Europe Trip Part 3 – Day 3 in Paris
08/07/2010 2 Komen
Assalamualaikum,
Hari ketiga kami di Paris dimulakan dengan melawat satu pekan lama di atas bukit setinggi 130m iaitu Montmartre di utara kota Paris. Di atas bukit itu terletak satu gereja lama iaitu Basilica of the Sacré Cœur. Gereja berkubah putih ala-ala Taj Mahal, kekadang macam masjid pun ada.. huhu. Kami ( saya dan isteri je sebab kawan saya sekeluarga shopping kat bawah ) mendaki tangga untuk naik ke atas walaupun ada kereta kabel yang pendek. Kat atas tu banyak la street artist yang akan menawarkan untuk melukis potret anda, dengan bayaran yang agak mahal.. sekurangnya 40 Euro. Jadi saya dan isteri hanya berjalan-jalan disekitar melihat pelbagai hasil seni lukis pelukis di situ. Jadi terbanglaa 18 Euro saya dengan membeli lukisan cat lilin kota Paris, kecikje pun saiz 7R je. Kat bawah banyak kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai t-shirt yang agak murah. Saya dapat beli T-Shirt original Le Tour De France tapi tahun 2006 la
dengan 5 Euro sahaja.

Apartment ni dibina pada tahun 1927. Agak-agak kalau kat Malaysia design macam ni tahun berapa ek? mmm...
Selepas hampir tiga minggu tak makan makanan melayu yang bukan segera seperti yang kami bawak, saya bercadang nak makan kat restauran Indonesia berhampiran dengan stesen Metro Luxembourg. Tapi disebabkan kota Paris ni berkotak-kotak macam lego, jagi saya terpaksa ambik ambik street map dari Google untuk mencari ‘landmark’ yang sesuai kat situ. Sebab Iphone takde, jadi sebelum keluar dari hotel saya tangkap gambar dari laptop saya untuk tengok kat luar nanti. Pergh.. memang puas makan. Wife saya makan nasi satu set, saya makan mee goreng walaupun mee goreng segera je. Walaupun bayaran hampir 30 Euro namun saya dengan wife puas makan, kira kenyang sampai ke malam la. Sebab lain mesti laa 30 Euro yang kami terpaksa bayar tu.. huhu.

Mee goreng dgn ayam masak hijau, sate sebatang dan nasi rendang satu set. "Kalau bapak mahu pedas kami berik cabek nya" cakap tokey dia.
Selepas kenyang kami berjalan kat taman Luxembourg di mana terdapat bangunan parlimen untuk bersidang. Bangunan itu masih dikekalkan sampai sekarang, berbeza dengan Malaysia sibuk nak bina bangunan parlimen baru.. huhu. Kami bercadang untuk melawat Masjid tertua di Paris, MosQuee De Paris yang di bina pada tahun 1921, Saiz sederhana walaupun terdapat Grand Mosque yang lebih besar. Walaupun keliru dgn jalan dia, akhirnya berjaya jugak sampai kesitu untuk buat jama’ dan berjumpa dengan pelbagai jenis bangsa di sana yang rata-rata dari Afrika dan Utara Algeria. Berbeza dengan masjid di Mannheim yang hampir 100% berbangsa Turki.
Untuk hari terakhir, kami berjalan-jalan menyusuri Sungai Seine melihat Notre Dame de Paris ( maksudnya Our Lady of Paris). Gereja bercirikan Gothic ni ( konsep tajam-tajam) dibina pada 1163 dan disiapkan sepenuhnya sehingga 1345, fuh lama dah ni. Gereja ni terletak di atas pulau di tengah-tengah Sungai Seine. dan bukan gereja ni sahaja kat pulau ni, terdapat juga banyak bangunan lama seperti bangunan yang dijadikan ibu pejabat polis Paris. Permandangan kat sini memang indah. Banyak pertunjukan artis jalanan dan juga pelancong, saat yang amat sesuai untuk orang-orang bujang nak usha-usha “boys and girls”.
Saya mengambil waktu senja untuk menyusuri sungai Seine, dalam 40 minit “boat ride” tu kami boleh melihat dua suasana iaitu senja dan juga Paris di waktu malam. Tapi sayang saya tak perasan atau terlepas pandang untuk melihat monumem State of Liberty versi Paris semasa menyusuri sungai tu, kecik sangat kot. Akhirnya malam tu kami pulang ke hotel dengan segala lengoh di kaki dan perasaan malas untuk berkemas ke Italy dan berkemas pulang ke Malaysia bagi keluarga Haji Razak.
Nota: Video Pengalaman saya di Paris dengan sedikit pertunjukan Street Artist akan saya upload kemudian

Our Budget hotel- 54 Euro (2 person with separate toilet but attached bathroom ), and 90 Euro for 3 person (attach bathroom & toilet)
Update: Video trip saya kat Paris seperti di bawah










