Menjejaki Jutawan Senyap

Jutawan SenyapAssalamualaikum..

Lama tak tulis dalam blog nie, pertama takde masa, kedua takde idea pas tu ketiga malas he he.🙂 Mmmm.. mungkin orang yang betul-betul bisnes minded je sesuai baca entry untuk kali ni. Dulu saya ada beli buku dari Dr. Rusly a.k.a Chef Li, murah RM19.90 je, sesuai untuk orang susah dan tak mampu beli buku. Ramai yang tahu dari tajuk buku nie tentu berkisarkan pasal jutawan senyap, tokey pasar malam, tokey mee dan bla bla… ala kalau kita tengok mostly orang-orang pasar malam nie mesti ada kereta besar, releks dan senyum je.. itulaa realiti, biar dipandang sebagai bisnes kelas bawahan tapi yang penting hati senang, takde hutang bank sebab semuanya bermula dari bawah. Bercakap tentang pasal bisnes kelas pertengahan, tergerak jugak hati saya untuk menyewa satu ruang atau kiosk kat Park City Mall, Bintulu, tup-tup sewanya sampai RM2000 sebulan, terus terkubur hasrat nak naik pangkat jadi businessman kelas pertengahan.

Rasanya tak perlu saya rumus mengenai buku nie, kepada sesiapa yang business minded saja yg boleh baca buku nie, cuma satu je yang saya nak rumuskan, kalau anda nak jadi businessman, maka berkawanlah dengan orang-orang businessman, kalau anda jenis makan gaji, maka berkawanlah dengan orang yg makan gaji, boleh kutuk-kutuk bos, bercerita pasal politik office.. ye tak?🙂 Sebab ada kawan saya yang begitu tak setuju bila saya cakap saya mahu resign jadi businessman atau cari kerja yang lebih baik lagi, dia kata mana ada office yang bayar gaji kat kita RM1000 sebulan then kita boleh lepak-lepak, mengular-mengular then balik pukul 4:30.  Hati saya berkata “mmmm.. adakah dgn RM1000 tu hanya akan dibelanjakan aku hanya untuk bulan itu sahaja?….tanpa simpanan dan perancangan masa depan? Tak perlukah aku mencari sesuatu yang lebih baik dan lebih terjamin?” he he kekadang terfikir ada juga umat yang masih seperti berada di dalam tempurung emasnya dan tidak memikirkan apa yang berada di luar tempurungnya. Selesa mengharungi hari-harinya berlalu. Wallahualam. Sekian, Wassalam

7 Responses to Menjejaki Jutawan Senyap

  1. Maizul berkata:

    Bagus buku ni. Mahal jugak sewa dia ye sampai 2k
    Rasanya semua buku Chef Li saya dah ada.

  2. mohdabdhalim berkata:

    2k nak sewa kat sia! Perghh.. Mahal nar! Cam rah city point juak! Anyway salam perkenalan. Aku dr Btu juak!

  3. adeng-ali berkata:

    leh tahan ktk tok bos..caiyok2 ktk ngan biz ktk..
    mun pg b2lu tok maok sggah stall bos eh..
    gudluck.. =)

  4. Fuad berkata:

    Woi2..Updet2.. Slamat Raya Roy.. Ko dok Shah Alam ni kene teruskan la bisniz ko..jgn jadik cam aku.. ;-P

  5. Syah berkata:

    Tak apa, kalau sewa 2k tapi untung 6k. Tapi untuk permulaan,I suggest u jual pisang goreng kat tempat free, contohnya depan rumah or tempat-tempat yang sesuai dan strategik. Saya sendiri keja company sebagai seorang jurutera, gaji saya 7k sebulan tapi tak pernah dapat nak saving sebab nak bayar 3 bijik keta, satu aparment, kad kredit, astro and macam-macam bil lagi. Tiap-tiap hujung bulan duit tinggal cukup-cukup makan jer. Tapi,semua nya berubah lepas i baca buku jutawan Senyap chef li ni , I bersemangat nak bukak busniss stall jual goreng pisang, dengan modal sekitar Rm500 i pacak satu stall tak jauh dari rumah my parent. Pukul 3 petang i dah balik keja..and I start bukak stall. I punya target orang-orang yang balik keja sekitar pukul 5 pm macam tu…la ni kalau setakat untung bersih Rm50 sehari tu memang dah comfirm boleh dapat, kekadang tu Rm130 sehari…sapa nak bagi. Dulu nak saving Rm200 sebulan pun susah, ..la ni tiap-tiap minggu i saving Rm300. Mungkin bagi sesetengah orang income macam tu tak banyak and diaorang pandang rendah orang yang buat business macam ni. Tapi kalau dah orang yang macam saya yang gaji 7k sebulan pun sanggup buat business gorrng pisang part time, orang-orang yang pandang rendah saya buat business macam ni saya tak pernah peduli. Pesan saya, mulakan business walau pun setakat jual cekoi, krepok lekor or pisang goreng.Kalau anda dah ada keja tetap, mulakan secara part time. Insallah ia mampu mengubah kewangan anda kepada satu tahap yang lebih baik. Syarat nya mudah, usaha ,jangan malu and perancagan mesti betul.

  6. fazsly berkata:

    sy pun baru bc buku jutawan senyap ni..memg bnyk manfaat yg sy dpt..skrg ni tgh mncari peluang nk buke bisnes part time..gj xpenahnyer ckup..savg pun naik turun ajer..kpd semua..sy perlukan sokgn dan semagt dari you all..
    kepada Syah..Good luck dgn bisnes you skrg..

  7. hasina berkata:

    saya salah sorang dh abih baca n beli smua buku chef li..mmg menarik..marilah kita ramai2 wat bisnes w/pun kecik camner pun..saya pun sbnrnyer dh mula wat bisnes masa keje kt selangor.jual pasu sayong..mmg okkk..cuma bila dh pindah jb saya benti n teruskan bisnes ni tapi slow skiiit sbb x ramai yg kenal kt cni….tp x mematahkan semangat saya..
    saya dah pg kursus chefli….dlm 2minggu lagi saya nak jual air n roti bakar kt dpn umah sbb budak sekolah ramai kt cni…n boleh ltk semua pasu2 kt dpn umah..
    apalagii…jgn tunggu lama2 nak niaga..jln terusss..yg penting planning betul2,usaha dan sabar….Insyaallah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: