Conflict of Interest?

Conflict of InterestAssalamualaikum dan salam sejahtera…
Kekadang banyak kita dengar komplen dari kawan-kawan kita pasal kerja.. kerja tak best laa, boss tak best laa, banyak kerja laa dan satu lagi yang best nya dalam sepuluh tu mesti ada lima yang cakap aku kalau boleh nak buat bisnes je, senang.. tak yah pergi keje ikut opis hour,Tapi itulaa realiti kehidupan.. semua orang tak puas hati dengan apa yang ada.. dan bila ini berlaku, maka banyak laa kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku di pejabat, kes bodek bos, kes moddy tak tentu pasal, gaduh dengan bos sebab malas kerja… dan macam-macam lagi.. itulaaa yang berlaku bila ada konflik dengan minat seseorang tu.

Tapi bila ini berlaku yang dapat mengawal seseorang itu hanyalah iman dan pembentukan kendiri seseorang itu… kalau dia mempunyai jiwa yang kental, maka semuanya dapat di kawal. Kes yang mudah sama ada dia terus bekerja dan redha dengan apa yang ada ataupun cari jalan penyelesaian.. resign atau sebagainya. Saya teringat masa saya menghadiri satu course “People Turn Around” lebih kepada motivasi course yang dibuat untuk semua staff syarikat kami supaya staff-staffnya lebih setia kepada majikannya. Tetapi pendekatan yang dibawa oleh penceramah kami amat mudah sekali kerana ” jika anda tak puas hati dengan syarikat anda, just resign… ” Itula yang berlaku kepada penceramah tersebut, setelah memegang jawatan besar dalam syarikat, menjadi CEO Hotel Holiday Inn, member dalam Board of Director Sunway College, akhirnya dia resign jual nasi lemak kat Plaza Alam Sentral dan sekarang menubuhkan consultant untuk kursus- kursus motivasi ini.

COI 2Tapi majoriti dari kita, hanya cakap banyak… dan lebih bahaya lagi ialah interest yang berubah-ubah… sekejap nak jadi nie, sekejap nak jadi tu.. contoh terdekat kawan sepejabat saya, mula-mula punyalaa semangat nak buat diploma dalam chemical engineering dari SPACE UTM, tapi tup-tup dah final exam, ” Eh.. Zairol.. aku malas laa belajar engineering, aku nak tukar profession untuk jadi kerani pulak”. Jadi final exam ditinggalkannya begitu sahaja. Dalam hati saya.. memang betul la die nie masih kebudak-budakkan.. Ini kerana dia dah bosan kerja di syarikat kami bekerja yang juga menjadi tempat dia menghadiri kelasnya dan jadual masa dia yang amat ketat untuk ke kelas.

Akhirul kalam, buat pertama kali dalam hidup saya akan memulakan bisnes saya sebagai penjual ice-blended yang mungkin akan menjadi pendapatan saingan kepada bisnes membaiki komputer walaupun bisnes komputer tersebut hanyalah di kalangan rakan-rakan sahaja. Tapi itulah… kita kena berani mencuba.. mana tau rezeki kita ada kat situ.. So doakan saya berjaya. Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: