“Raspberry Leaf Tea” untuk Mudahkan Bersalin?

Daun Rasberri

Salam Pembaca..

Insyallah, dengan izin Allah isteri saya akan melahirkan anak pertama kami pada April ini. Idea mengenai teh daun raspberry ini keluar dari kakak saya kira-kira awal bulan Februari yg lepas menyuruh saya mencari kebaikan teh herba tersebut sebab dia juga pernah mengamalkan teh tersebut, siap boleh pergi sekolah, sarapan, tup-tup sebelum pukul 10 pagi dah selamat melahirkan bayinya. Ironinya masih ramai dari kalangan orang Malaysia tidak mengetahui khasiat teh tersebut sehinggakan kalau kita google dalam bahasa Melayu tidak banyak maklumat yang akan kita dapat. Tapi sebenarnya amalan ini telah lama dipraktikkan di Eropah sejak dari kurun ke 6 lagi. Google je Raspberry Leaf Tea and pregnancy. Banyak yang keluar.

Daripada pembacaan saya teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, terlampau sedikit kajian saintifik mengenainya. Tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan ( supplement ) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga.  Menurut satu website yang saya dapat http://www.pregnancy.com.au/resources/topics-of-interest/pregnancy/raspberry-leaf.shtml , antara khasiat teh daun rasberi ini ialah:

1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )

2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung

3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.

4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.

5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.

6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.

Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke 37. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan 2-3 gelas sehari pada minggu ke 39 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”.

Sehubungan dengan itu saya ingin memperkenalkan teh tersebut kepada pembaca blog yang mana berminat untuk membeli teh tersebut dari saya. Teh tersebut diimport dari London, United Kingdom (UK). Menurut pembekal, anda semua boleh mula minum teh tersebut bermula dari minggu ke 36 atau ke 37, tetapi cuba elakkan dari meminumnya jika kandungan kurang dari 35 minggu.

Kandungan teh tersebut mengandungi 1 gram (48%) daun raspberry, daun blackberry dengan perisa asli raspberry. Setiap kotak mengandungi 20 uncang teh dan dijual dengan harga RM28 sekotak tidak termasuk kos penghantaran iaitu RM7 untuk semenanjung Malaysia dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk stok pertama ini Expired Date seperti yang tercatat di kotak ialah “Best before end April 2011” bermaksud boleh digunakan sehingga April 2011.  Saya akan update bila stok baru sampai nanti. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh berhubung saya melalui ruangan komen dengan sertakan email yang betul supaya saya dapat membalasnya nanti. Komen dari anda amatlah dialukan, Untuk belian dalam talian boleh pergi ke website http://www.teaforlifetime.com atau ke fanpage saya

Teh Daun Rasberi untuk dijual. Untuk tempahan boleh hubungi saya.

62 Responses to “Raspberry Leaf Tea” untuk Mudahkan Bersalin?

  1. KC says:

    salam Rol!!

    congrats!!!

    selamat praktis bancuh susu!! 🙂

    hero ke heroin? 🙂

    and thanks for the info as well

  2. zairol79 says:

    Haha tenkiu-tenkiu… hero.. nape? nak berbisan ke 🙂 ?

  3. KC says:

    oo hero!! anak bapak yer…:)

    nak berbesan apanya Rol, sendiri pun belum ada anak lagi. anak-anak kucing ada la…ha ha ha

  4. a_t says:

    camne nak bli ni?

  5. setia says:

    harganya berapa?ke bekasi ongkir berapa?
    pengiriman berapa lama?

  6. setia says:

    harganya berapa?dengan ongkir ke bekasi dan pengiri,am berapa lama

    • zairol79 says:

      Saya percaya anda dari Indonesia.. Jadi harganya ialah RM28 bersamaan 81,000 Rupiah campur kos ongkir (pos) RM10 bersamaan 28000 rupiah (total 109,000 rupiah). Pos biasa akan mengambil masa selama seminggu lebih. Bayaran boleh dibuat melalui http://www.paypal.com atau ke maybank malaysia. Sila email untuk lebih lanjut

  7. Leya says:

    salam.
    saya berminat untuk menempahnya. disebabkan saya sentiasa mengalami kesakitan yang kritikal setiap kali datang bulan. ada yang mencadangkan saya untuk meminum raspberry leaf tea ini. saya berminat untuk membuat tempahan. tolong bagi sekali panduan pengambilan tea ini (sehari berapa uncang?).

    tq

    • zairol79 says:

      Wsalam saudari leya

      Tidak banyak rakyat Malaysia mengetahui akan khasiat teh ini…. teh ini disamping memudahkan proses bersalin (insyaallah), ia juga ada khasiat lain dlm menguatkan uterus wanita ( anda boleh google “benefit of raspberry leaf tea” tanpa masukkan “pregnancy”) Jika untuk orang yang tidak hamil,boleh amalkan sebagai minuman tambahan diwaktu petang misalnya ( iaitu sehari 1 atau 2 kali ). Untuk tempahan saya ada hantar email kepada saudari mengenai bayaran dan tempahan.

  8. niken says:

    produk ini apakah masih ada?? brp harganya?? klo dikirim ke yogyakarta (indonesia) ongkos kirim brp?? trima kasih..

    • zairol79 says:

      Ya, produk ini masih ada seperti yang saya bilang diatas itu komen Setia, Harganya ialah RM28 bersamaan 81,000 Rupiah campur ongkos pos RM10 bersamaan 28000 rupiah (total 109,000 rupiah). Pos biasa akan mengambil masa selama seminggu lebih. Bayaran boleh dibuat melalui http://www.paypal.com atau ke maybank malaysia. Sila email untuk lebih lanjut Terima Kasih

  9. Nieya says:

    salam..ade lg ke teh ni..kandungan sy br masuk 37 minggu..so boleh consume lg ke..mcm mn nk beli

    • zairol79 says:

      wsalam, teh ini masih ada, sekotak RM28, shipping cost RM7, detail ada saya hantarkan ke email anda. sila email saya jika anda tak menerima email dari saya sebab email anda saya dapat dari komen wordpress

  10. Faiza says:

    Salam.

    Can i order one box?im now 35 weeks of pregnncy. Lemme know.

    TQ

  11. azie zakaria says:

    hi… sy berminat.. now kandungan saya 33 weeks.. sy nk 1 kotak..

    • zairol79 says:

      Cik Azie

      Sekotak ( 20 uncang ) teh ini boleh digunakan mungkin 20 hari ke 30 hari. 1 uncang boleh dibancuh dlm satu jag kecil. Teh ini berperisa raspberry dgn kandungan 48% daun raspberry, bukan daun teh seperti yg biasa dijual di supermarket.

      Untuk maklumat stok baru telah sampai, expired End Dec 2013, tetapi malangnya kebanyakan kotak dia agak kemik, jadi bagi kotak yg kemik saya jual dengan harga RM27 dan kotak yang elok RM28. Tapi kandungan dalam kotak masih OK. Sila nyatakan:

      – Bilangan tempahan – Nama Penuh dan Alamat – No telefon

      Penghantaran akan dibuat menggunakan POSLAJU (RM6 bagi 2 kotak kebawah dan RM8 untuk 4 kotak ) dalam tempoh satu atau dua hari selepas saya dapat pengesahan bayaran ke akaun MAYBANK saya. Sila email saya zairolhasri@yahoo.com sekiranya bayaran telah dibuat.

      p/s buat masa ini saya outstation kat Sarawak dan akan balik semula ke KL 22 atau 23 hb ni.. hanya satu je kotak yg elok saya bawak, dan harap maklum kos penghantaran dari sarawak ialah RM8. Saudari boleh tunggu kalau mahu saya pos teh tersebut dari semenanjung, terpulang pada saudari.

      Terima kasih kerana berurusan dengan saya. RoyDotCom

  12. eamy says:

    Salam,

    I am interested to purchase the “Raspberry Leaf Tea” from you. As u mentioned the cost is RM35 incl. postage.

    Kindly highlight me if u still have any stock at the moment.

    Tqvm.

    • zairol79 says:

      Wassalams Eamy

      The new stock was arrived. Unfortunately some of the box was dented due to international shipping and packaging problem So, you can place order by stating your:

      – No of Box = RM28, ( for dented box I’ll sell it for RM27 only, tea bag inside still OK )
      – Full Name
      – Address
      – Telephone No.

      After that just transfer the amount of money including shipping cost:
      By Pos Laju
      – 1 Box or 2 Boxes = RM6
      – 3 or 4 Boxes = RM8

      You can transfer to my Maybank account no: 1561-3254-5090 ( ZAIROL HASRI ). Please email (zairolhasri@yahoo.com) once you had done and give me a detail about the transfer ( Date & Time ).

      p/s Interbank transfer normally required one working day to clear. I’ll shipping the goods once the payment already in my account.

      Otherwise you can COD during office hour at Seksyen 19, PJ or after office hour around Damansara Perdana area or TTDI KL.

      p/s. I’m now outstation at Sarawak, so I believe the shipping cost will slighly higher than here. Otherwise you can wait for next month for shipping unless you need it urgently.

      Thanks

  13. aiza says:

    sy nk order 1 tea ni.35w already..cmne cra p’blian n p’byran ek?sy jrg bkak email.so di cini sy sertakan no hp sy bg memudahkan pblian.klau bole sy nk scpt mgkin ye.ni no 0129683020.just sms bgtau ur acc no.t sy bank in asap.

  14. puteri says:

    salam nk tnya.sya ingin m’cuba teh ni tp agak was2 memandangkan teh ni frm uk so ada tanda halal x and dah diluluskan oleh kementerian kesihatan malaysia?

  15. intan says:

    saya nak order 1 kotak…bersalin pada april 2012. cara bayaran?

    • zairol79 says:

      Cik Intan,

      Hehe lambat lagi tu. By the way sekotak saya jual hanya RM25 campur pos laju RM6 jadi jumlah RM31. Puan boleh buat bayaran melalui maybank2u ke akaun 1561-3254-5090 dan email ke zairolhasri@yahoo.com nama penuh, alamat dan no telefon untuk tujuan penghantaran. Sekian terima kasih

      ________________________________

  16. siti says:

    salam, ada lg tak teh tu ? coz sy akn deliver 7/12/2011 sila hubungi sy klu ad lg k….thank u… email rafflesia9664@yahoo.com.my n plz ur col no. skli…

  17. intan says:

    ok, tq. hehehe…takut tak dapat….dah lama mencari. ni dah nak anak 4 baru jumpa.

  18. Mdm.Watie says:

    Saya nak oder satu…sekarang dah nak masuk 37 minggu..tak sabar nak bersalin

  19. miela says:

    cam ner saya nak order?

  20. ruzaima says:

    Macammana nak beli? Sy sdg mengandung 37minggu

  21. Saya berminat.. bagaimana cara nk order? boleh kasi detail?

  22. saya tinggal di sg.buloh.. brapa lama boleh sampi klu saya order.. bini dh nk brsalin nih,..

  23. nina says:

    berapa harganya,kalau keindonesia bisa gak3

  24. dzatilawatif says:

    Salam. Sy berminat untuk membeli teh raspberry ni. Masih boleh order lagi tak. Berapa lame sampai kalau order ya.

    • zairol79 says:

      Wsalam… Terima kasih kerana berminat dgn produk ini, stok masih ada dan anda boleh terus order samada melalui email atau fanpage kami. Sekotak RM25 dan shipping cost melalui POSLAJU ( satu hari sampai ) ialah RM6 untuk maksimum 3 kotak. Terima kasih

      ________________________________

  25. vimala says:

    I wanted to order the tea. Pls advice whether got stock. I am from kuala lumpur

  26. eleanour says:

    Assalam…teh nie masih ada stok ker? Nak order lah..thanks

    • zairol79 says:

      Puan boleh dapatkan melalui online samada melalui email ke zairolhasri@yahoo.com atau like fanpage kami “Malaysia raspberry leaf tea” dan hantar message melalui facebook tersebut. Link Fanpage Facebook ada di ruang atas blog ini..

      ________________________________

  27. maslinda masood says:

    Dear bro.. saya linda. Sy amat berminat nk beli teh ni.. masih ada stok lg ke walaupun sy tau dh lama dh blog bro ni sejsk thn 2011.. if dh xde bole assist x dkt mana saya bole beli?

  28. Tan GH says:

    Do u still have stock? Can do COD section 19 PJ? I want it ASAP. Tq

  29. Mohd Faizal says:

    Masih ada stok lagi ke….?

  30. mumynabhan says:

    salam…ibu menyusu boleh consume teh ni kan….boleh email info di mumynabhan@yahoo.com

  31. rmeen says:

    Sy nak order resberry leaf tea ni..tq

  32. rmeen says:

    Sy nak order..

  33. Pingback: KHASIAT DAUN RASPBERRY BAGI IBU MENGANDUNG | My great WordPress blog

  34. aina says:

    salam..sy berminat nak order..ade stok lagi x?

  35. Salam..sya berminat dgn teh tersebut.nak order 1 kotak dlu.tq

  36. ayu says:

    Saya nak order respberry leaf tea ni mcm mana..klu bleh trus sms sy di 017 666 0917 atau 019 667 0917…thanks..skrg sy dh masuk 37 weeks..

Tinggalkan Jawapan kepada zairol79 Batal balasan