Ketam China, Ketam Melayu, Ketam India

KetamAssalamualaikum dan Salam Pembaca…

Rasa selama 3 tahun lebih bekerja di Bintulu ni, hari ni saya dapat tumbang berbangga apabila nama Bintulu disebut-sebut di dalam Buletin Utama hari ni sejak dua tiga hari ni. Rasanya susah untuk TV3 membuat liputan berita di Sarawak terutamanya di bandar Bintulu. Ye la, sedangkan siran TV3 di Bintulu pun tiada, macam mana pulak nak buat liputan. Yang lucunya sampai burung layang-layang nak balik sarang pun menjadi tontotan orang ramai. He he.. no comment :->

Cukup cerita pasal burung, atas permintaan Fuad ( iklan: http://almaribuku.wordpress.com ). Kalau saya tulis atas permintaan ramai, rasanya seorang je yang mintak, so saya ada cerita pasal ketam. Sesuai untuk orang yang terutamanya yang menceburi bisnes nie. Cerita nie saya dapat dari satu ceramah. Lamaaaa dulu..

Kisahnya ada tiga biji balang yang berisi ketam batu. Ketam batu nie spesis yang amat susah nak mati. So biasanya mesti diorang nie bergerak aktif. Semua ketam di dalam ketiga-tiga balang tu berusaha nak keluar dari mulut balang tu, macam-macam stail ada. Jadi balang yang pertama, bila diperhatikan seekor ketam dengan penuh skill berjaya memanjat hinggala ke mulut balang tu, tetapi ketam-ketam lain pulak sibuk tarik ketam tersebut sehinggalah akhirnya ketam tu jatuh. Begitula seterusnya sehingga tiada ketam lain yang berjaya keluar dari balang tersebut.

Balang yang kedua,masing-masing berusaha untuk keluar dari balang tersebut, tapi belum je sampai ke mulut balang, masing-masing berebut-rebut untuk keluar sehinggalah terjadi pertarungan sepit-menyepit diantara ketam-ketam tersebut. Lama kelamaan akibat terlalu penat bertarung, semua ketam-ketam di dalam balang tersebut pun mati.

Balang yang ketiga agak berlainan. Seekor ketam ni, mungkin saiz dia yang agak besar akhirnya berjaya memanjat ke mulut balang tersebut tetapi dengan usahanya juga, ketam tersebut berjaya menghulurkan sepitnya kepada ketam-ketam lain untuk berpaut bersama-sama sehinggalah semua ketam di dalam balang tersebut berjaya keluar.

Mmm.. sebenarnya cerita tu senonim dengan tingkah laku kita sebenarnya. Bukan untuk memburukkan, dan jauh sekali bukan niat untuk menimbulkan isu perkauman, tetapi itulah realiti yang berlaku. So sapa-sapa nak teka balang yang mana ada ketam Melayu, India atau China.. rasa-rasa mesti semua tahu kan…🙂 Tepuk dada tanya minda. Sekian Terima Kasih.

p/s Sedapnya makan ketam besar kat Semenanjung. Kalau nak cari ketam kat Bintulu ni..mmmm.. makan kulit je laa gamaknya.. Kecik jee

5 Responses to Ketam China, Ketam Melayu, Ketam India

  1. ieza berkata:

    kalo isketambola mcm mana cek abang roy?..kekek

  2. Zairol Hasri berkata:

    isketambolaa takde kaki.. kesian jee.. jarang duduk dalam botol.. dalam plastik jee selalunya

  3. Fuad berkata:

    Aku merindui umai dan ulat mulung. Hahak. Macam makan jek. Roy, apa kate ko eksport ulat mulung ke Malaya. Musti laku..

  4. shamsul berkata:

    Roy,

    Setau aku, BTU last week famous gak kat Utusan Malaysia pasal helikopter bawak Carigali staff tu terhempas kat laut.

    Anyway, gambar ketam kau tu nampak lazatttttttt sekali…..

    Shamsul – Singapura

  5. Zairol Hasri berkata:

    Kesian ko sham, dok jauh kat singapore, bukan sebab tu jee Bintulu famous, budak Sek Teknik mati bergaduh dan sampai burung layang-layang balik sarang kat bintulu pun masuk Buletin Utama tau..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: