Bila “harimau” mabukkan petrol…

Ice blend di PantaiAssalamualaikum dan Salam Pembaca

Satu pagi semasa ku berjalan-jalan maka ternampak akan aku sebuah Generator yang namanya sungguh mudah untuk diingati.. Harimau. Mmm.. murah fikirku, RM260 sahaja, 650W lagi. Buatan Malaysia lagi, buku manualnya lengkap dengan cara untuk meng “overhaul” kannya sekali yang amat sesuai untuk rakyat Malaysia yang sememangnya kreatif dan inovatif🙂 Tanpa ku berfikir panjang aku membeli harimau itu untuk dibawa pulang ke rumah. Pada malamnya, aku pun mencuba la untuk meng “test run” harimau kesayangan aku itu. Tetapi harimau aku susah betul mahu mengaum. Sesuai dengan semangat melayu yang kreatif dan inovatif, setelah penat menggosok malah mengetuknya, maka mengaum laa harimau aku itu. “Mungkin harimau aku itu mabuk setelah membawanya pulang dari kedai tadi”, fikir ku di dalam hati.

Maka, hari yang di nanti-nanti telah tiba, aku pun membawa harimau ku itu ke tepi pantai supaya ia dapat menolongku menjalankan perniagaanku yang sememangnya amat memerlukan bantuan darinya. Setelah puas digosok-gosok dan ditarik, maka harimau ku itu mulalah bersemangat mengaum. Setelah beberapa ketika, maka datanglah pelanggan ku yang pertama, “Abang, Ice Blended Satu”. Aku dengan berkobar-kobar memulakan kerja aku sambil mendengar harimau ku yang agak kuat mengaum. Tetapi setelah dimasukkan ais dan segala yang patut, tetiba blender ku tidak larat berpusing, terfikir di fikiran ku, adakah blender aku ini takut pada ngauman harimau ku atau harimua aku yang takut sejuk dengan ais ini. Setelah berfikir panjang sambil tersenyum simpul bercampur malu di depan para pelanggan, maka dapat juga aku memujuk harimau ku yang mungkin mabuk terminum minyak petrol yang banyak, dengan memberinya ais sedikit demi sedikit melalui blender ku. Maka setelah semuanya berjalan agak lancar walaupun permulaan yang agak lambat, namun tepat pukul 6:00 petang, tetiba harimau ku berhenti mengaum. Ehh.. harimau aku ni tahu waktu maghrib ke, fikirku di dalam hati walaupun aku masih memerlukannya untuk menolongku untuk menyiapkan 2 ice blended untuk pelanggan ku yang begitu bersemangat membayar wang pendahuluan kepadaku. Setelah puas aku menarik telinganya dan juga menumbuk-numbuknya, tetapi harimau aku tetap diam membisu. Eee.. di dalam hati aku, mau jugak aku mencampak harimau aku ke dalam laut, untuk-untuk boleh jadi ikan, boleh jugak dibuat lauk. Maka pada keesokan hari dengan berat hati terpaksalaa aku membawa harimau ku kembali ke kedainya untuk ditukarkan dengan yang lain dan semestinya bukan harimau yang sama. Maka terpaksala aku menambah RM100 lagi untuk membeli pembantu aku yang semestinya bukan bernama harimau lagi. Maka bermulalaa kerja pembantu yang ku sayangi bernama Motoyama, mungkin singkatan moto yamaha yang aku gunakan sehingga kini.

Moral of Story:

-Jangan beli generator cap “Harimau” untuk blend ais, kalau nak test run kat rumah, masuk ais siap-siap. “Harimau” ni biasa duduk hutan je, mengaum untuk menyalakan lampu kat rumah orang asli atau pendatang haram he he🙂

– Bukan senang nak jadi saudagar senja atau saudagar hujung minggu, banyakkan bersabar..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: