Cinta Tounch’n Go

touch n goAssalamualaikum & Salam Sejahtera

Semalam masa breakfast kat rumah selepas kepenatan bangun dari tidur sebab kena call out ke office di tengah-tengah malam buta, maka tertengoklaa rancangan Apa-Apa Aja kat TV3, pasal cinta touch’n go ni, berkenaan dengan laki dumb perempuan dan sebaliknya. Ada laa sorang minah ni call, dia adalah bekas peserta PLKN first batch, sembang punya sembang terkeluar cerita pasal cinta touch’n go kat kem PLKN, katanya banyak sangat sampai ter… ter…mengandung pun ada.. disebabkan live terkempih-kempih la hidung shamsul ngau-ngau nak kendalikan panggilan itu he he🙂. Tapi itulaa dunia akhir zaman.. bukan setakat laki je, perempuan semua memainkan peranan. So sebab ada pengarah besar, setan.. maka macam-macam la yang terjadi, sampai bila ada doktor kat HUKM keluarkan research yang majoriti bebudak sekolah menengah ( tak salah 40% ke 50% kot) dah hilang dara… banyak yang tak caya.. rubbish laa dan macam-macam lagi..

Tambahan sejak saya berniaga sekarang nie, macam-macam ragam anak muda boleh saya tengok, sekolah rendah pun dah pandai, nak beli kuih kat tepi pantai pun dressing macam nak masuk Zoux je.. banyak pengalaman bila dah keluar sikit dari dunia tempat kerja kita hari-hari, senang je, kakak sebelah, orang lama kat tempat saya berjual tu, “ha.. tu baru darjah 6, tu baru darjah 5, tingkatan 1” bla.. bla..  sampaikan saya dengan partner saya pun kena tackle.. tak layan pun dia berusaha sedaya upaya, mesej la, call la, bagi kuih la, he he.. “mentang-mentanglaa aku dah ada kete, dulu 3 tahun lebih pakai motor, pandang pun tidak”.🙂

Itulaa, cabaran besar untuk jaga anak-anak zaman milenium sekarang dan cabaran besar untuk mencari bakal suami atau isteri yang betul-betul bertakwa.. Sekian, Wassalam

3 Responses to Cinta Tounch’n Go

  1. Fuad berkata:

    Aku macam pernah dengar touch n go tuh..

  2. pja berkata:

    memang dah akhir zaman. kita semua termasuk hak emnulis pun sedar.. tapi ngapa kita sokmo alpa… maleh ngat nak menyediakan bekalan.. bukan conpe masuk syurga pun… betul tak? ande sesapa hak yakin dapat masuk syurga?
    koi dah jadi cikgu tahun ni masuk 6 tahun. lagi dekat ngan perangai budak akhir zaman ni.. sedih sangat.. “keknyer” x banyak perubahan yang boleh dibuat. sebab apa?
    bukan senang nak menjadikan “orang” orang.. kalau asasnya x betul.. mana asal makan minumnya, mana cara didikan orang tuanya, mana makanan rohaninya… semua tu bukan boleh diubah sekelip mata… kadang2 orang yang rapat nagn kita pun kita x dapat ubah ke arah kebaikan, sebab apa? bukan senang nak jadikan orang, orang!
    oleh itu kengkawan, kalau ada peluang menegur dan memberi pengajaran, segeralah buat.. andai ada orang memberi teguran, nilai dan terimala jika ke arah kebaikan… kerana manusia itu berada dalam kerugian….sekian

  3. Azman berkata:

    setuju……..hehehe.apa yang aku setuju pun ntah laa. Bagi aku pendidikan awal bermula dari rumah, aku dulu-dulu pun takder laa nakal melampau, sosial pun minima. Mungkin aku je kot? Budak-budak zaman sekarang terpengaruh dengan kemajuan, terlalu mengikut budaya barat. Zaman sekarang kalau kena rotan, hukum atau apa-apa yang berkaitan mesti nak repot balik tapi zaman kita plak kalau boleh nak senyap je kalau berlaku perkara seumpama tu. Takut nak bagitau mak bapak.
    kalau kat shopping kompleks plak berlambak budak-budak melepak lebih-lebih lagi musim cuti sekolah.Hmmmmmm……………….macam-macam hal laa sekarang. Harap-harap anak aku akan jadi insan berguna dan dijauhkan perangai yang tak elok. Wallahualam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: