetengah orang dengan saya.. dan diorang kena laa fahami saya ye tak? Oklaa kepada yang belum menonton rancangan itu, rajin-rajinla menatap rancangan ini. secara tak langsung kita akan menginsafi betapa agungnya ciptaan Allah Ta’ala sampai kebanyakan penjelasan saintifik tidak dapat dihuraikan sepenuhnya, jadi ayat yang biasa kita dengar.. “….remain mystery”. Saya masih ingat dalam rancangan minggu lepas, mengenai mata. Mata kita diibaratkan “biological alarm clock” di mana dia akan mengawal tahap hormon badan kita supaya kita mengantuk dan hilang mengantuk apabila tenaga dalam badan kita pulih seperti sediakala. So layanlaa mata anda dengan sebaiknya, tapi kalau yang melampau tidur tu rasanya ada sesuatu yang tak kena kot dengan jam dia, kena tuning balik alarm clock tu. So jangan lupa menonton rancangan tu ye.. mm bagi sesiapa yang terlepas tu boleh beli DVD kat http://www.discovery.com ataupun menonton secara percuma kat website dia.. Tapi takdelaa subtitles, orang macam saya ni kena kembangkan telinga betul-betul baru faham..🙂

Oklaa saya nak jalankan survey sikit.. Apa yang anda akan lakukan kalau kereta anda dilanggar dari belakang. tak laa teruk, kalau pakai bumper plastik, dia calar la sikit.. mm kalau besi tu mungkin kepek sikit. So adakah anda akan minta duit ganti atau maafkan kesalahan diorang tanpa minta apa-apa? Mmm..

Nota kaki, sebenarnya kereta saya kena langgar di jalan Triang Temerloh masa balik mengundi dulu.. huhu.. yang peliknya saya menjadi orang yang paling pemaaf hari tu, tak tau kenapa.. Adakah dia datang dari hati, nafsu, akal atau respon spontan (kes mamat tu ada ayat pengasih🙂 )?.. ish kena suruh Discovery Channel kaji ni hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: