Bila porter jadi First Officer 737

Air AsiaAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Topik kali nie menyentuh sedikit mengenai people management. Cuba bayangkan anda hanyalah seorang tukang angkat beg, tukang sapu ke tetiba entah kenapa anda menjadi seorang pembantu penerbangan dan mungkin dalam 2 atau 3 tahun kemudian anda menjadi Juruterbang. Mesti mak ayah anda pun pengsan bila mendengar berita anaknya yang hanya setakat lepas SPM je, tetiba jadi pilot🙂

Itulah realitinya di Air Asia yang diketahui oleh seorang CEO yang sememangnya berkaliber, seorang bos yang wajar dicontohi oleh ramai bos-bos yang ada sekarang ni. Tonny Fernandes… menjadikan Air Asia sebagai leading of low cost carrier in Asia, sampai MAS pun pening kepala tengok Air Asia, hehe.. dalam 5 tahun dalam sejarah penerbangan tak pernah ada syarikat yang dapat naik secepat ini. Beli 100 kapal terbang Air Bus 320 yang baru.

Cara Tony menguruskan pekerjanya amat jarang sekali dilakukan oleh mana-mana bos di dunia ini, sampai dia mahukan semua pekerja-pekerjanya berani bersuara “You talking rubbish, Tony”. dan bukannya “Yes Sir, Yes Sir” sepanjang masa. 50 peratus masanya digunakan untuk menguruskan pekerja dengan bersama-sama pekerjanya mengangkut beg, menguruskan kaunter “check in” dan sebagainya. Maka dari situla dia dapat melihat semua masalah yang berlaku dalam syarikatnya.

Itula rahsianya, sampai satu ketika bila saya tengok syarat-syarat jawatan kosong di Air Asia sampai ada satu syarat yang menghendaki orang yang nak kerja di Air Asia mestilah seorang yang ceria dan suka senyum..🙂 tanpa memerlukan kelayakan rasmi, cukup tau buat kerja je.. Sekian.

Untuk artikel penuh sila rujuk

www.careerjournal.com/columnists/leadinginasia/20060530-leadership.html

Nota Kaki:

Sedih bila sampai ke kopun makanan di kantin pun bertulis Non-Executive yang berwarna kuning untuk Non Executive dan Executive berwarna biru untuk Executive

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: