“Blast From the Past” vs Katak Bawah Tempurung

Blast from Past

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selepas rehat-rehat sambil makan burger Macdonal semalam, maka tertengoklah saya satu cerita filem kat RTM 2, tajuknya “Blast from the Past” yang mengisahkan satu mamat lakonan Brendan Frasier nie yang baru jumpa “dunia” selepas 35 tahun terkurung di dalam bom shelter atau kubu bawah tanah.

Cuba bayangkan yek.. anda terkurung sedemikian? memang laa cite komedi romantik tu tak logik, tahan ke semua perkakas dapur dia, sardin, minyak masak dia lama-lama tapi moral of the stories cerita tu amat banyak. Kalau tak salah itu kali kedua saya tengok cerita tu, mungkin 4 – 5 tahun lepas dah tengok sekali, tapi kali ni saya tengok sambil terfikir sesuatu yang boleh kita kongsi bersama. Cuba korang bayangkan kalau kita jadi katak duduk bawah tempurung ke, bawah tupperware kat bilik air rumah lama-lama? Lepas tu ntah macam mana tak boleh keluar pulak kes kena hempap dengan mende lain.. Ini berlaku kat rumah saya baru-baru nie, sambil-sambil kemas bilik air rumah saya yang sememangnya besar tu, maka terjumpalaa katak puru kat bawah tupperware, kesian dia, ntah berapa lama dah duduk kat situ sampai kembong-kembong badan dia, tak nampak menggerutu dah badan dia, so saya pun halau laa dia suruh keluar rumah, rasa saya dgn agak terhormat, takde laa pukul2 dia,🙂 hehe. tapi keesokan harinya saya tengok katak tu mati.. mungkin terkezut beruk kot kena cahaya matahari..hehe.. dan semalam tertengok pulak cerita “Blast from the past” lepas tu teefikir pulak apa yang berlaku ke atas perjalanan hidup saya dan beberapa rakan saya yang lain, so dapat saya timbulkan satu persoalan di sini:-

(i) Adakah anda berani untuk keluar dari “confort zone” anda sekarang? Mmmm mungkin resign.. cari kerja yang lebih mencabar….. ataupun manaik taraf perniagaan anda..?

(ii) Kalau anda keluar dari confort zone anda, boleh ke anda menghadapi semua dugaan yang akan datang dengan penuh skill dan releks je..

So teringat la satu penjual burger kat kampung saya, dia jual kat pekan-pekan sehari dekat situ.. yang saya respeks dia jual burger tu dari saya darjah 3 atau 4 sampai sekarang… so dalam 2o tahun dah dia jual burger, sama jee. hehe. mungkin dia dah selesa kot duduk bawah “tempurung” dia.. cukup makan, apa nak susah-susah ye tak?

Jadi satu yang saya dapat kategorikan di sini, kita boleh keluar dari confort zone kita kalau kita betul-betul bersedia, bersedia dgn ilmu dan “communication skill” kita. Kalau kita bekerja makan gaji, korek pengalaman sebanyak mungkin dgn personaliti yang baik. Tapi kalau kita tak bersedia.. memang kita cari nahas.. hehe.. Sekian ..

Enjoy the trailer…. pas tu boleh ‘tut’ dari internet.. hehe

p/s.. Teringat saya satu entry yang saya ada cerita pasal kawan saya tu🙂

2 Responses to “Blast From the Past” vs Katak Bawah Tempurung

  1. syia berkata:

    takut sebenarnye kalau nak keluar dr comfort zone.. dulukan mase nak masuk MMU.. syia takut sangat sebab dah la tak kenal sesape. yang sesame dari sek yang masuk MMU ambik major lain.. memang takut sangat nak bergaul dengan orang especially dak2 KL..

    ni nak grad tak lama lagi pun riso jugak.. dengan dunia keje

  2. Sham Doha berkata:

    Roy,

    Sebenarnya nak keluar dari tempurung yg pertama tu jer yg susah, pastu…. sekali dah keluar, senang plak melompat2 ke kerja lain. Jadi kanggaru la plak…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: