Karnival Keluarga Petronas 2006

Assalamualaikum..ICE Blenz 1

Kalau mengikut kajian saya, saya ni memang otak business, mungkin masa kecik-kecik dulu tengok emak buat kuih letak kat kedai untuk menyara keluarga, setiap hari sebelum pergi sekolah, mesti ada extra dua biji kuih, donat dengan tepung bungkus. Dalam keluarga saya  yang 6 orang tu, mungkin saya seorang je yang ikut mak saya, tapi yang melucukan skop perniagaan saya dah bertukar, dulu-dulu masa study ambik upah repair PC dgn jual PC kecil-kecilan, tapi sekarang jual ice-blended hehe.. takpelaa cuma yang ini nampak lebih sistematik dan moga-moga berkembang maju suatu hari nanti.

Berbalik kepada karnival keluarga Petronas yang lepas, saya membuat keputusan agak lewat untuk berniaga itupun lepas dapat tahu yang member saya dapat sewa tapak, so apa lagi order stok, dan start la bisness, yang menarik dalam tak sampai 2 hari, lebih 700 cawan berjaya dijual sehinggakan hari ahad dah tak boleh jual.. habis semua. Satu kisah di pagi ahad:

Ice Blenz 2Miss X: Adik, kakak nak chocolate 2, cappucino & bla-bla…

Mr. Y: mmmm.. kak, ice blended dah habih laa, hari ni dah tak boleh jual..

Miss X: Loorr.. yeke? macam mana nie, kak siap buat list lagi nie ( sambil dial no. untuk memberitahu kawan-kawannya- ayat ni diubah supaya lebih senang difahami).. Itulaa penangan ice blended semasa karnival tersebut. Mmmm letih tak terkira laa, sepanjang masa berdiri, sakit habis pinggang-pinggang sampaikan Faizal One in Million, Farah Wahida, Adam dok memekak kat pentas pun tak hirau,  tup-tup dah tengah malam, orang dah balik.. Apapun terima kasih buat member-menber yang sudi menolong Amir dan Mike.. Jasamu dikenang. Akhirul kalam, anda semua boleh laa merasa ice-blended saya setiap hujung minggu di Pantai  ABF,  yang ini don’t worry stok gerenti ada punya. Terima Kasih🙂

Nota kaki: Thanks Bro Ezly, tokay ice-blended. Go to his website at myiceblenz.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: