Saya cuba google mengenai pengalaman couchsurfing ni tapi tak banyak yang keluar, terutamanya dari Malaysia, banyak dari Indonesia je… Anyway saya dah jadi member komuniti www.couchsurfing.org ni sejak tahun 2010 lagi, tapi hanya start aktif tahun ni je.. Dulu, ingat dia hanya sekadar laman sosial macam facebook dan lain-lain, tapi rupanya salah. Komuniti ini diwujudkan sebagai satu tempat untuk jumpa ahli-ahli lain dari seluruh dunia untuk pertukaran budaya dan merasai pengalaman bersama-sama dengan orang tempatan apabila kita melancong di sesuatu tempat. Syarat dia mudah, kita host orang iaitu bagi orang menumpang tidur kat rumah kita tanpa apa-apa bayaran, dan surfer kita boleh membalasnya berupa cenderahati dari negaranya ataupun menolong kita dalam kerja rumah seperti memasak dan sebagainya.. “cool” kan?
Tapi banyak yang perlu diteliti terutamanya mengenai keselamatan anda apabila anda hosting ataupun surfing di rumah orang lain. Maka kita perlu membaca rujukan (reference) mengenai ahli tersebut terlebih dahulu.. tengok apa komen orang terhadap dia dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut boleh tengok kat website dia. Pengalaman pertama saya ialah apabila saya hosting pasangan adik beradik dari Turki, seorang psychologist berpangkat doktor dan adik perempuan dia. Dia hantar mesej untuk menetap dirumah saya dan akhirnya menetap di rumah saya selama 3 malam. Satu pengalaman yang setakat ini amat menarik dan sekurangnya lain dari rutin harian kami sekeluarga.
Salah satu sebab lain ialah kos, sekurangnya kami dapat berjimat sedikit bila hendak melancong keluar negara nanti. Pastinya kami akan mencari mana-mana host yang “family friendly” Boleh la Zamir Afiq bergaul dengan kawan seusia dengan dia nanti.
OKlaa, boring menghabiskan masa hujung minggu di Bintulu ni, rasa masa terlama lama berlalu..
The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.
Here’s an excerpt:
The concert hall at the Syndey Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 10,000 times in 2011. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 4 sold-out performances for that many people to see it.
Kebetulan idea bercurah di kepala dan video Seoul trip telah saya uploadkan di youtube malam tadi, jadi boleh laa saya sambung sedikit coretan mengenai lawatan ringkas kami ke Seoul. Selepas penat bergambar sakan bersama baby dan mak pak baby, kami berjalan balik ke Apartment kami setelah lepak-lepak kat Hangang Park, kononnya nak tgk Rainbow Fountain iaitu air pancut dari jambatan Banpodaegyo tapi tak sempat pulak naik ferri 7:30, ada yang 8:30 tapi air pancut tu last show dia pukul 8 je.. jadi takpela, lepak-lepak kat taman tu selepas kenyang makan nasi goreng udang yg harganya 14000 won kat Itaewon. RM40 tu. Kalau nak murah cari kebab takpun kena makan kimbap la. 2000 won pun dapat.
Esoknya kononnya nak bergerak awal, tapi biasa la ada anak kecik kan, lewat jugak. Hari ni kira trip dgn tour bus la, tour bus ni berkonsepkan hop on hop off bus, kekerapan dia setiap setengah jam. So senang, boleh turun, cepat-cepat bergambar sakan pastu naik bas yang berikutnya. Kami pergi 4 tempat je, iaitu Namsangol Traditional ( Hanok ) Village, Seoul Tower, Dongdaemun dan Insadong. Kesian baby Zamir, sebab dok kejar masa punya pasal sampai diaper dia tak tukar-tukar sampai malam.. habih bocor.. huhu. Untuk kaki shopping Dongdaemun adalah tempat yang sesuai untuk kelas pertengahan seperti kami, anda boleh beli jaket sejuk dari harga 10000 won sahaja, iaitu dalam RM28. Kalau untuk kelas atasan pergi ke Myeongdong, banyak butik-butik mewah kat situ. Lagi satu semua ‘shopping district’ kat Seoul ni memang super duper besarnya.. senang cakap ‘world largest’ la.. dan tempat dia ada kategori sendiri, nak cari baju pergi ke Dongdaemun, nak cari Ginseng dan aksesori kena pergi Namdaemun, barang electronik kena pergi Yongsan. Jadi banyak la tempat nak pergi kalau nak beli pelbagai barang. Satu ‘shopping district’ tu je dah berpuluh ekar luasnya, macam-macam komplek ada dan semuanya jual benda yang sama macam kami di Dongdaemun tu, jangan harap dapat cari cenderahati kat situ. Jadi dengan bantuan pakcik google, kami pergi ke Insadong untuk beli barangan kraftangan untuk dibawa pulang.
Nasib kami baik kerana dapat tinggal segala beg kami di apartment tempat kami menginap, kebetulan takde orang menyewa, jadi kami boleh balik bila-bila masa untuk ambik beg dan bergerak ke Incheon untuk pulang ke Malaysia pada awal pagi esoknya. Sebab kunci apartment pun pakai no pin, jadi takdela susah kami nak contact tuan rumah untuk pulangkan kunci. Selepas penat dan kelaparan sebab seharian makan roti je. kami bergerak ke Incheon dengan menaiki keretapi express AREX terus ke Incheon airport nak naik semula keretapi komuter ke Stesen Unseo yang jauhnya 10 minit. Boleh naik komuter dari Seoul ke Stesen Unseo tapi kena transit 3-4 kali la, tiket murah tapi memang penat la dengan beg segala bagai. Kami menginap di Hotel SKY di Incheon, yang bestnya, van shuttle disediakan 24 jam ke airport ataupun dari stesen Unseo. Alang-alang ada perkhidmatan ni, kami telefon jugak untuk jemput kami di stesen walaupun kalau ikutkan jalan kaki pun sampai. Dengan menginap di sini sekurangnya risiko untuk tertinggal flight kurang sedikit seperti yang berlaku pada saya di Paris tahun lepas. Jadi esoknya pukul 6:00 kami dah bergerak ke Incheon airport untuk flight 8:45 pagi.
The making of Kimbap. Kredit utk En. Fitri
Peta yang ditempek di lobi Hotel SKY, senang nak cari makan.
Bercakap mengenai telefon ni, anda perlu merujuk di internet dahulu cara-cara membuat panggilan di Korea, iaitu dari roaming telefon bimbit ke nombor talian tetap, sebab saya gagal menghubungi hotel dengan panggilan terus talian handphone ke hotel, tapi kalau saya telefon handphone tuan apartment tu boleh pulak. Last-last saya pakai skype untuk telefon hotel, nasib la ada pakej data. Disebabkan internet di Korea tersangatlah lajunya dan banyak free wifi di sekitar bandar Seoul, anda boleh gunakan skype untuk menghubungi talian tetap di Malaysia dgn bayaran USD0.03 sen seminit dan handphone hanya USD0.07 seminit. Boleh check kat website skype. Kredit dia boleh pakai sampai bila-bila asalkan ada talian internet untuk menggunakannya.
Malam tu selepas menghilangkan rasa kebulur dengan makan mee segera, kami membujang tiga orang jalan-jalan di bandar kecil Incheon untuk mencari makanan yang boleh dimakan dan dibawa balik. Dengan bantuan staff hotel yang siap tulis kat kertas lagi dalam bahasa Korea untuk memudahkan kami berkomunikasi mencari makanan untuk dibawa balik ke Malaysia, dahla satu hari makan roti je, jadi kami pun cari la sushi Korea yang dikenali sebagai Kimbap, Kimbap yang asalnya adalah kek nasi yang diletakkan sayur, lobak masin dengan telur je, kalau special request baru letak benda lain seperti kimchi, tuna dan sebagainya. Ingatkan nasi rupa-rupanya pulut yang digulung dgn kepingan rumpai laut atau seaweed. Kami juga berjaya cari Kimchi kat 7-Eleven sebagai buah tangan, tak perlu susah-susah pergi ke Muzium Kimchi. Tak lengkap la perjalanan ke Korea kalau tak mencuba makanan tradisinya. Korean suka makan pedas, sampai kat tepi jalan pun boleh nampak sambal sotong yang merah menyala dijual macam tu je.
Rasanya itu je kot yang boleh saya coretkan di sini, sebab dua hari je pun. Kesimpulannya orang Korea ni peramah tapi dalam bahasa dia la, suka sangat pada budak kecil dan “willing to help” walaupun macam ayam dan itik gayanya. Tradisi dan sejarah diorang masih dijaga rapi dan yang bestnya saya tak nampak sorang pun orang Korea yang obesiti dan perut boroi-boroi macam kat Malaysia.. hmmmm.. tepuk dada tanya selera. Jangan naikkan lagi ranking obesiti di Malaysia sebagai tertinggi di dunia nanti selepas kita memenangi tempat pertama di Asia Tenggara seperti berita semalam.