Hukum Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Pembaca..

Jam kat dinding dah menunjukkan 2:10 minit pagi. Hajat asal untuk tidur lebih awal supaya dapat memulakan hari esok lebih awal. Tetapi setelah sejam bergolek-golek diatas katil sampai selimut pun bertukar menjadi bantal golek🙂 , akhirnya reflektif minda terus membawa saya untuk menghidupkan komputer, untung-untung dengan meluahkan sedikit apa yang berlaku hari ini, akan lega sedikit apa yang terbuku di dalam minda. Asalnya nak tulis pengalaman berniaga, tetapi bagus dimulakan dengan “bad news” dulu, mana tahu hukum kehidupan mengatakan setiap yang buruk mesti ada yang baiknya.

Sepanjang balik dari pejabat petang tadi, minda ligat memikirkan apa yang patut saya tulis di dalam buletin board syarikat kami, di mana kami mempunyai satu ruang di panggil Electronic Suggestion People Expression atau ESCAPE. Rasa bersemangat untuk menulis sampai tak boleh tidur🙂. Dipendekkan cerita semasa sesi Face to Face dengan MD CEO tempat saya bekerja, satu pengumuman yang amat mengejutkan telah dibuat di mana semua gaji kakitangan executive dinaikkan 5 – 15%, diberi elaun tambahan RM500 ringgit untuk jawatan teknikal untuk semua grade dan elaun sehingga RM5000 untuk prinsipal engineer. Untuk menyedapkan hati Non Executive, Pihak pengurusan bersetuju untuk memberi elaun sebanyak RM200 dan RM300 kepada “Senior Non Executive” untuk grade 13 dan 14, tetapi langsung tidak ada apa-apa kepada “Junior Non Executive” grade 12, 11 dan 10 seperti saya.

Apa yang ingin saya bawa di sini untuk kita bincang bersama ialah alasan yang diberikan ialah sumbangan yang telah diberikan oleh mereka yang telah lama bekerja. Tetapi tidak terlintas langsung di fikiran mereka apa yang QUEPEC minta pada kerajaan di mana kenaikan gaji amat perlu dimana taraf ekonomi rakyat malaysia telah naik sehingga semua barang keperluan mula naik. Maka sebab itulah kerajaan telah melaraskan pemberian elaun berdasarkan tangga gaji semua kakitangan awam, di mana kakitangan awam bawahan mendapat elaun yang tinggi berbanding dengan kakitangan awam atasan supaya lebih adil. Contohnya untuk kakitangan kerajan yang berpendapatan RM1283 dan RM2584 ialah 17.5% manakala yang berpendapatan RM553 – RM778 ialah 22.5%. Rujuk

http://www.jpa.gov.my/Pekeliling/pp00/bil08/pp08-00lampg.htm

Tidak bagi syarikat kami di mana elaun wilayah yang ditawarkan adalah sama bagi semua tangga gaji iaitu sebanyak 10%. Kalau bercerita mengenai pendapatan junior technician rasa malu untuk saya ceritakan bahawa gaji yang diterima oleh junior technician di syarikat adalah yang terendah dah lebih rendah dari gaji minimum yang ditawarkan oleh 3.5 juta majikan yang berdaftar di dalam Jobstreet.com. Rujuk website dia.    Maka satu kesimpulan yang dapat saya rumuskan di sini, seperti yang selalu diwar-warkan, yang kaya akan jadi lebih kaya, yang miskin akan jadi lebih miskin. Maka itulah yang terjadi di syarikat saya dan itulah sebenarnya hukum kehidupan jika segala apa yang disyorkan dalam agama tidak dipraktikkan dengan sebenar-benarnya.

Sekian..

   
         
         
         
         
           
         

2 Responses to Hukum Kehidupan

  1. shamsul - singapore - berkata:

    when implementing a job, the junior staff will be struggling doing it, while the senior staff says: “this is a good exposure for you”.

    when it comes to rewards….

    the junior left behind…. as it never exist?

  2. Fuad berkata:

    Kene jadik bos nk ubah sume ni..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: