Money Management Course

shirt11.jpg Baru-baru nie bila kakitangan-kakitangan di tempat kerja saya meluahkan perasaan di dalam “buletin board” mengenai gaji dan sememangnya entry tu mendapat komen yang amat bagus dari semua staff, maka CEO kami memanggil semua yang mengemukakan isu tersebut di buletin board kami ( bersama penulis isu-isu lain ).. satu yang menarik di sini ialah katanya “amat susah bagi pihak pengurusan untuk menaikkan gaji kami semua, kerana sebagai syarikat yang bernaung dengan kerajaan ( pada saya syarikat yang dipergunakan oleh kerajaan he he ) semua keputusan mestilah mendapat persetujuan kerajaan terlebih dahulu. Jadi timbullah idea pihak pengurusan untuk membuat “money management course” supaya kami lebih bijak menguruskan kewangan. Nampaknya tidak lama lagi semua kakitangan di syarikat saya lebih bermotivasi laa yek.. Apapun kita tinggalkan isu itu. Cuma satu yang terlintas di fikiran saya ialah bagaimana kita dapat menguruskan wang dengan bijak? Mmm susah nak jawab sebab kalau ada 100 orang, maka ada 100 la cara individu tersebut menguruskan wang. Tetapi satu yang saya pegang sampai sekarang ialah, kalau gaji kita cukup-cukup makan je, buat apa kita nak berlagak macam orang yang bergaji beribu-ribu. Perlukah kita beli handphone mahal-mahal, PDA ke semata-mata untuk kepuasan sendiri. Tapi itulaa manusia, susah nak kawal nafsu, kekadang sampai saya pun macam tu jugak.

Bila Bill Gates Tiada…

linux-mandrake.jpgAssalamualaikum & Salam Pembaca,
Mmmm.. rasanya blog saya nie dah lari dari tujuan sebenar.. ye laa, patutnya cerita pasal IT tapi sibuk cite pasal bisnes je.. BTW untuk membuatkan rasa mengantuk kat kepala, baik conteng-conteng sikit kat blog nie,Kat sebelah nie, snapshot dari Linux Mandrake 10 yang saya pakai sekarang, tulis blog pakai nie, chating Yahoo Mesenger pakai nie, sebab? Kalau main internet dial up pakai Windows, ( Sila abaikan “statement” ini kepada sesiapa yang pakai streamyx ) alamat berbulu la menunggu, kena sumpah saja laa Windows XP, rahsianya? Internet Linux terus dari server masuk ke “Web Browser” tanpa melalui perisian antivirus, so secara logikalnya mestila dia laju bukan?

Mengenai keselamatan dari diceroboh, diantara Windows, Apple Mac dan Linux kalau kita update sistem kita (yang original sahaja untuk Apple dan Mac) maka sistem Apple lebih selamat diikuti dengan Linux dan Windows. Tapi itu setelah dilakukan pelbagai ujian dari pelbagai spesis penggodam (rujuk Majalah Chip). Tapi di hati kecil saya siapalah yang nak menggodam komputer buruk kita nie yek, maka dengan itu saya lebih suka pakai Linux untuk main internet, sebab… virus spam bodoh-bodoh, yang budak-budak penggodam buat tu takleh aktif walaupun die masuk ke dalam sistem Linux kita. Dalam erti kata lain fail yang berakhir dengan *.exe tak aktif, so takde la masalah bile surfing keluar pop-up berjuta-juta.. ye tak? 🙂 yang penting sistem online banking kita akan tetap dilindungi bila kata buat online payment, tetapi ingat online banking sebenarnya dilindungi oleh komputer pelayan website dan juga internet browser kita, so pastikan lambang mangga kat bawah kanan tu berkunci ye…

OKlaa, mungkin satu masa nanti, nak tak nak terpaksalah kita menggunakan sistem operasi percuma (iaitu Linux) jika Microsoft dan kerajaan menguatkuasakan hukum hakcipta dan cetak rompak, mana tahu nanti nak cari CD Windows pirate tak jumpa..datang jauh-jauh ke Low Yat, asyik-asyik kedai tutup, takut kena “ambush” he he.. so amacam? anda berani untuk mencuba sesuatu yang lain dari lain?

Sekian, Terima Kasih..

Karnival Keluarga Petronas 2006

Assalamualaikum..ICE Blenz 1

Kalau mengikut kajian saya, saya ni memang otak business, mungkin masa kecik-kecik dulu tengok emak buat kuih letak kat kedai untuk menyara keluarga, setiap hari sebelum pergi sekolah, mesti ada extra dua biji kuih, donat dengan tepung bungkus. Dalam keluarga saya  yang 6 orang tu, mungkin saya seorang je yang ikut mak saya, tapi yang melucukan skop perniagaan saya dah bertukar, dulu-dulu masa study ambik upah repair PC dgn jual PC kecil-kecilan, tapi sekarang jual ice-blended hehe.. takpelaa cuma yang ini nampak lebih sistematik dan moga-moga berkembang maju suatu hari nanti.

Berbalik kepada karnival keluarga Petronas yang lepas, saya membuat keputusan agak lewat untuk berniaga itupun lepas dapat tahu yang member saya dapat sewa tapak, so apa lagi order stok, dan start la bisness, yang menarik dalam tak sampai 2 hari, lebih 700 cawan berjaya dijual sehinggakan hari ahad dah tak boleh jual.. habis semua. Satu kisah di pagi ahad:

Ice Blenz 2Miss X: Adik, kakak nak chocolate 2, cappucino & bla-bla…

Mr. Y: mmmm.. kak, ice blended dah habih laa, hari ni dah tak boleh jual..

Miss X: Loorr.. yeke? macam mana nie, kak siap buat list lagi nie ( sambil dial no. untuk memberitahu kawan-kawannya- ayat ni diubah supaya lebih senang difahami).. Itulaa penangan ice blended semasa karnival tersebut. Mmmm letih tak terkira laa, sepanjang masa berdiri, sakit habis pinggang-pinggang sampaikan Faizal One in Million, Farah Wahida, Adam dok memekak kat pentas pun tak hirau,  tup-tup dah tengah malam, orang dah balik.. Apapun terima kasih buat member-menber yang sudi menolong Amir dan Mike.. Jasamu dikenang. Akhirul kalam, anda semua boleh laa merasa ice-blended saya setiap hujung minggu di Pantai  ABF,  yang ini don’t worry stok gerenti ada punya. Terima Kasih 🙂

Nota kaki: Thanks Bro Ezly, tokay ice-blended. Go to his website at myiceblenz.net